Setelah kejadian buruk berlaku pada Hayoung, Sehun lebih berhati hati dengan keselamatan Hayoung. Zaman sekarang ni macam macam boleh jadi. Hayoung sudah sihat sepenuhnya selepas kejadian itu berlaku. Kalau dulu Hayoung tak pernah rasa bahagia hidup dengan Sehun, tapi sekarang Hayoung rasa macam tinggal di syurga. Dia selalu dapat layanan yang baik daripada Sehun. Sehun juga bertanggungjawab sebagai suami.
"Flight kita pukul berapa?" Hayoung melihat jam tangannya.
Mereka akan bertolak ke Hong Kong hari ini. Dua bulan lepas mereka sudah ke France atas kemahuan Hayoung. Untuk kali ini Sehun mencadangkan mereka ke Hong Kong.
"Setengah jam lagi. Kenapa?"
"Lambatlah. Belakang saya sakit sebab duduk lama sangat" Hayoung mula merengek.
"Kalau macam tu letak kepala di bahu saya. Mungkin sayang akan lega sikit" Hayoung mengikut cadangan Sehun. Kepala diletakkan pada bahu Sehun.
"Thanks honey"
"Most welcome sweetheart"
"Honey. Kenapa dorang tengok kita?" Hayoung menunjuk sekumpulan perempuan di tempat duduk tidak jauh dari tempat mereka.
"Saya handsome sangat kut. Sebab tu dorang tengok" kata Sehun selamba. Hayoung mengangkat kepalanya dari bahu Sehun.
"Confident nya kalau cakap. Awak tengok group lelaki sebelah sana pula" Sehun melihat dimana Hayoung tunjuk.
"Kenapa?" tanya Sehun.
"Dorang tengok saya daripada tadi lagi. Jadi, saya pun cantiklah" riak wajah Sehun berubah.
Ha! Baru padan muka. Tadi nak buat aku cemburu sangat. Ni kena batang hidung sendiri baru padan. Sebenarnya, lelaki lelaki tadi tak tengok pun. Gila kau! Dorang tu artis kut. NCT! Siapa tak kenal group tu. Yang Sehun ni boleh percaya kenapa. Itulah. Hidup macam katak bawah tempurung. Kumpulan famous macam tu pun tak kenal. Kan free kena tipu dengan aku.
"Awak cemburu ke?" saja nak panaskan badan Sehun.
"Mana ada. Apalah sangat yang dorang boleh buat. Setakat tengok macam tu memanglah boleh. Tapi mereka kena tahu, sampai bila bila pun mereka tak boleh ambil awak daripada saya. Ingat tu!"
Ha sudah! Sekali keluar daripada mulut Sehun ni memang terpakai. Semua yang dia cakap, semua betul. Memang sakit hati kalau dengar. Aku cuma nak main main tapi dia ambil benda ni serius.
"Memang benda tu tak kan jadi. Saya selamanya akan jadi hak awak. Dorang semua tu artis kut. Agak agaklah dorang nak pandang saya. Saya ni pun bukan cantik mana pun"
"Hello! Siapa cakap awak tak cantik? Kalau awak nak tahu, awaklah perempuan yang paling cantik di antara perempuan perempuan dalam dunia ni. Ratu universe pun kalah" Hayoung mencebik.
"Sweetalker nya awak ni. Kalau ye pun nak puji, jangan puji sampai macam ni sekali. Saya tahu saya tak cantik" Hayoung menundukkan kepalanya.
"Saya cakap benda betul. Kalau awak nak tahu, sejak kita kahwin dulu, awak sorang je yang selalu muncul dalam kepala saya. Sampai satu hari tu, saya tak boleh buat kerja sebab terfikirkan awak yang sedang pakai baju tidur yang menampakkan kecomelan awak"
sekali lagi Hayoung mencebik mendengar Sehun yang bercakap seperti makan gula gula terlebih masa kecil dulu.
"Yelah tu. Entah entah, awak teringatkan saya pakai baju tidur seksi" Sehun ketawa.
"Ada juga. Tapi bukan setiap hari saya selalu ingatkan awak pakai baju macam tu"
"Eiii..gatalnya awak ni" Hayoung memukul Sehun berkali kali.
FLIGHT TO HONG KONG!
"Jom. Dorang dah panggil" Sehun memegang tangan Hayoung. Mereka menuju ke pintu masuk kapal terbang.
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] ONESHOT | Sehun Hayoung
أدب الهواة«Story collection of Oh Couple» [170822] Highest ranking #35 in fanfiction Firstly, tolong jangan judge tajuk dgn cerita. Tajuk tak best, tak semestinya cite dia tak best. So if you want to be safe, baca semua cite. Total story - 59 #banyaktau Publ...
![[C] ONESHOT | Sehun Hayoung](https://img.wattpad.com/cover/82636995-64-k383654.jpg)