Always Love You

1.6K 57 7
                                    

Musim panas kembali lagi. Ramai pengunjung dari luar negara datang ke negara ini untuk bercuti. Mereka memilih negara ini sebagai percutian musim panas mereka kerana negara ini mempunyai tempat yang menarik untuk dikunjungi.

Oh Hayoung. Pelajar universiti tahun akhir yang akan tamat pengajiannya tak lama lagi. Hari hari dia akan pergi ke universiti dengan berjalan kaki. Baginya, berjalan kaki lebih seronok daripada menaiki kenderaan. Dia dapat menyapa dengan orang sekelilingnya dan juga menikmati udara luar.

Oh Sehun. Seorang pengarah syarikat yang tidak jauh dari universiti Hayoung. Setiap hari Hayoung akan berjalan di hadapan syarikat Sehun. Itu juga menjadi sarapan Sehun pada waktu pagi. Dengan melihat Hayoung, dia akan gembira. Setiap hari dia akan melihat Hayoung melalui kaca yang jelas dari biliknya.

Sehun akan tersenyum sendiri apabila melihat Hayoung yang selalu ramah dan menyapa orang sekelilingnya. Walaupun Sehun melihat Hayoung dari jarak jauh tetapi muka cantik Hayoung masih jelas di matanya. Satu hari tidak melihat wajah Hayoung seperti setahun bagi Sehun. Sejak dia melihat Hayoung menolong orang tua yang sakit, dia rasa dia dah jatuh hati dengan Hayoung. Sehun rasa Hayoung seorang yang baik hati.

🌷🌷🌷

Tiba tiba...

"Omo!" Hayoung panik kerana dia telah menumpahkan coklat panas di atas tangan seorang lelaki.

Hayoung mengelap tangan lelaki itu dengan tisu yang selalu dibawa kemana mana. Dia menjadi lebih panik apabila tangan lelaki itu semakin berubah menjadi warna merah.

"Awak jangan panik sangat. Saya ok. Jangan risau" kata lelaki itu lalu memberikan senyuman manis.

Hayoung merasa lega apabila melihat senyuman itu. Tapi dia tetap merasa bersalah terhadap lelaki itu. Dia bukan sahaja menyakitkan lelaki itu tapi dia juga mengotorkan lengan baju lelaki itu.

"Mana ok macam ni. Tangan awak merah ni. Sekarang ni, awak pergi duduk dulu. Saya nak pergi counter sekejap" lelaki itu mengangguk.

Kalau korang semua nak tahu, lelaki itu ialah Sehun. Itulah hari yang paling gembira baginya. Untuk kali pertama Hayoung menyentuh tangannya. Inilah yang dia impikan selama ini. Tidak sia sia dia merasa sakit.

Suasana di dalam cafe sunyi sepi. Hanya beberapa pelanggan yang ada di dalam cafe itu. Sehun mengambil tempat di belakang.
Hayoung pula menuju ke counter. Untung cafe ni kawan Hayoung yang punya. Senang sikit kerja dia.

"Jung Yerin!" panggil Hayoung.

"Kau ni dah kenapa! Tak malu ke jerit jerit dalam cafe aku ni. Kau nak apa?" marah Yerin. Hayoung ketawa.

"Sorrywiee babe. Aku nak kotak first aid"

"Kau nak buat apa dengan benda tu?"

"Aku nak main masak masak dengan kau" Hayoung tersengih.

"Cakaplah betul betul. Kau ni kan. Aku tengok kau kecil besar kecil besar je" marah Yerin.

"Aku nak tolong ubatkan seseorang. Cepatlah. Banyak tanya pula. Macam detektif pun ada"

"Yelah yelah. Tunggu jap. Aku pergi ambil"

Tidak lama kemudian, Yerin datang bersama sebuah kotak yang dipegangnya. Hayoung terus mengambil daripada Yerin.

"Thanks babe. Luv you" Yerin hanya membuat muka menyampah.

Hayoung melangkah ke arah Sehun yang sedang menunggunya di tempat duduk yang agak belakang di cafe itu.

Sehun menghulurkan tangannya lalu Hayoung mula meletakkan ubat pada tangan Sehun. Sehun tidak pernah melihat wajah Hayoung sedekat ini. Cantik sangat. Jantungnya hampir lari meninggalkannya kerana tidak mahu memberi kerjasama yang baik. Hmm. Hari ni hari yang paling bertuah dari hari hari yang sebelum ni untuk Sehun.

[C] ONESHOT | Sehun HayoungWhere stories live. Discover now