"Oh Hayoung! Bangun! Nanti lewat pergi sekolah" jerit Puan Taeyeon.
"Lima minit lagi bu. Please" Hayoung memeluk bantal peluknya.
"Apa?! Lima minit lagi? Kamu tahu sekarang ni dah pukul 7.20. Lagi 10 minit pintu pagar sekolah tutup" terus mata Hayoung terbeliak.
"Ibu! Kenapa tak bangunkan Hayoung awal awal. Kan dah lambat" Taeyeon menggeleng kepalanya melihat anak perempuan yang sorang ni.
"Ibu bangunkan kamu dari pukul 6.30 tadi lagi. Tapi ibu rasa telinga kamu tak ada kut sebab ibu dah keluarkan semua suara ibu yang sedap ni" sempat lagi Taeyeon memuji dirinya sendiri.
"Yelah tu" Hayoung berlari masuk ke dalam bilik mandi.
Kalau ikutkan, dia tak nak pergi sekolah tapi dia tak nak berdiri di tempat bermain basketball esok. Malu tak payah cakap lah. Semua murid of course ketawakannya.
Hayoung berlari sekolahnya. Untung jarak sekolah dari rumahnya tidak jauh. Hanya 5 minit tapi hari ini memang dia tak sempat. Tapi semua tu sudah menjadi rutin hariannya kerana hampir setiap hari dia sampai lewat ke sekolah.
"Aww!" Hayoung terlanggar seseorang.
"Asyik muka yang sama datang lewat ke sekolah. Awak selalu tidur pukul berapa malam malam?"
Hayoung terlanggar seorang guru disiplin yang ditakuti semua pelajar atau lebih dikenali sebagai Mr Oh Sehun. Dengar je nama Mr Oh semua pelajar akan ketakutan. Tapi say big NO kepada Hayoung. Dia tidak takut langsung dengan Sehun.
"Eleh! Cikgu peduli apa saya tidur pukul berapa pun. Cikgu ni bukan ibu saya pun. Tolong tepi sikit. Saya nak masuk"
"Ow ow. Wait. Kamu nak masuk macam tu je? Sedar sikit. Kamu tu dah lah datang lambat. Ada hati nak masuk kelas"
"Lepas tu cikgu nak saya buat apa? Cuci kereta cikgu, cuci tandas, lari 10 kali keliling padang ataupun cikgu nak saya teman cikgu buat kerja? Cikgu nak yang mana?"
"Semua tu saya nak kamu buat"
"Apa?! Cikgu ingat saya ni robot? Please lah. Saya nak tanya cikgu. Cikgu tak bosan ke denda saya hari hari"
"Tak sebab saya suka. Saya happy"
"Amboi! Suka hati cikgu je. Cikgu ingat cikgu jadi seorang cikgu, cikgu boleh arah saya macam tu je. Cikgu kena ingat, cikgu tu cuma tua dua tahun dari saya. Cikgu jadi cikgu ni pun sebab ni sekolah bapa cikgu. Kalau tak, cikgu tak kan jadi cikgu" sindir Hayoung. Sehun menahan marahnya.
"Saya nak sekarang juga kamu pergi lari di padang sampai pengsan. Saya akan tengok kamu dari jauh. Jadi, buangkan niat baik awak tu nak lari dari saya"
Dengan malas Hayoung berjalan ke padang. Perasaan benci semakin membuak buak kepada Sehun. Apa yang Sehun buat selama ni membuatkan dia semakin benci. Kalau boleh muka Sehun pun dia tak nak tengok.
"Lari cepat sikit. Lagi 20 round berhenti" Hayoung hanya menjeling.
"Kenapa tak bagi 50 round je. Ataupun lari sampai mati ke. Puas hati cikgu. Tak perlu nak hadap muka saya hari hari di sekolah ni" tersentak Sehun dengan kata kata Hayoung. Dia langsung tak ada niat sampai macam tu sekali. Dia masih waras.
"Jangan banyak cakap. Lari je. Kalau saya suruh berhenti baru kamu berhenti"
"Tak payah. Saya nak lari sampai malam ni. Cikgu pergilah buat kerja. Nanti Cikgu Jiyeon cari pula"
"Amboi! Cemburu ke?"
"Nak cemburu apanya. Saya ni bukannya girlfriend cikgu"
"Alah! Cakap jelah kamu cemburu"
YOU ARE READING
[C] ONESHOT | Sehun Hayoung
Fanfiction«Story collection of Oh Couple» [170822] Highest ranking #35 in fanfiction Firstly, tolong jangan judge tajuk dgn cerita. Tajuk tak best, tak semestinya cite dia tak best. So if you want to be safe, baca semua cite. Total story - 59 #banyaktau Publ...