Tittle: Closer
Cast: Suho (Exo)
Chorong (Apink)
Genre: Sad
Other cast: Hayoung (Apink)
Suho melangkah keluar dari airport dengan hati yang tenang. Ramai perempuan yang memandangnya dengan kagum. Cermin mata hitam dilepaskan.
"Hyung!" seorang lelaki melambaikan tangan ke arahnya.
"Chanyeol ah" Suho berjalan ke arah Chanyeol.
...
Suho dan Chanyeol berada di dalam kereta menuju ke rumah Suho. Suho melihat pemandangan sekelilingnya. Masih sama. Tidak banyak yang berubah. Mungkin hatinya yang berubah.
Tidak lama kemudian, kereta mereka berhenti di perkarangan rumah Suho yang mewah itu. Ramai yang menunggu kedatangannya termasuk Sehun dan Hayoung.
"Eomma appa" Suho memeluk kedua ibu bapanya. Diikuti dengan Hayoung dan Sehun.
Chorong juga turut berada di situ tetapi tidak sedikit pun dihiraukannya. Sejak Suho sampai, dia hanya menundukkan kepalanya. Dia malu untuk melihat wajah itu. Suho juga tidak melihatnya.
"Oppa rindu Hayoung tak?"
"Mestilah rindu" Suho mencubit pipi Hayoung.
"Lama tak jumpa hyung. Hyung sihat?"
"Hyung selalu sihat. Itulah, masa awal² je hati ni sakit sangat. Tapi lama² dah ok. Maybe hyung dah berjaya lupakan semua kenangan di sini" Chorong menahan air matanya. Betul sangkaannya. Sekarang Suho membencinya.
"Eomma. Hujung minggu ni Suho nak bertunang. Suho harap eomma tak kisah" hati Chorong tidak keruan. Dia semakin tidak dapat menahan tangisannya.
"Eomma tak kan halang. Eomma suka sangat. Akhirnya, Suho akan kahwin"
"Aunty. Cho minta diri dulu. Ada hal sikit" Chorong bergegas keluar menuju ke keretanya. Hayoung sudah tahu kenapa Chorong hendak keluar dengan cepat. Kesian pula tengok Chorong. Dia tidak sepatutnya mengajak Chorong datang ke rumahnya.
Chorong membawa keretanya dengan laju sambil menangis. Mungkin ini balasannya. Selama ini, dia sudah cukup menderita kerana kepergian Suho. Dia baru sedar bahawa dia sangat mencintai lelaki itu. Lama dia menanti kepulangan Suho tetapi setelah Suho kembali dia diperlakukan seperti ini. Berat sangatkah kesalahannya?
Chorong memberhentikan keretanya di tepi pantai. Hari sudah petang. Tidak lama lagi matahari akan digantikan dengan bulan. Dia melangkah keluar dan bersandar di depan keretanya sambil melihat pemandangan di hadapannya. Dari tadi, pipinya masih dibasahi dengan air matanya.
"Kenapa menangis?" tanya seseorang. Air matanya semakin laju mengalir apabila mendengar suara itu. Lelaki itu juga turut bersandar ditepinya sambil melipatkan tangan di dada.
"Saya rasa saya tak perlu bagitahu sebab saya menangis. Awak mesti dah tahu"
"Ouh! Jadi betullah kau menangis sebab aku. Kau boleh simpan jelah air mata kau tu. Tak payah susah² menangis untuk aku. Sejak kau tolak cinta aku, aku dah buang kau jauh². Kau jangan harap aku nak terima kau balik. Kau dengan perempuan lain sama je. Suka mainkan perasaan orang. Ok lah. Jangan lupa datang masa aku tunang nanti. Aku nak kenalkan kau pada bakal tunang aku nanti" Suho berlalu pergi.
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] ONESHOT | Sehun Hayoung
Fanfiction«Story collection of Oh Couple» [170822] Highest ranking #35 in fanfiction Firstly, tolong jangan judge tajuk dgn cerita. Tajuk tak best, tak semestinya cite dia tak best. So if you want to be safe, baca semua cite. Total story - 59 #banyaktau Publ...
![[C] ONESHOT | Sehun Hayoung](https://img.wattpad.com/cover/82636995-64-k383654.jpg)