Seorang perempuan sedang termenung di atas kerusi roda di taman hospital. Dia menjadi buta sejak 5 tahun yang lalu. Pada masa dahulu, dia kemalangan jalan raya bersama keluarganya. Ibu dan ayahnya hanya cedera ringan. Manakala, dia disahkan buta kerana terdapat serpihan kaca yang terkena matanya semasa dia kemalangan. Sampai sekarang, tiada seorang pun yang sudi menderma mata untuknya. Dia hanya pasrah dan hanya mampu berharap agar ada orang yang sudi menderma mata untuknya. Perempuan itu ialah Oh Hayoung.Hayoung mempunyai seorang kawan lelaki. Oh Sehun. Mereka berkawan sejak mereka kecil. Mereka membesar bersama². Setiap hari Sehun akan membelikan Hayoung ais krim selepas mereka sekolah. Tapi semua itu sudah tidak terjadi semenjak kejadian buruk menimpa Hayoung dan keluarganya. Hayoung yang dulu periang, sekarang bertukar kepada seorang gadis pendiam. Tapi kawan baiknya berjaya menukarkannya menjadi seorang gadis yang periang dan selalu tersenyum semula. Sehun selalu memberi kata² semangat untuknya.
Tetiba seorang lelaki menutup matanya dari belakang.
"Kalau awak tak tutup mata saya sekalipun, saya memang tak kan pernah nampak awak. Saya 'buta' Hunnie"
"Ala...Awak janganlah putus asa. Saya tahu, akan ada penderma yang akan sudi derma mata dia untuk awak. Awak kan cantik dan seorang perempuan yang kuat. Saya yakin yang awak akan dapat lihat semula dunia yang cantik ni"
"Awak cakap senang lah. Seumur hidup awak, awak tak pernah buta. Sebenarnya, saya nak sangat tengok muka awak sekarang ni. Mesti dah berubah kan?" Hayoung memegang muka Sehun. Sehun hanya tersenyum dengan perlakuan Hayoung. Dia tidak menganggap Hayoung sebagai kawan baiknya tetapi dia menganggap lebih dari itu. Bagi dia Hayoung terlalu istimewa. Dia tak kisah Hayoung buta atau apa sekalipun. Dia akan terima Hayoung dengan hati yang terbuka.
"Kalau awak nak tahu, saya lebih handsome dari dulu. Ramai perempuan yang tergilakan saya. Tapi saya tak nak. Saya just suka sorang perempuan ni je"
"Siapa? Sampai hati tak bagitahu. Cantik tak? Comel tak?" tanya Hayoung. Sehun ketawa kecil melihat sikap Hayoung.
"Perempuan ni cantik sangat. Comel sangat. Saya suka dia" raut wajah Hayoung bertukar setelah mendengar pengakuan Sehun. Sehun dah mula suka seseorang dan tak lama lagi mesti dia confess pada perempuan tu. And then dia ditinggalkan. Dia tiada kawan selain Sehun. Sepanjang hidupnya, Sehun lah satu satunya kawan yang dia ada. Walaupun dia buta tapi apabila dia Sehun berada di sebelahnya, jantungnya akan berdegup laju. Adakah dia sudah jatuh cinta dengan kawan baiknya sendiri?
"Kenapa tiba² awak sedih. Awak sakit ke?" tanya Sehun dengan panik. Mana tahu Hayoung ada sakit mana² ke.
"Hati saya sakit Hunnie"
"Tak de apalah. Saya tak sakit pun" jawab Hayoung.
"Ok"
🌷🌷🌷
Seperti biasa, Hayoung akan berada di taman apabila bosan. Dia sedang menghirup udara segar pada waktu petang. Tiba² satu ciuman mendarat di pipi putihnya. Dia tahu siapa yang menciumnya.
"Kalau saya boleh nampak awak, dah lama saya pukul awak. Suka sangat kiss orang tanpa kebenaran tuan badan" Sehun tertawa.
"Saya akan terima kalau awak pukul saya asalkan boleh buat awak bahagia" beginilah Sehun. Suka memberi kata² yang boleh membuat dia semakin jatuh hati dengan kawan baiknya sendiri.
"Yelah tu. Kenapa awak datang awal hari ni? Selalunya awak akan datang pada waktu malam"
"Aip..macam mana tahu?"
"Walaupun saya buta tapi saya boleh rasa pada waktu bila awak datang dan pada waktu bila awak tak datang. Awak kan kawan baik saya dan selamanya akan jadi kawan baik saya" susah untuk Hayoung bertutur seperti itu. Dia berharap Sehun bukan sebagai kawan baiknya tapi sebagai orang yang dicintainya.
YOU ARE READING
[C] ONESHOT | Sehun Hayoung
Fanfic«Story collection of Oh Couple» [170822] Highest ranking #35 in fanfiction Firstly, tolong jangan judge tajuk dgn cerita. Tajuk tak best, tak semestinya cite dia tak best. So if you want to be safe, baca semua cite. Total story - 59 #banyaktau Publ...