Mrs Angel

1.8K 65 19
                                        

Satu majlis perkahwinan sedang dilangsungkan di sebuah hotel yang bertaraf tinggi. Ramai orang yang berpengaruh datang ke majlis itu.

Oh Sehun seorang lelaki yang lumpuh sejak dua tahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya. Dia terlantar di hospital selama 5 bulan dan hari ini hari yang paling bahagia untuknya kerana seorang perempuan yang cantik sanggup berkahwin dengannya. Sehun seorang lelaki yang bertuah kerana seorang perempuan yang bekerja sebagai CEO syarikat mahu berkahwin dengannya.

Oh Hayoung seorang perempuan yang ikhlas berkahwin dengan Sehun. Dia menerima Sehun seadanya. Walaupun mereka tidak pernah bercinta atau mengenal satu sama lain, Hayoung tahu Sehun seorang lelaki yang baik. Ibu Sehun pernah menceritakan tentang Sehun kepada Hayoung. Selepas mendengar sedikit sebanyak tentang Sehun, Hayoung agak berminat untuk berkahwin dengan Sehun. Dia seorang perempuan yang tidak suka bercinta kerana baginya, semua itu akan membuang masanya.

Hari ini, mereka telah sah menjadi pasangan suami isteri. Sehun dibawa oleh Hayoung ke rumah yang dibeli Hayoung. Mereka tidak mahu menyusahkan ibu bapa mereka.

...

Hayoung menolak kerusi roda Sehun. Baju pengantin masih tersarung rapi di tubuh mereka. Dengan susah payah Hayoung menolak kerusi roda Sehun dengan memakai gaun pengantinnya yang labuh. Bilik mereka terletak di tingkat bawah agar lebih mudah untuk Sehun bergerak.

Sehun yang berada di atas kerusi roda dibiarkan di tepi katil. Hayoung melangkah ke almari dan mengambil dua helai tuala mandi. Dia memberi salah satu tuala kepada Sehun.

"Emm awak. Saya nak pergi mandi. Awak tunggu sekejap. Nanti saya mandikan awak" Sehun agak terkejut dengan kata² Hayoung. Baik sungguh perempuan di hadapannya ini. Kalau perempuan lain, mesti dah ambil orang gaji untuk melakukan semua ini.

Dia ada juga terfikir Hayoung akan mengambil orang gaji untuk menjaganya tetapi sangkaannya salah. Sejujurnya, dia merasa bersalah berkahwin dengan Hayoung. Hayoung lebih layak dapat lelaki yang lebih jauh lebih baik darinya. Lelaki yang sihat. Tidak seperti dirinya yang tidak mampu melakukan semua perkara.

Bunyi pintu bilik mandi menghentikan lamunannya. Hayoung kembali dengan dress yang masih tersarung di tubuh perempuan itu. Sehun agak pelik.

"Emm awak? Boleh tolong buka zip di belakang saya?" Hayoung memusingkan badannya. Sehun mula menurunkan zip. Badan Hayoung semakin terlihat.

"Thanks. Saya masuk dulu" Hayoung tersenyum lalu berlalu ke bilik mandi.

15 minit di dalam bilik mandi, akhirnya Hayoung keluar dengan memakai baju tidur. Rambutnya diikat menjadi satu supaya senang untuk melakukan kerja.

"So sekarang turn awak untuk mandi" Hayoung melangkah ke arah Sehun.

"Awak tak kisah buat semua ni?" tanya Sehun.

"Kenapa pula? Awak kan suami saya. Apa salahnya kalau saya tolong mandikan suami saya"
Hayoung membantu membuka kot hitam yang dipakai Sehun. Dia meletakkan di atas sofa yang berada di dalam bilik itu. Satu persatu butang kemeja putih Sehun dibukanya. Pipinya semakin merah apabila melihat tubuh Sehun yang sempurna. Pertama kali dia melihat tubuh lelaki.

Selesai membantu Sehun membersihkan diri, Hayoung ke dapur untuk memasak makan malam. Sehun pula sedang menonton tv.

Hayoung sedang leka memotong sayur. Kehadiran suaminya juga tidak disedarinya. Sehun hanya tersenyum melihat tingkah laku Hayoung. Dia sangat kagum dengan Hayoung. Hayoung seorang perempuan yang lain dari perempuan yang pernah dia jumpa dua tahun yang lepas.

"Ekhmm! Seronok potong sayur? Sampai suami sendiri tak perasan" Hayoung terkejut dan melihat Sehun.

"Saya minta maaf awak. Saya tak perasan tadi. Saya tengah fikir sesuatu tadi. Sorry"

[C] ONESHOT | Sehun HayoungTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang