Old Love

1.3K 54 0
                                        

Sahabat baik yang paling Hayoung sayang kini menjadi musuh. Sampai hati Jimin dan Seulgi menikamnya dari belakang. Patutlah mereka selalu bersama sama sejak akhir akhir ni. Rupanya mereka mencari barang untuk perkahwinan mereka yang akan diadakan pada minggu depan.

Separuh nyawa dia sayangkan Jimin. Tapi ni yang dia dapat. Sanggup Jimin buat dia macam ni. Sedihnya!

"Hello my friend. Ni aku nak bagi kau kad jemputan perkahwinan aku dengan Jimin. Aku harap kau datang" kata Seulgi dengan muka menyampah.

Hello! Ni bukan Hayoung lah kalau nak sedih sedih. Eh! Berlambak lagi lah lelaki dekat luar tu yang aku boleh dapat. Setakat Jimin tu beribu aku boleh dapat.

"Of course aku datang! Kau jangan risau k. Aku akan datang bersama calon suami aku! Kau tunggu tau" kata Hayoung pula. Dia tersenyum palsu.

"Fine. Aku akan tunggu kau bersama CALON SUAMI kau tu ya. Datang tau. Rugi kalau kau tak datang sebab aku akan pakai cantik cantik nanti"

"Ya ya. Aku datang" Hayoung membuat muka menyampah.

"Okay lah kalau macam tu. Aku balik dulu. Aku nak pergi beli cincin kahwin aku. Bye!"

Eeee! Geramnya! Macam nak baling fail ni je kat muka dia. Saja datang nak bagi aku sakit hati. Tak pe. Korang tengoklah nanti. Aku akan bawa bakal suami aku nanti!

Tapi siapa? Huarghhhh! Donald Trump tolong aku! Aku perlukan pertolongan kau.

...

Hayoung pulang ke rumahnya dengan hati yang hampa. Sejujurnya, dia masih terkilan dengan perbuatan kedua orang sahabat baiknya itu.

Sampai di rumahnya, sebuah kereta tidak dikenali Hayoung sedang terparking elok di tempat letak keretanya. Dah lah yang tadi sakit hati. Balik rumah pun ada yang menambah sakit hati. Eee! Benci betul!

Hayoung masuk ke dalam rumahnya dengan hati yang sedang terbakar. Baru kaki hendak melangkah naik tangga, badannya sudah mencium lantai. Haish! Siapa pula yang langgar ni!

"Kalau jalan tu pakai mata boleh. Tolonglah jangan pakai tapak kaki! Kau ingat kita sedang main ragbi ke apa nak rempuh bagai bagai!" marah Hayoung.

Apalah nasib aku hari ni! Pagi tadi Seulgi datang bawa kad jemputan. Kedua, tempat letak kereta aku orang kebas. And now aku kena langgar sampai jatuh. Apakah semua ni!!

"Eh! Sedap mulut kau je cakap. Kau yang jalan sambil tunduk bawah. Kau nak salah aku pulak!" Hayoung memandang orang itu.

"Eh! Eh! Kau ni siapa pula? Kenapa kau masuk dalam rumah aku ni?" Hayoung mula perasan yang dia tidak pernah kenal lelaki di hadapannya sekarang ini.

"Entah entah, kau pencuri?! Ibu!!!" Hayoung menjerit. Lelaki tadi hanya diam dan menutup kedua telinganya.

"Kenapa dengan kamu ni Hayoung? Terjerit jerit macam orang gila!" marah Yuri.

"Ibu. Lelaki ni pencuri bu. Dia nak curi barang dalam rumah kita" Yuri menggelengkan kepalanya.

"Oh Hayoung. Ni Oh Sehun. Sepupu kamu yang tinggal di London tu. Ni pertama kali dia balik sini"

"Kenapa Hayoung tak kenal pun?"

"Memanglah kamu tak kenal. Kamu berdua hanya jumpa masa korang kecil dulu je. Sekarang kan korang dah besar. Muka pun dah lain"

"Ouh! Patutlah. Tak pe lah. Hayoung naik dulu. Penat"

"Ha cepat sikit. Bersihkan diri semua, lepas tu turun makan. Kita makan sama sama. Daddy pun nak balik kejap lagi"

"Baiklah ibu"

Hayoung naik ke atas dengan langkah yang malas plus tak semangat. Selepas Seulgi memberi kad jemputan, terus hilang semua mood. Sejujurnya, dia masih tak boleh terima hakikat yang kedua kawan baiknya bercinta secara diam di belakangnya selama ini.

[C] ONESHOT | Sehun HayoungTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang