"Oh Hayoung!"
Taeyeon menjerit. Anak perempuannya itu selalu buat masalah. Semua yang tidur terus bangun. Apa pula kali ni yang Hayoung buat?
"Bising lah ibu ni! Hayoung naik atas dulu. Nak tidur. Esok sekolah" jawab Hayoung.
"Ouh! Tahu pun esok sekolah. Tapi balik rumah pukul 2 pagi. Apa nak jadi dengan kamu Hayoung. Kenapa kamu tak boleh jadi macam oppa kamu.."
"Apa? Oppa? Hell! Tolonglah sejak bila Hayoung ada oppa. Setahu Hayoung, Hayoung anak tunggal"
Taeyeon hendak mengangkat tangan untuk melayangkan penampar di pipi Hayoung tetapi sempat dicegah Sehun a.k.a anak angkat Taeyeon dan Jiyoung.
"Ibu sudah sudahlah tu. Hayoung dah besar. Pandai lah dia jaga diri nanti. Sekarang ni, ibu pergi tidur" Taeyeon mengikut cakap Sehun. Lagipun, dia malas nak berdebat dengan Hayoung.
"Kau jangan nak tunjuk baik sangatlah. Blah lah!" Hayoung melanggar bahu Sehun.
Sejak kecil dia tak suka dengan kehadiran Sehun dalam keluarganya. Taeyeon selalu lebihkan Sehun. Apa yang Sehun buat semua betul. Hayoung pula selalu disalahkan. Sebab itulah dia benci dengan Sehun.
🌷🌷🌷
Seperti biasa, Hayoung ialah pelajar terakhir yang datang ke sekolah. Semua pelajar dikehendaki masuk ke kelas pukul 8, tepat pukul 10 baru Hayoung datang. Semua guru hanya diam kerana Sekang High School merupakan sekolah untuk anak orang yang berpengaruh. Jadi, semua guru tidak boleh membuat apa apa selain melihat. Tetapi mereka untung kerana 97% pelajar di sekolah itu mengikut disiplin.
Hayoung masuk ke kelasnya. Tiada guru yang masuk kerana sekarang pertukaran guru untuk subjek yang lain. Hayoung selalu tertinggal pelajaran pertamanya.
"Awalnya kau datang sekolah" tegur Sejun selaku ketua kelas Hayoung.
"Macam tak biasa pula aku datang waktu ni" balas Hayoung.
"Kau jangan layan sangat dia ni. Jom ikut aku" Sana menarik Hayoung ke tempat mereka berdua.
"Mulalah tu nak bergosip" sindir Sejun.
Waktu rehat sudah bermula. Ramai pelajar menuju ke cafe untuk mengisi perut. Hayoung, Sana, Yerin dan juga Joy turut pergi ke cafe. Selepas mengambil makanan, Hayoung berjalan semula ke tempat duduknya bersama tiga orang sahabatnya itu.
Sebelum sempat sampai di meja makan, seorang pelajar perempuan melanggarnya. Baju putih yang mempunyai satu garis hitam di lengan dan juga skirt hitam yang mempunyai dua garis putih di bahagian bawah itu habis terkena makanan yang dipegang oleh pelajar yang melanggarnya. Memang cari nahas ni!
"Hey perempuan! Mana kau letak mata kau?!" marah Hayoung.
"Aku ke kau yang salah?! Kau yang jalan tak pandang depan!" perempuan itu turut marah.
"Apa?! Kau salahkan aku?! Kau ingat aku tak tahu yang kau jalan tapi mata kau tengok lelaki! Handsome sangat lelaki tu sampai jalan pun tak pandang depan"
"Of course handsome. Sehun oppa always handsome" semua mata melihat ke arah mereka berdua.
"Kau ni memang tak sayang mulut kan!" Lima jari Hayoung melekat di pipi gebu perempuan itu.
Selepas itu bermula pergaduhan antara mereka. Tetapi, sebelum keadaan bertambah teruk, Sehun terlebih dahulu menarik tangan Hayoung dan pergi dari situ.
"Lepas lah! Kenapa dengan kau ni?" marah Hayoung. Lagi marah apabila dia tahu Sehun yang menariknya ke sini.
"Sampai bila awak nak jadi macam ni Hayoung? Tak bolehkah awak ubah perangai awak. Kalau bukan untuk saya, at least untuk ibu. Kesian dia"
YOU ARE READING
[C] ONESHOT | Sehun Hayoung
Fanfiction«Story collection of Oh Couple» [170822] Highest ranking #35 in fanfiction Firstly, tolong jangan judge tajuk dgn cerita. Tajuk tak best, tak semestinya cite dia tak best. So if you want to be safe, baca semua cite. Total story - 59 #banyaktau Publ...