Bunyi jam loceng mengejutkan seorang perempuan yang bernama Oh Hayoung tetapi tidak kepada Oh Sehun. Mereka ialah pasangan suami isteri yang dijodohkan oleh kedua nenek mereka. Mahu tak mahu, mereka perlu turut kerana ini permintaan orang tua. Kalau tak ikut, nanti tak pasal dicop sebagai cucu derhaka.
Mereka masih bersekolah dan kini mereka tinggal sendiri. Walaupun tinggal di rumah sendiri, mereka tetap harus membiasakan diri tidur sebilik kerana nenek atau ibu bapa mereka akan datang melawat pada cuti hujung minggu.
"Yah!!! Oh Sehun! Bangun. Kita dah lewat nak ke sekolah!" jerit Hayoung. Tubuh Sehun digoncang sekuat mungkin untuk membangunkan Sehun.
"Bagi saya 5 minit lagi boleh tak?" kata Sehun. Matanya masih terpejam rapat.
"Apa 5 minit lagi?! Awak gila ke apa? Awak tahu tak sekarang dah pukul 7" marah Hayoung. Lengan Sehun ditampar tampar untuk melepaskan geram.
"Apa?! Pukul 7?! Kenapa tak kejut saya awal awal" giliran Sehun pula marah.
"Amboi! Kalau boleh cakap. Dah². Pergi mandi. Saya akan siapkan baju awak" Sehun terus berlari ke bilik mandi. Hayoung pula menyediakan bajunya dan Sehun. Walaupun mereka berkahwin kerana terpaksa, Hayoung tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.
Kini giliran Hayoung untuk mandi. Dia mengambil baju sekolahnya dan membawa masuk ke dalam bilik mandi. Tidak sampai 15 minit, dia keluar dari bilik mandi dengan pakaian sekolah lengkap. Rambut diikatnya agar kelihatan kemas. Beg sekolah diambilnya.
Mereka bergegas turun ke bawah. Sarapan tidak sempat disediakan Hayoung kerana mereka terlewat bangun tidur. Mereka ke sekolah dengan menaiki motosikal besar Sehun.
"Awak kejap. Awak lupa pakai ni" Hayoung menunjukkan tali leher hitam yang sempat diambilnya tadi. Hayoung berdiri di hadapan Sehun dan mula mengikat tali leher pada Sehun.
"Seronok pula dapat isteri caring macam ni. Sweet pulak tu" kata Sehun. Pipi Hayoung merah.
"Mulalah tu nak menggatal" Hayoung membetulkan sedikit tali leher Sehun. Setelah semua siap mereka bertolak ke sekolah. Untung sekolah tidak jauh dari rumah mereka. Dengan kelajuan motosikal Sehun, hanya 5 minit masa yang diambil untuk sampai ke sekolah.
Seoul High School
"Nasib kita sempat datang. Kalau tak mati awak saya kerjakan" Hayoung mengambil tempat di sebelah Sehun. Ya. Tempat duduk mereka hanya bersebelahan. Mungkin mereka sudah ditakdirkan bersama.
"Sikit pun saya tak takut dengan awak. Awak nak bunuh saya bunuhlah. Tapi jangan nangis kalau dapat title ' janda muda ' " Hayoung menelan air liurnya. Dia tak nak title tu. Nanti tiada siapa yang nakkan dia.
Mr Han masuk ke dalam kelas. Semua pelajar menunduk hormat. Mereka memulakan pembelajaran mereka.
"Okay class. Saya nak tengok kerja yang saya bagi semalam. Ada siapa yang tak buat?" semua tidak berani mengangkat tangan dan tiba tiba....
"Oh Sehun Mr Han. Dia tak buat kerja yang Mr Han bagi" semua pelajar melihat Sehun. Sehun juga taj percaya Hayoung sanggup kenakan dia macam ni.
"Betul apa Hayoung cakap?" tanya Mr Han. Sehun menahan marahnya. Hayoung tersenyum jahat.
Itulah. Lain kali jangan cari pasal dengan aku. Siapa suruh kau tolak ai sampai jatuh katil semalam. Kau ingat tak sakit ke belakang aku ni. Haha. Padan muka kau Oh Sehun.
Kau tunggu nasib kau Oh Hayoung. Kau kenakan aku depan semua orang hari ini. Balik rumah nanti, siap kau dengan aku! Berani kau malukan aku di sekolah.
"Betul Mr Han" kata Sehun.
"Kamu berdiri di luar sampai habis waktu saya. Sekarang!" Sehun menghempas bukunya dan berdiri di luar kelas.
"Ada siapa lagi yang tak buat kerja saya?" tanya Mr Han lagi. Semua menggeleng. Mereka teruskan pembelajaran mereka.
Sehun pula sedang perhatikan Hayoung dari luar. Dia tidak puas hati dengan Hayoung.
...
Sehun pulang sekolah seorang diri kerana Hayoung memberitahunya dia ada study group dengan kawan kawannya. Sebenarnya, itu semua alasan untuk mengelakkan diri daripada Sehun. Tiba tiba pula dia tak berani bersua muka dengan Sehun. Dia tengok muka Sehun lain sangat semasa berjalan ke luar kelas. Dia menghabiskan masa di rumah ibunya sehingga malam.
Hayoung membuka pintu dengan perasaan takut. Hatinya lega kerana rumah mereka gelap. Ini bermakna Sehun sudah tidur. Lagipun sekarang dah hampir pukul 12 malam. Memang sah Sehun sudah tidur.
Dia melangkah dengan gembira ke biliknya dan Sehun. Tiba tiba semua lampu terpasang dengan sendiri. Terkejut dibuatnya kerana Sehun betul betul di hadapannya.
"Kau pergi mana? pukul 12 baru nampak batang hidung" kata Sehun dingin. Ni yang dia lemah ni. Dia takut melihat wajah Sehun yang tiada senyuman itu. Dia menunduk.
"Aku tanya kau. Kau pergi mana?" suara Sehun sedikit meninggi. Hayoung juga terkejut. Air matanya tidak dapat tahan lagi.
"Awak saya tahu awak marahkan saya pasal hal di sekolah tadi. Saya minta maaf"
"Senang senang je kau minta maaf kan. Kau tahu tak, satu jam setengah aku diri. Kau rasa kaki aku sakit ke tak? Sanggup kau buat macam ni pada suami kau sendiri" air mata Hayoung semakin laju turun.
"Saya just nak main main tapi tak-"
"Kalau nak main² pun, agak agaklah! Tak kan sampai hukum suami sendiri" Hayoung semakin bersalah apabila mendengar kata² Sehun.
"Saya minta maaf sangat². Awak jangan tinggikan suara awak. Saya takut" Sehun pula merasa bersalah. Dia tidak patut tinggikan suara kepada Hayoung. Mereka sepatutnya berbincang dengan baik.
Sehun memeluk Hayoung untuk menenangkan Hayoung. Air mata Hayoung dikesat. Kesian pula tengok isterinya. Comel pulak.
"Saya minta maaf. Saya janji saya tak kan tinggikan suara lagi. Tapi awak juga perlu janji dengan saya juga" Hayoung melepaskan pelukannya.
"Apa?"
"Awak janji dengan saya, awak tak kan kenakan saya lagi. Saya pun macam tu juga. Jadi start malam ni, awak dah tak boleh buat semua tu. Kita akan hidup macam pasangan suami isteri yang lain"
"Okay. Saya janji" Hayoung membuat mereka comel. Sehun terus mencubit pipi Hayoung dengan kuat.
"Yah!! Oh Sehun!"
"Ya sayang"
"Eii......bencilah macam ni"
"Tak baik tau benci suami sendiri" Sehun terus berlari ke biliknya.
"Oh Sehun!!"
The End
Pendek kan cite ni. Saya malas sikit nak tulis HEHE✌.
#MASHIE에이핑크
Thursday
15.12.2016
![](https://img.wattpad.com/cover/82636995-288-k383654.jpg)
YOU ARE READING
[C] ONESHOT | Sehun Hayoung
Fanfiction«Story collection of Oh Couple» [170822] Highest ranking #35 in fanfiction Firstly, tolong jangan judge tajuk dgn cerita. Tajuk tak best, tak semestinya cite dia tak best. So if you want to be safe, baca semua cite. Total story - 59 #banyaktau Publ...