Him

769 47 1
                                    

"AWAL BANGUN HARI NI"

Puan Yuri menegurku. Aku tersengih. Macam mana tak semangat nak pergi sekolah kalau dah tak sabar nak tatap muka lelaki pujaan hati.

"Awal apanya bu. Hayoung pergi macam biasalah"

"Apa apa jelah. Makan dulu sebelum pergi"

"Eh of course kena makan"

Perut kena diutamakan. Peace yo!

Aku membuka pintu rumah. Cuaca baik hari ni. Tak hujan. Selalunya pagi pagi hujan. Hari ni tak pula.

"Yo baby good morning!"

"Aku ingat orang gila manalah jerit pagi pagi buta ni. Kau ni Joy. Cubalah simpan suara tu. Asyik jerit aje kerja"

Joy tersengih. Aku dengan Joy berjiran. Rumah dia di sebelah kiri rumah aku. Setiap hari kami akan ke sekolah bersama tapi kalau aku lambat, Joy akan pergi dulu.

"Eh anyway kenapa kau awal sangat hari ni"

Joy mengusik. Padahal dah tu yang kawan baiknya ni ada crush.

"Of course sebab senior Sehun. Kau tahu kan aku suka dia"

"Tak tahu"

Joy berjalan terlebih dahulu meninggalkan Hayoung di belakang yang sedang tersenyum macam orang gila.

"Yah! Park Joy!"

Hayoung mengejar Joy.

"Kau tak nak pergi kafe ke?" soal Kai a.k.a sahabat baik Sehun.

"Malaslah. Kau pergi jelah date dengan Naeun. Aku tak kisah"

"Betul ni. Lepas ni kau jangan merungut pulak cakap aku asyik keluar dengan Naeun"

"Taklah. Blah lah sana"

Kai mencebik. Susah dapat kawan macam ni.

Selepas Kai pergi, Sehun meletakkan kepalanya diatas meja. Mata ditutup. Dia cuba untuk cari ketenangan. Dah dua tahun dia hidup macam ni. Setiap hari dia akan rasa bersalah.

Ketenangannya diganggu apabila satu suara muncul. Dia membuka matanya untuk melihat siapakan gerangan yang bercakap.

"Emm saya ganggu senior ke? Kalau macam tu saya keluar..."

"Awak nak cakap apa? Cakap aje" kata Sehun tanpa melihat muka orang itu.

"Saya cuma nak bagi makanan ni. Saya tahu senior tak pergi kafe. Saya harap senior makan"

Hayoung meletakkan makanan yang dia beli tadi diatas meja Sehun.

"So selama ni awaklah yang selalu letak barang dalam loker saya?"

Hayoung cuma tersenyum malu. Alamak! Kantoilah pulak.

"Senior tak suka ke"

"Ya! Lepas ni jangan buat macam tu lagi. Dan tolong berhenti buat macam ni. Saya tahu awak suka saya tapi saya nak awak tahu yang saya tak akan pernah suka dengan perempuan. Tak kisahlah perempuan mana pun. Termasuk AWAK"

Sedikit sebanyak Hayoung terasa dengan kata kata Sehun. Tapi satu aje dia nak tahu. Kenapa Sehun tak suka perempuan.

"But why?" soal Hayoung.

"Do I need to tell you my reason?"

Soalan berbalas dengan soalan. Hayoung terdiam.

"Okey. Saya tak kan ganggu dah senior. Saya minta maaf sebab buat senior tak selesa"

Hayoung mengambil makanan yang dia letak diatas meja Sehun tadi lalu dibawa keluar bersamanya. Hatinya kecewa.

Sehun cuma mampu melihat pemergian Hayoung. Dia tak ada niat nak sakitkan hati Hayoung tapi dia terpaksa. Dia tak nak perkara yang sama berulang kepada Hayoung.

[C] ONESHOT | Sehun HayoungWhere stories live. Discover now