Bodyguard

1K 64 5
                                        

Semua mata tertumpu pada Hayoung kerana Hayoung masuk ke mall bersama tujuh orang bodyguard. Hayoung sudah masak dengan pandangan semua orang. Benci pun ada. Tapi dia terpaksa terima hakikat yang dia anak presiden negara ini. Jadi semua orang kenal dia. Sebab tulah kalau nak kemana mana mesti kena ada bodyguard.

Eh! Kalau daddy dia tak tayang muka dia dalam tv, semua orang tak kan tahulah dia anak presiden negara ni. Ni tak, setiap hari mesti gambar dia muncul di kaca tv. Bencilah!

Hayoung hanya membeli chocolate shake dan terus keluar dari mall tu. Orang mesti ingat dia melebih lebih. Setakat beli air ni sampai nak bawa bodyguard masuk. Memang mengada ngada lah jawabnya!

"Daddy..Hayoung tak nak pergi mana mana kena bawa bodyguard. Rimas lah. Nak buat yang tu susah, yang ni susah. Hayoung dah besarlah daddy. Hayoung bukan budak kecil lagi" Hayoung merengek.

"Tak boleh. Kalau orang datang serbu Hayoung macam mana? Siapa yang susah nanti. Daddy juga yang susah"

"Hmm😔...haa! Hayoung ada satu cadangan💡. Apa kata daddy kurangkan bodyguard yang selalu ikut Hayoung tu" daddy Hayoung menutup khabar yang dibacanya.

"Boleh tapi appa..."

"Hayoung nak satu je bodyguard. Boleh?"

"Enam" daddy Hayoung masih dengan pendiriannya.

"Satu"

"Lima"

"Satu"

"Empat"

"Satu"

"Tiga"

"Satu juga"

"Baiklah. Satu" akhirnya daddy Hayoung mengalah. Anak perempuan kesayangannya katakan.

"Yeay! Thanks daddy" Hayoung memeluk daddy nya.

Tujuh orang bodyguard yang selalu mengikut dan menjaga Hayoung masuk ke dalam rumah Hayoung. Mereka berdiri tegak dan senyap.

"Hayoung perlu pilih antara Seungwoo, Taecyeon, Taeyong, Donghae, Chansung, Sehun dan juga Junghyung" daddy Hayoung memperkenalkan satu persatu anak buahnya.

Hayoung berjalan dan melihat lihat. Kau ingat baju ke Hayoung! Ketujuh orang mereka hanya memandang ke hadapan. Setelah puas menilai, Hayoung membisikkan sesuatu pada daddy nya. Daddy nya hanya mengangguk. Tujuh orang lelaki yang bertubuh tegap itu gementar. Siapa yang akan dipilih? Mereka sudah selesa menjadi bodyguard Hayoung. Nanti mereka akan ditukar ke tempat lain. Mereka semua tak nak!

"Anak saya pilih...." kata daddy Hayoung.

"Oh Sehun oppa" jawab Hayoung dengan sebulat suara.

Dalam ketujuh bodyguard ini, dia hanya selesa dengan Sehun sorang je. Sehun tidak terlalu mengawalnya dan hanya diam. Sehun tak kan pukul orang jika orang tu tidak buat kesalahan yang besar pada Hayoung.

"Jadi, mulai hari ni, Sehun akan jadi bodyguard peribadi Hayoung. Yang lain saya akan beritahu kemudian apa yang perlu kamu semua buat. Kamu semua boleh pergi. Goodnight"

Hayoung memberi isyarat supaya Sehun mengikutnya. Hayoung berhenti di tepi kolam dan begitu juga Sehun.

"Esok saya nak pergi jumpa Hanbin. Saya harap awak tak kisah" Sehun mengangguk sedikit.

"Saya masuk tidur dulu. Goodnight babe" Hayoung membuat flying kiss pada Sehun. Sehun pula hanya melihat macam orang yang tiada perasaan.

Sehun menghempaskan badannya di atas katil. Sehun tinggal di sebuah rumah yang boleh tahan besar di sebelah rumah Hayoung. Rumah Sehun masih dalam kawasan rumah Hayoung. Cuma berlainan bumbung.

[C] ONESHOT | Sehun HayoungTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang