Satu adegan tumbuk menumbuk sedang berlaku disebuah lorong jalan. Kawasan itu agak sunyi. Tambah pula sekarang waktu malam. Lelaki yang dipukul sudah tidak ada daya untuk bangun.
"Sehun sudahlah. Kesian lelaki ni" pujuk Hayoung.
Tangan Sehun dipegang. Hayoung menunjukkan wajah kesian.
"Kau kesian dengan lelaki ni Hayoung. Kau tahu tak dia hampir culik kau tadi. Kalau Lucas tak bagitahu aku tadi aku tak tahu apa jadi dengan kau"
Sehun memang marah habis malam ni.
"Lelaki ni tak tahu apa apa Sehun. Kalau dia tahu aku ni kawan ketua gangster tersohor kat negara ni, mesti dia tak culik aku"
Hayoung cuba memujuk Sehun lagi. Payah betul nak pujuk hati kawan baiknya ni.
"Kau tak kenal dia Hayoung. Aku tengok tatoo pun aku tahu siapa yang hantar dia untuk culik kau"
Ada tatoo tengkorak kepala manusia. Hayoung tak tahu apa maksudnya dan kalau boleh, dia tak nak ambil tahu langsung.
"Yelah yelah aku salah. Aku minta maaf. Lepas ni aku janji aku akan berhati hati"
Hayoung mengalah. Kalau bertekak dengan Sehun, sampai esok pun belum tentu habis.
"Get in a car now" arah Sehun.
Hayoung menurut tanpa mengeluarkan sepatah kata. Dia masuk ke dalam perut kereta Sehun.
"Dan kau. Bagitahu ketua kau, kalau nak hantar orang, cari yang hebat sikit. Ni tak. Lembik! Ke orang orang dia memang lembik semua"
Lelaki itu cuma diam. Tak mampu cakap sebab kena pukul banyak kali. Mulut pun dah pecah.
Sehun masuk ke dalam kereta. Hayoung cuma diam.
"Lepas ni aku suruh Daniel dengan Lucas jadi bodyguard tetap kau. Tiada bantahan"
Ada nada tegas disitu. Takut juga Hayoung.
"Yelah aku setuju. Ni semua untuk kebaikan aku juga kan"
Hayoung melihat Sehun yang sedang memandu di sebelahnya. Hensem pula Sehun ni. Makan apalah budak ni sampai hensem macam ni. Aip! Merepek apa kau Hayoung.
"Boleh tak kalau kau tak kerja. Aku mampulah nak tanggung kau sorang" kata Sehun tiba tiba.
"Kita dah bincang kan pasal ni Sehun. Sampai bila aku hidup nak menumpang kau aje. Suatu hari nanti kau akan kahwin juga" Hayoung memandang ke arah luar.
Bila fikir pasal tu terus sedih. Dia tahu Sehun akan ada keluarga sendiri. Sebab tulah dia putuskan untuk belajar dan kerja. Bila dah stabil, dia akan balas budi baik Sehun sedikit demi sedikit.
"Kau jangan cakap pasal kahwin boleh tak. Rimaslah" marah Sehun.
"Kau dah banyak tolong aku Sehun. Sejak parents aku meninggal, kaulah satu satunya orang yang selalu ada di sisi aku. Aku tak tahu nak balas budi kau macam mana nanti"
Hayoung sedih. Sehun dah banyak tolong dia. Sehun yang tolong bayar untuk dia sambung belajar. Dan selama dia belajar, dia tinggal dengan Sehun dan juga adik Sehun, Lucas. Sehun terlalu baik untuk Hayoung.
"Dah memang tanggungjawab aku. Kau tak payah fikir sangatlah. Malam ni kau tidur rumah aku. Jangan balik apartmen kau. Bahaya" Hayoung mengangguk.
Sekarang dia dah ada rumah sendiri sejak dia berkerja. Dia gembira sebab tak perlu susahkan Sehun lagi. Tapi rupanya Sehun tetap pantau kemana dia pergi. Kata Sehun demi keselamatan dia. Faham fahamlah kalau berkawan dengan gangster. Tak dapat ketua, orang terdekat akan jadi mangsa.
YOU ARE READING
[C] ONESHOT | Sehun Hayoung
Fanfiction«Story collection of Oh Couple» [170822] Highest ranking #35 in fanfiction Firstly, tolong jangan judge tajuk dgn cerita. Tajuk tak best, tak semestinya cite dia tak best. So if you want to be safe, baca semua cite. Total story - 59 #banyaktau Publ...