Nerd Or Beautiful

1.2K 69 13
                                    

"Hey perempuan! Blah lah! Muka dah lah tak lawa. Ada hati nakkan aku. Balik cermin diri sikit! Ouh sebelum aku lupa. Ni ambil balik surat surat bodoh kau ni. Jangan pernah letak surat dalam loker aku lagi. Menyemak je!!"

Hayoung masih ingat kata kata tu. Kata kata yang keluar daripada mulut seorang lelaki yang kacak dan kaya. Lelaki yang mempunyai banyak peminat yang sememangnya perempuan. Tetapi disebabkan kata kata itu juga dia menjadi semangat untuk mengubah dirinya menjadi perempuan yang digilai semua lelaki.

"Unnie dah siap?" tanya Yeri yang merupakan adik kepada Hayoung.

Mereka hanya dua beradik yang tidak mempunyai ibu mahupun ayah. Mereka tinggal bersama Chanyeol dan Eunji yang merupakan adik kepada ibu mereka. Tapi sebaik saja Hayoung sudah bekerja, mereka hanya tinggal berdua.

"Dah siap" Hayoung melihat penampilan dirinya untuk kali terakhir sebelum dia melangkah ke set penggambaran.

Hayoung seorang model yang terkenal kerana dia mempunyai rupa dan bentuk badan yang cantik. Yeri yang selalu meneman dan menjadi pembantu peribadinya.

"Lepas ni unnie ada jadual lagi tak?" tanya Hayoung sebaik saja mereka masuk ke dalam kereta.

"Emm...rasanya tak ada tapi Yeri lupa nak bagitahu unnie. Sebenarnya kontrak unnie dengan NEO'S Entertainment dah habis hari ni. Tapi unnie jangan risau Yeri dah dapatkan kontrak baru dengan syarikat lain. Esok kita perlu pergi syarikat tu"

"Pukul berapa?"

"Dalam pukul 2 petang macam tu. So pagi esok unnie tak ada jadual"

"Okay. Terima kasih Yeri sebab selalu tolong unnie"

"Unnie jangan cakap macam tu. Yeri ni adik unnie. Jadi of course Yeri tolong. Lagipun unnie dah bagi apa yang Yeri nak selama ni. Jadi nilah satu satunya cara untuk Yeri balas jasa baik unnie selama ni" Yeri memeluk Hayoung.

...

Hayoung terpaksa pergi makan sorang sorang sebab Yeri dah keluar dating dengan kekasih hatinya Jungkook. Tapi dia okay je as long dapat makan tu dah cukup untuk Hayoung. Kata Yeri meja dah ditempah. Cuma tinggal pergi duduk je.

Hayoung melabuhkan punggungnya di meja yang bernombor 11. Meja yang ditempah Yeri.

Hmm...seronok juga restoran ni. Siap dapat tengok laut lagi. Memang terbaiklah. Pandai Yeri pilih. Tenang sikit fikiran. Restoran cantik harap harap makan pun cantik jugalah. Harga cantik tak kisah. Janji sedap!

"Cik meja tu dah ada orang. Mungkin cik salah meja ni" Hayoung mendengar orang sedang bertengkar.

Hish! Kalau nak bergaduh nak bertengkar macam ni, pergilah jauh jauh sikit. Ganggu ketenangan orang je.

"No. Saya tak salah. Saya dah tempah meja tu. Macam mana orang lain pula dapat" orang itu masih bercakap sopan.

"Sekejap saya tengok"

Diam.

"Pihak kami minta maaf cik. Benda macam ni tak patut jadi. Kalau cik nak, kami boleh bagi cik meja VVIP. Itupun kalau cik nak. Itu je yang kami boleh bagi sebagai tanda minta maaf" kata orang itu. Mungkin pekerja di restoran ni.

"No its ok. Saya akan duduk juga di meja tu"

"Baiklah cik kalau itu yang cik nak"

Weh! Apa ni? Ni meja aku. Yeri dah tempah dulu. Mana boleh. Aku tak nak duduk semeja dengan lelaki tu. Hish! Restoran lima bintang pun boleh jadi macam ni ke. Tak patut betul! Tak pasal pasal aku kena kongsi meja dengan lelaki tu.

"Hi lady. Sorry sebab ganggu. Kita sama sama tempah meja ni. Jadi saya harap awak tak kisah kalau kita kongsi meja sama sama juga" kata lelaki tu dengan confident.

[C] ONESHOT | Sehun HayoungWhere stories live. Discover now