Perpustakaan Seoul High School sudah menjadi rumah kedua bagi Hayoung. Bukan dia tak nak bergaul dengan orang lain tapi dia lebih suka bersendirian. Sana dan Yerin pula lebih suka bersosial. Hayoung mempunyai beberapa kawan lain yang juga merupakan unnie kepadanya. Mereka banyak menolong dan memberi nasihat kepadanya.
Oh Sehun. Pelajar yang paling popular di sekolah itu. Tetapi, disebabkan sikapnya yang sombong dan tidak pernah senyum pada orang, ramai pelajar yang tidak suka padanya. Tapi itu bukan satu masalah besar bagi Sehun. Dia lebih suka kalau orang membencinya kerana itu membuatkan hidupnya lebih aman dan harmoni. Mwahaha!
"Hayoung. Rong Mama ajak kita semua keluar malam ni" kata Naeun.
"Hayoung tak nak. Hayoung ada kerja sikit nak buat" Hayoung cuba untuk mengelak.
"Tak boleh! Hayoung kena ikut juga. Hayoung tak sayangkan kami ke?" rayu Bomi.
Inilah satu masalah yang perlu mereka hadapi jika ingin keluar bersama Hayoung. Hayoung jenis yang susah nak tinggalkan rumahnya. Entah apa yang dia suka duduk di rumahnya.
"Baiklah. Tapi Hayoung nak balik awal"
"Yeay! Finally. Thanks my Hayoungie!" Namjoo memeluk Hayoung.
Di satu tempat lain, satu group lelaki sedang berkumpul di satu bilik khas. Mereka sedang berborak borak.
"Oh Sehun. Aku nak kau ikut kitaorang malam ni. Kita ada party di rumah Suho hyung" kata Kai.
"Tengoklah nanti macam mana. Aku tak janji"
"Ha. Yang ni aku tak nak dengar ni. Benci betul aku dengan kau ni. Patutlah tak ada perempuan nakkan kau" sindir Kai.
"Kisah pula aku. Buat apa ada perempuan kalau asyik menyusahkan hidup kita"
"Dari pandangan kau, memang semua perempuan menyusahkan kau. Tapi apabila kau bercinta dengan seorang perempuan nanti, baru kau tahu perempuan tu menyusahkan atau nanti kau yang susah sebab tak dapat jumpa dia sehari. Kau boleh pegang kata kata aku ni"
"Suka hati kaulah nak cakap apa pun. Ini prinsip aku. So, suka hati akulah"
"Ok bro. Aku cakap macam ni sebab kau kawan baik aku. Aku harap kau akan dapat rasa nikmat apabila seorang perempuan hadir dalam hidup kau nanti.
"Hai Youngie. Cantik malam ni" tegur Suho.
"Hayoung memang selalu cantik. Sebab tu ramai lelaki tak sukakan Hayoung"
"Aip! Macam salah je ayat" Hayoung tersenyum lalu pergi dari situ.
"Rong Mama. Hayoung nak balik. Jumpa esok. Bye"
"Hyung. Hun balik dulu"
Mereka bercakap secara serentak. Suho dan Chorong hanya menggelengkan kepala mereka.
"Tengoklah. Perangai kamu berdua ni sama je kan. Sorang tak suka perempuan. Yang sorang lagi tak suka bercinta. Elok sangatlah tu" bebel Chorong.
"Biarlah sayang. Saya pasti mereka berdua ni akan menyesal sebab tak pernah bercinta"
Chorong mengangguk."Hayoung balik dengan apa?"
"Hayoung balik naik roket" jawab Hayoung selamba.
"Jangan main main boleh -,-"
"Okay okay sorry. Hayoung balik naik teksi"
"Tak boleh! Nanti kalau pemandu teksi tu bawa lari Hayoung macam mana? Oppa tak nak kehilangan seorang adik perempuan yang comel macam Hayoung ni"
"Hayoung tahu lah Hayoung comel. Tapi nak buat macam mana. Yang tu je kenderaan yang Hayoung boleh naik"
"Macam nilah. Hyung nak Hun hantar Hayoung balik rumah. Tiada bantahan"
YOU ARE READING
[C] ONESHOT | Sehun Hayoung
Fanfiction«Story collection of Oh Couple» [170822] Highest ranking #35 in fanfiction Firstly, tolong jangan judge tajuk dgn cerita. Tajuk tak best, tak semestinya cite dia tak best. So if you want to be safe, baca semua cite. Total story - 59 #banyaktau Publ...