Pakk!!!
Hayoung memukul mejanya. Matanya tajam seperti pedang samurai apabila melihat dua orang manusia sedang bermesra di hadapannya sekarang ini. Bila bila masa je dia boleh membunuh perempuan yang berani menyentuh putera kesayangannya. Boleh hilang sabar kalau macam ni.
"Kau ni. Nak ketuk meja pun agak agaklah. Aku tengah makan ni" marah Yerin.
"Yelah babe. Sampai bila kau nak jadi macam ni? Aku tengok kau pandang si Sehun dengan si Yebin tu macam nak makan je" sindir Joy.
Sana hanya diam. Hayoung masih dalam keadaan marah.
"Kau Sana? Tak nak kutuk aku sekali"
"Tak kut. Aku ni kan kawan mithali. Kawan mithali akan selalu sokong apa kawan baik dia buat" kata Sana sambil memeluk Hayoung.
"Ha..elok sangatlah tu. Kawan mithali apa macam tu. Tak kan kawan baik sendiri buat salah tak nak tegur"
"Mana ada...."
"Wei! Dah lah. Pening aku dengar korang bertengkar. Mak cik kau hitam betul!" Hayoung terus bangun.
Apa pula yang akan Hayoung lakukan kali ini. Setiap hari, ada je masalah yang timbul. Mentang mentang anak pengetua sekolah. Suka hati dia je nak buat apa pun. Mereka bertiga hanya menonton drama yang akan bermula sebentar lagi.
"Weh! Apa masalah kau ni?" marah Yebin.
Mana taknya, Hayoung dengan selamba badaknya tuang air di atas kepalanya. Hei..ni main kasar ni. Kau tunggu nasib kau Hayoung.
"Masalahnya, kau dah menggatal dengan lelaki kesayangan aku!"
"Dah lah Hayoung! Aku tak pernah sukakan kau. Mati hidup balik pun, belum tentu aku akan hidup semati dengan kau. Perempuan yang tak ada adab macam kau ni lelaki mana nak. Fikir sikit!" marah Sehun.
"Tak kan sedikit pun oppa tak cintakan Hayoung" Hayoung masih terus mencuba.
"Eh! Dah lah. Aku malas nak layan perempuan macam kau ni. Jom sayang" Yebin tersenyum kemenangan.
Walau bagaimana sekalipun, Sehun tak kan berubah hati macam tu je. Yebin tahu Sehun cintakan dia.
"Tak guna kau Yebin. Kau tunggulah nasib kau!" marah Hayoung. Dia terus pergi dari situ.
Pulang sekolah, Hayoung menangis semahu mahunya. Dia tak sangka Sehun akan menghinanya sampai macam tu sekali. Tapi dia bukan perempuan yang jenis menyerah kalah. Dia akan buat apa saja asalkan Sehun menjadi miliknya.
...
Keesokan harinya, Hayoung ke sekolah bersama tiga sahabatnya seperti biasa. Hari masih awal. Pelajar pun tidak ramai lagi. Dia terus terfikirkan satu rancangan. Hayoung dan tiga sahabatnya itu memulakan misi mereka.
Setelah selesai semua, Hayoung dan Sana mengambil tempat masing masing. Begitu juga dengan Joy dan Yerin. Pelajar mula masuk ke masing masing.
Bayang bayang Yebin kelihatan. Hayoung sudah tidak sabar menunggu drama tak berbayar akan disiarkan sebentar lagi. Yebin melangkah masuk ke kelas dan tiba tiba, beberapa biji telur jatuh di atas kepalanya. Tidak lupa juga tepung sebagai penambah perasa.
"Oh Hayoung! Minatozaki Sana! Jung Yerin! Park Sooyoung!"
Marah punya pasal. Semua nama disebut Yebin. Mereka berempat hanya ketawa. Tidak lama kemudian, Yebin melangkah ke arah mereka berempat. Tapi sedikit pun Hayoung tidak merasa gentar.
Belum sempat Yebin sampai ke meja Hayoung, dia sudah terjatuh terlebih dahulu kerana terpijak kulit pisang. Semua pelajar di dalam kelas itu ketawakan Yebin.
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] ONESHOT | Sehun Hayoung
Fanfiction«Story collection of Oh Couple» [170822] Highest ranking #35 in fanfiction Firstly, tolong jangan judge tajuk dgn cerita. Tajuk tak best, tak semestinya cite dia tak best. So if you want to be safe, baca semua cite. Total story - 59 #banyaktau Publ...
![[C] ONESHOT | Sehun Hayoung](https://img.wattpad.com/cover/82636995-64-k383654.jpg)