Black Snow Boutique. Itulah butik yang menjadi pilihan Hayoung untuk membeli dress perkahwinannya bersama Sehun. Hampir semua dress yang dia cuba tetapi semua dia tidak suka. Entah apa yang dia tidak puas hati.
Tiba tiba, seorang lelaki menghulurkan satu dress yang berwarna putih kepadanya. Lelaki itu hanya tersenyum.
"Babe. What are you doing here? Aren't you supposed to be at yours office now?"
Ya. Lelaki itu ialah Sehun a.k.a bakal suami dia.
"Kalau ikutkan memang macam tu tapi biy tak sampai hati nak biarkan sayang pilih dress ni sorang sorang" kata Sehun.
"Aww..so sweet" Hayoung mencium pipi Sehun.
"Sekarang ni, sayang pergi cuba dress ni. Biy nak tengok"
"Okey. Tunggu jap" Sehun melabuhkan punggungnya di atas sofa yang disediakan di butik itu.
Sehun melihat telefon Hayoung yang ditinggalkan di atas meja. Dia tersenyum sendiri apabila melihat skrin telefon itu. Gambar dia yang sedang mencium pipi Hayoung. Hayoung tidak meletakkan sebarang password di dalam telefonnya. Itu memudahkan Sehun untuk menceroboh telefon Hayoung.
Kebanyakan gambar dia dan Hayoung di dalam galeri Hayoung."Biy" satu suara mengganggu kerjanya.
Sehun melihat perempuan di hadapannya sekarang ini. Betul ke tidak perempuan yang dihadapannya sekarang ini adalah Hayoung. Cantik. Itu yang dia dapat dia gambarkan. Matanya tidak lepas pandang Hayoung. Telefon Hayoung juga masih dipegangnya.
"Biy" panggil Hayoung lagi. Dia melambaikan tangannya di hadapan muka Sehun.
"Y...ya. Ouh sorry. Perfect. Cantik sangat sayang pakai dress ni"
"Betul ke?" Sehun menangguk.
"Baiklah kalau macam tu. Sayang pergi tukar dulu, lepas tu kita pergi makan. Lapar" Hayoung membuat muka comel.
"Emm..mulalah tu. Semakin dekat hari perkahwinan, semakin banyak sayang makan. Patutnya, sayang kena kurang makan"
"Tolong jangan buat hipotesis di sini. Membebel lebih pada perempuan"
"Tengok tu. Bila orang cakap, dia kata kita membebel"
"Eleh! Sayang ada seminggu lagi untuk kuruskan badan"
"Hmm yelah tu. Pergi tukar cepat. Tadi cakap nak pergi makan"
"Thanks babe. I love you" Hayoung terus berlari masuk ke dalam bilik persalinan. Sehun menggeleng kepala melihat sikap Hayoung.
Mereka sampai di sebuah restoran VIP yang ditempah khas oleh Sehun. Sebenarnya, Hayoung tidak suka makan di restoran hebat macam ni. Tapi dia terpaksa kerana Sehun seorang pengarah yang juga merupakan golongan VIP.
Sedang Hayoung berjalan, tiba tiba seorang perempuan tidak sengaja melanggarnya. Badannya terjatuh di atas lengannya. Hayoung menahan rasa sakitnya agar Sehun tidak risau dengan keadaannya.
"Saya minta maaf. I was rushing. I'm really sorry" kata perempuan itu.
"It's ok. Not a big deal. I'm understand. You may go"
"Are you sure? This is my card. If anything happens, you can come to my place"
"Okay. Thank you"
Perempuan tadi berlalu pergi. Hayoung memegang pergelangan tangannya. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Dia mengawal riak wajahnya.
"Sayang ok ke? Ada sakit mana mana tak?" tanya Sehun dengan wajah risau.
"Tak ada apalah. Jom pergi makan" Sehun menarik lengannya. Hayoung masih cuba untuk menahan sakitnya walaupun Sehun menariknya dengan perlahan.
YOU ARE READING
[C] ONESHOT | Sehun Hayoung
Fanfic«Story collection of Oh Couple» [170822] Highest ranking #35 in fanfiction Firstly, tolong jangan judge tajuk dgn cerita. Tajuk tak best, tak semestinya cite dia tak best. So if you want to be safe, baca semua cite. Total story - 59 #banyaktau Publ...