Never Leave You

1.2K 66 7
                                    

Happy Independence Day for Malaysian! 🇲🇾

Sehun dan Hayoung sampai di sebuah dewan yang sememangnya besar disewa oleh Puan Oh. Ramai tetamu dari golongan atas datang. Hayoung tercari cari pengantin perempuan. Sehun pula entah kemana. Jumpa kawan lah tu.
Akhirnya, Hayoung ternampak seorang perempuan yang memakai dress lain dari yang lain. Dia melangkah ke arah perempuan itu dan...

"Sana?!!"

"Oups! Sorry beb. Aku cuma nak surprise kau je"

"Surprise mak cik kau macam ni. Ni bukan surprise namanya. Ni kau kahwin sembunyi dari aku. Nasib kau kahwin dengan adik ipar aku, kalau kau kahwin dengan orang lain, kau ada anak 10 orang pun aku tak tahu" Sana tersengih.

"Banyak sangat kut 10 orang tu. Alahh kau ni. Aku minta maaf la. Aku tahu kau akan datang. Sebab tulah aku tak bagitahu kau"

"Fine. Kali ni aku maafkan kau. Anyway, cantik dress kau"

"Of course! Ni special dari Black Snow Boutique k. Kau apa tahu"

"Eleh! Itupun sebab mommy aku sempat buat. Kalau tak melepas kau nak pakai dress macam ni"
mereka ketawa.

"Amboi kalau boleh bual. Satu dewan dengar" tegur Sejun. Entah dari mana dia datang.

"Ha Oh Sejun! Jadi selama ni kau selalu pergi hospital sebab Sana lah? Sampai hati kau tak bagitahu"

"Nanti kau tahu juga. Sebab tu aku rahsiakan pada kau dulu" Sejun menayangkan muka tak bersalah.

"Tak pe lah. Aku harap korang bahagia. Aku pergi ambil air dulu. Dahaga"

Hayoung meninggalkan pasangan itu. Dia melangkah ke meja yang dipenuhi air. Selepas membasahkan tekaknya, Hayoung mencari suaminya. Dari tadi datang, bayang bayang pun tak nampak.

Matanya terhenti di salah satu pasangan yang sedang berbual mesra. Tetiba satu perasaan lain singgah di hatinya. Hayoung cuba buang perasaan tu dan berfikir positif. Dia tahu Sehun cintakan dia. Tapi dari cara mereka berbual, nampak macam dah kenal lama. Siapa perempuan tu?

"Awak jangan risau. Hyung saya bukan orang macam tu" seorang lelaki menegur Hayoung.

Hayoung melihat sebelahnya. Rupanya Taeyong.

"Mana awak tahu?"

"Ya. Kalau dulu dia memang playboy yang terkenal tapi tu dulu. Kalau dia dah sayangkan seorang perempuan ni, dia tak kan sakitkan hati perempuan itu. Awak bertuah sebab jadi isteri dia" hati Hayoung sedikit lega mendengar kata kata Taeyong. Tapi dia masih ragu. Boleh je kalau Sehun nak berubah hati.

"Terima kasih sebab bagitahu saya semua ni"

"Sama sama"

"Ha! Saya ada benda nak tanya awak. Kenapa perkahwinan awak ditangguhkan?" terus berubah riak wajah Taeyong.

Hayoung merasa bersalah sebab tanya. Mesti ada benda yang tak kena.

"Kalau ikutkan, memang saya akan kahwin dulu tapi tunang saya buat masalah. Masa dia tunang dengan saya, rupanya dia dah ada lelaki lain" luah Taeyong.

"Awak sayangkan tunang awak tu?" Taeyong mengangguk.

"Dialah perempuan pertama yang berjaya buat hati saya berdegup laju tapi kami tiada jodoh. Maybe" Hayoung senyum.

"Its ok. Banyak lagi perempuan di luar sana. Tinggal pilih je"

"Hai Hayoung!"

"Park Sooyoung?" perempuan yang menegur Hayoung hanya senyum.

"Ya ni aku a.k.a Joy kau dulu"

"Seriously?! Waaaaa!..." mereka berpelukan.

Joy kawan Hayoung masa sekolah dulu. Dia Sana Yerin dan Joy. Mereka berempat memang rapat. Tapi mereka terpisah sebab Joy sambung belajar di India.

[C] ONESHOT | Sehun HayoungWhere stories live. Discover now