Sehun memberhentikan keretanya dengan mengejut. Dia hampir melanggar seorang perempuan dengan seorang bayi yang dipegang oleh perempuan itu. Untung dia tidak tergesa gesa ke pejabatnya.
"Puan. Kenapa berdiri di tengah jalan? Puan nak mati ke?" Sehun cuba untuk bercakap lembut.
"Awak. Tolong saya. Anak saya demam panas. Kalau saya tak bawa dia pergi ke hospital, saya tak tahu apa akan jadi pada anak saya. Saya tak nak kehilangan dia" perempuan itu menangis. Sehun melihat bayi yang dipegang perempuan itu. Comel.
"Tapi dia pelik. Kemana suami perempuan ini? Kenapa dia biar isteri dan anaknya macam ni? Bermacam macam yang Sehun fikirkan.
"Jom saya hantar awak pergi hospital" Sehun membuka pintu kereta.
"Sampai di hospital, bayi itu dimasukkan ke bilik kecemasan. Perempuan itu menunggu dengan cemas di luar bilik itu. Sehun pula menelefon pembantu peribadinya dan memberitahu untuk batalkan semua jadualnya pada hari ini.
Setelah 20 minit, doktor yang bertugas keluar dari kecemasan.
"Boleh saya cakap dengan kamu berdua?" Sehun dan Hayoung mengangguk. Mereka pergi ke bilik doktor itu.
"Macam mana dengan anak saya doktor?"
"Anak puan bernasib baik kerana puan dan suami puan bawa dia ke sini cepat². Kalau tak, mungkin anak puan tidak dapat diselamatkan. Saya harap lepas ni puan dan suami puan akan memberi lebih perhatian terhadap anak puan"
"Saya minta maaf doktor. Tadi kami ingat anak kami cuma demam biasa². Tapi tak tahu pula boleh sampai macam ni sekali. Saya janji, lepas ni saya dan isteri saya akan lebih perhatian kepada anak kami"
"Eloklah kalau macam tu. Anak kamu berdua comel sangat" Sehun tersenyum malu.
Mana taknya, kahwin pun belum. Ni kan pula ada anak.
Anak perempuan yang tidak dikenalinya itu dipindahkan ke bilik biasa. Sehun juga turut masuk je dalam bilik itu untuk melihat bayi itu. Entah kenapa dia suka melihat bayi itu. Hanya dengan melihat wajah budak itu, hatinya akan tenang. Hilang semua masalah yang difikirkannya.
"Boleh saya cakap dengan awak?" tanya Sehun. Perempuan itu mengangguk. Mereka duduk di atas sofa yang tersedia di dalam bilik VIP itu.
"Awak nak tanya apa?" kata perempuan itu sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di atas sofa.
"Saya harap awak tak terasa hati dengan pertanyaan saya ni. Kemana suami awak? Dari pagi lagi saya tak nampak suami awak" perempuan itu tidak menjawab, sebaliknya air matanya yang jatuh dengan perlahan.
"Saya minta maaf kalau pertanyaan saya buat awak sedih. Saya tak bermaksud nak buat awak sedih. Saya janji lepas ni saya tak kan tanya lagi. Tapi saya perlu tahu nama awak untuk menyelesaikan urusan tentang anak awak"
"Nama saya Oh Hayoung. Awak?"
"Saya Oh Sehun. Saya harap awak tak kisah kalau buat masa sekarang ni saya berpura pura sebagai bapa anak awak"
"Saya tak kisah pun. Saya tak tahu macam mana nak balas budi baik awak" Hayoung mengesat air matanya.
"Awak tak perlu buat semua tu. Saya suka tengok anak awak. Comel sangat. Apa nama dia?"
"Oh Minguk" Sehun mengusap pipi Minguk.
"Saya nak dia panggil saya papa boleh?"
"Kenapa tak boleh pula? Awak yang tolong Minguk. Tak kan saya nak halang pula"
"Doktor cakap, pukul 7 nanti, Minguk dah boleh discharged. Sementara Minguk tidur, apa kata kita pergi makan. Saya lapar. Tengahari tadi saya tak sempat makan. Saya tahu awak pun lapar"
YOU ARE READING
[C] ONESHOT | Sehun Hayoung
Fanfiction«Story collection of Oh Couple» [170822] Highest ranking #35 in fanfiction Firstly, tolong jangan judge tajuk dgn cerita. Tajuk tak best, tak semestinya cite dia tak best. So if you want to be safe, baca semua cite. Total story - 59 #banyaktau Publ...