Pertama kali Sehun menjejakkan kaki di syarikat keluarganya yang dipegang oleh Suho abangnya. Bagi Sehun, dia tidak perlu berebut rebut harta seperti keluarga lain kerana dia sudah bahagia dengan apa yang dia ada sekarang. Lagipun Sehun lebih mementingkan keluarganya daripada kemewahan dunia.
"Selamat datang tuan" PA Suho menyambut kedatangan Sehun buat kali pertama.
Pekerja perempuan lain juga tak lepas pandang melihat wajah handsome Sehun. Mereka tahu bos mereka mempunyai dua orang adik lelaki yang handsome. Itu belum Taeyong yang datang. Kalau Taeyong datang, confirm semua jadi pontianak di siang hari. Bukan setakat perempuan yang memuji Taeyong, lelaki juga turut memuji wajah asli Taeyong yang sememangnya handsome itu.
"Tak payah nak bertuan dengan Hun. Noona tu tak lama lagi nak jadi kakak ipar Hun" merah pipi Chorong a.k.a PA Suho itu dibuatnya.
Suho ada bagitahu Sehun yang dia suka dengan PA nya sendiri. Dia tertarik sikap lembut Chorong. Tetapi dia belum cukup keberanian untuk meluahkan pada Chorong.
"Sehun! Kenapa cakap macam tu dengan PA hyung" marah Suho. Atau lebih kepada malu.
"Awak boleh sambung buat kerja Chorong"
"Baik bos" Chorong berlalu pergi dari situ. Manakala Sehun sudah ketawa.
"Seronoklah tu kenakan hyung" Sehun memukul kepala Sehun.
"Sakitlah hyung" Sehun merengek.
"Sakit? Itu baru tahap pertama. Nak cuba tahap kedua pula?" ugut Suho.
"Oww..Hun tak nak. Nanti tak pasal hilang kehandsomeman Hun" Suho mencebik. Adiknya yang sorang ni memang suka puji diri sendiri. Ni tak campur yang sorang lagi. Susah dapat adik yang terlebih handsome ni.
"Jom hyung perkenalkan dengan semua orang"
"Eh mesti! Biar dorang semua tahu, dorang akan dapat bos baru yang handsome lagi bergaya ni" sekali lagi tangan Suho mendarat atas kepala Sehun.
"Banyak la punya bos handsome. Hun kena ingat, hyung ni bos Hun" Suho menayangkan muka jahat.
"Baik bos" Suho ketawa. Tahu pun takut.
Akhirnya bilik yang terakhir. Entah bilik siapa yang Suho masuk ni. Banyak juga pekerja sini yang dia perlu kenal.
"Ni Oh Hayoung. Pekerja kesayangan hyung. Hayoung ni bawah sikit je pada Sehun. Jadi jangan sesekali ada niat nak buli Hayoung" Suho memberi amaran.
Hayoung hanya menunduk sedikit kepalanya. Sehun melihat wajah tanpa senyuman itu. Kenapa Hayoung tak cakap? Bisu ke? Sehun tertanya tanya.
"Tengoklah macam mana nanti" kata Sehun. Hayoung kembali ke tempat duduknya. Mereka keluar dari bilik Hayoung.
Sehun ke cafe yang disediakan di dalam bangunan itu apabila waktu rehat. Selesai membeli makanan, Sehun mengambil tempat di depan Chorong yang sedang menikmati makanannya tanpa gangguan.
"Hi noona!" Chorong sedikit terkejut dengan kedatangan Sehun.
"Eh!..Hun buat apa datang sini?" tanya Chorong.
"Hun nak menari" jawab Sehun selamba. Chorong menunjukkan wajah dinginnya.
"Ok ok Hun minta maaf. Hun datang sini nak makanlah" jawab Sehun.
"Mesti ada benda lain kan?" Chorong dapat mencium sesuatu.
"Pandai noona. Sebenarnya...Hun nak tanya pasal Hayoung..." Chorong hanya senyum.
"Hun nak tanya apa?"
"Emm...kenapa dia tak senyum pada orang? Ha! cakap pun tidak"
"Hayoung tu memang macam tu. Dia boleh cakap sebenarnya tapi dia jarang cakap dengan orang yang dia belum kenal. Contohnya macam Hun nilah" jelas Chorong.
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] ONESHOT | Sehun Hayoung
Fanfiction«Story collection of Oh Couple» [170822] Highest ranking #35 in fanfiction Firstly, tolong jangan judge tajuk dgn cerita. Tajuk tak best, tak semestinya cite dia tak best. So if you want to be safe, baca semua cite. Total story - 59 #banyaktau Publ...
![[C] ONESHOT | Sehun Hayoung](https://img.wattpad.com/cover/82636995-64-k383654.jpg)