Again

635 49 3
                                    

Seperti biasa, apabila matahari berganti dengan bulan, aku akan ke tempat untuk menghilangkan stress iaitu X's Club. Korang boleh cakap aku kaki club sebab tiap tiap minggu aku akan melepak disitu. Satu lagi sebab aku suka lepak situ, kawan aku Joy kerja disitu. Not pelacur k. Joy kerja sebagai pelayan.

Tapi malam ni kelab ni lain sikit. Boleh dikatakan separuh lelaki didalam kelab ni ialah lelaki tegap. Ada beberapa orang yang membawa pistol. Jangan tanya kenapa aku tak terkejut sebab aku sendiri pun keturunan gangster. My dad merupakan ketua gangster yang paling orang gerun.

Tapi aku ni jenis anak manja. Aku tak belajar seni mempertahankan diri mahupun menembak. Aku tak suka semua tu. Not my style. Aku lebih suka pekerjaan aku yang sekarang iaitu babysitter. Setengah orang cakap remeh tapi apa aku kisah. Aku suka jaga baby. Satu aje orang lain tak tahu. Aku ada ijazah kedoktoran.

Sedang aku leka melihat sekeliling kelab ini, mata aku terpandang seorang lelaki yang tengah bersembang dengan anak buahnya mungkin. Muka lelaki macam familiar sangat. Tapi siapa?

"Beb"

Aku nak juga tahu siapa lelaki tu. Untung untung boleh try. Ahaks!

"Hmm"

"Kau kenal tak lelaki yang duduk bertentangan dengan aku tu? Tak pernah nampak pun sebelum ni"

Aku menjeling sedikit untuk menunjukkan lelaki yang aku maksudkan kepada Joy. Gila kau nak tunjuk depan depan. Mahu lelaki tu tengok, tak ke naya namanya tu.

"Ouh! Itulah Oh Sehun a.k.a ketua Black Dragon. Semua orang takut dengan dia weh. Tak ada siapa berani lawan dengan dia"

Aku dan Joy mula membawang. Sesekali mata aku menjeling ke arahnya. Entahlah, macam ada magnet. Mata ni asyik nak melekat aje tengok muka handsome lelaki tu. Tapi jap...

"Kau cakap nama dia apa tadi?"

Aku nakkan kepastian.

"Oh Sehun. Kau ni asal. Pekak ke macam mana"

Oh no! Tak mungkinlah dia. Sehun yang aku pernah kenal tak mungkin berwajah seperti itu. Apalagi berbadan tegap dan juga merupakan ketua gangster yang berkemungkinan juga ketua mafia.

"Kau kenapa beb" soal Joy bila tengok aku terdiam.

"Tak aku rasa macam aku kenal lelaki tu. I mean Oh Sehun yang kau bagitahu tadi"

"Eh tak mungkinlah. Dia tak selalu datang pada hari Isnin. Boleh dikatakan kau tak pernah terserempak dengan dia dalam kelab ni. Kalau diluar tak tahulah pulak. Mana tahu korang ada terserempak. Cuba kau ingat balik"

Betul juga cakap Joy. Mana tahu aku pernah terserempak dengan dia dimana mana. Tak mungkinlah dia Oh Sehun yang aku kenal. Hmm harap macam tulah.

"Kau okey tak ni" soal Joy lagi.

"Aku okey. Eh! Aku kena caw dululah. Nanti mummy aku bising pulak"

Memang pun. Malasnya nak dengar mummy bebel. Tak suka. Jadi untuk mengelakkan mummy membebel, aku kena balik awal. Tapi tengok jugak, kalau aku mampu dengar mummy bebel, aku balik lewat. Hari ni macam malas pulak nak dengar. So aku balik awal. Haha.

"Alaaaa...tak kan kau nak blah dah. Baru nak membawang dengan kau. Kalau kau balik, sunyilah aku"

Joy mula merengek. Dia ingat aku termakan dengan suara manja dialah tu. Haha. Jangan harap. Lagipun aku dah ngantuk tahap bangang dah ni.

"Sorry beb. Lain kali aku teman kau eh. Promise"

Aku mengangkat jari kelingking untuk meyakinkan Joy. Dan akhirnya Joy mengalah. Dia tak boleh halang aku. Haha.

[C] ONESHOT | Sehun HayoungWhere stories live. Discover now