She's My Baby

1.2K 70 0
                                    

Setelah lama tinggal di negara orang, akhirnya Hayoung dapat pulang ke negara sendiri. Banyak kenangan yang dia cipta di negaranya. Kenangan manis ataupun kenangan buruk. Kedua duanya Hayoung tak nak ingat. Empat tahun Hayoung di sana. Bermacam perkara yang dia buat untuk hilangkan kenangan di sini.

"Papa! Hazel boringlah asyik teman papa buat kerja je. Hazel nak main macam kawan kawan Hazel. Ibu dengan papa dorang selalu bawa dorang pergi taman jalan jalan. Papa? Dah lah Hazel tak ada ibu" Sehun berhenti menulis.

"Kan papa dah cakap jangan sebut..."

"Perkataan ibu. Why? Because you hate woman. You know dad, sometimes I can't understand you. Why you really hate woman? Can you tell me?" Hazel hampir menangis.

Inilah Hazel. Nama secantik tuan badan. Bercakap seperti orang dewasa. Sehun pernah membawa Hazel tinggal di New York atas urusan kerja selama tiga bulan. Dan selama tiga bulan tulah Hazel belajar bahasa inggeris.

Sehun diam. Dia tidak tahu untuk bercakap apa. Dia ada sebab tersendiri kenapa dia tak suka perempuan kecuali ibunya. Pada masa yang sama dia kesiankan Hazel. Semenjak Hazel lahir, dia tak pernah rasa kasih sayang seorang ibu. Bukan dia tak nak kahwin tapi tulah. Perasaan benci kepada wanita sangat tinggi.

"Papa..."

"Stop dad. I don't want to be rude daughter for you but I know what are you trying to say. I'm leaving" Hazel melangkah keluar dari bilik Sehun.

Sehun meletakkan kepalanya di kerusi kerjanya. Semua yang Hazel cakap semua betul. Dia tahu mana Hazel pergi kalau Hazel sedang sedih. Jadi dia tak perlu risau.

"Weh! Kenapa dengan anak kau tu? Monyok je aku tengok" tegur Taeyong yang baru masuk ke dalam bilik Sehun.

"Macam biasa" jawab Sehun.

"Dia mention pasal ibu lagi? Kau ni Sehun, kalau aku jadi Hazel dah lama aku lari dari rumah"

"Kau jangan ajar anak aku bukan bukan. Potong gaji baru tahu"

"Tak lah. Aku cuma kesiankan Hazel. Kau bayangkan. Sejak dia lahir dia tak pernah rasa kasih sayang seorang ibu. Kau pulak, nampak nampak dunia je muka ibu kau dah terpampang depan kau. Bukan setakat ibu, segala saudara mara datang jenguk kau. Dia pula. Sorang pun tak datang jenguk. Ibu kau pun belum kenal dengan dia" Sehun diam.

"Sampai bila kau nak sembunyikan Hazel. Kau tak rasa ke yang dia patut tahu siapa datuk dan nenek dia? Sepatutnya benda tu dah lama kau buat sebab kau tu bapak dia" Taeyong memulakan ceramah tak berbayarnya.

"Tengoklah nanti macam mana" kata Sehun.

"Kau boleh cakap macam tu? Punyalah aku ceramah panjang panjang. Last last kau jawab tu je" Sehun menyambung kerjanya semula.

"Suka hati kaulah!" Taeyong melangkah keluar. Sehun berfikir semula kata kata Taeyong.

Setelah penat berjalan, Hayoung melabuhkan punggungnya di sebuah bangku. Dia sedikit pelik dengan budak di sebelahnya sekarang ni. Hayoung melihat sekeliling taman. Setiap budak mesti ada salah seorang ibu bapa akan bersama anak anak mereka. Tapi budak di sebelahnya tiada siapa. Menangis pulak tu.

"Hi! Boleh aunty tahu nama?" Hayoung menegur budak perempuan itu.

"Hazel. Oh Hazel"

"Wow! Cantik nama tu. Macam tuan badan. Emm...mana parents Hazel" tanya Hayoung lagi.

"I don't have mom but I do have papa but he's too busy" jawab Hazel dengan muka kecewa.

"Siapa papa awak?" tanya Hayoung lagi.

[C] ONESHOT | Sehun HayoungWhere stories live. Discover now