Setiap hari Sehun akan membeli bunga. Entah untuk siapa dia bagi. Untuk girlfriend dia agaknya. Hayoung yang merupakan pekerja di situ mula bosan untuk membuat bunga kepada orang yang sama. Tapi untung Sehun tu pelanggan tetap kedai bunga Chorong. Kalau tak dah lama dia marah marah dengan Sehun.
"Selamat datang ke Maxwell Flowers. Ada apa apa yang boleh saya bantu?"
"Bunga biasa"
Itulah dialog mereka setiap hari. Bosan juga Hayoung kadang tu. Tapi dia cuma pekerja di situ. Lainlah kalau dia bos besar, boleh juga dia merungut.
Mesti malang kan girlfriend dia. Asyik dapat bunga yang sama je setiap hari. Tak bosan ke?
Jangan nak merungut sangat Hayoung. Buat kerja tu!
...
Hayoung meminta cuti hari ni kerana badannya tidak sihat. Chorong membenarkan dia ke hospital untuk mengambil ubat. Teruk juga dia demam sampai nak bawa kereta pun tak mampu. Sebenarnya, boleh je kalau dia bawa tapi kalau langgar kereta orang macam dalam game tu jangan salah Hayoung lah.
"Hun. Hun nak pergi hospital kan?" tanya Chorong.
Chorong boleh dikatakan rapat dengan Sehun kerana Sehun merupakan sepupu kepada bakal suaminya. Ya. Chorong akan berkahwin hujung tahun nanti.
"Ya noona. Kenapa? Noona sakit ke?"
"Tak lah. Noona tak sakit tapi budak kecil ni sakit"
Sehun melihat Hayoung yang memakai mask. Mungkin dia tak nak demamnya berjangkit pada orang lain. Hayoung terkejut. Kenapa Chorong suruh Sehun bawa dia pergi hospital.
"Boleh je noona. Dah memang satu jalan. Why not. Jom saya tolong hantarkan" Hayoung menggeleng kepalanya.
"Tak pe saya boleh pergi sendiri. Saya boleh je pergi naik bas" jawab Hayoung.
"Tak payah nak mengada. Kalau pengsan nanti siapa yang susah. Kalau Hayoung pergi dengan Sehun, sekurang kurangnya ada hero tolong selamatkan nanti"
Chorong ketawa kecil.
"Chorong unnie" Hayoung merengek manja.
"Pergilah cepat. Unnie ada banyak kerja nak dibuat" Chorong melangkah pergi meninggalkan Sehun dan Hayoung.
Hayoung tiada pilihan lain. Dia membuka pintu kereta Sehun dan melangkah masuk. Nak tak nak dia kena ikut. Kalau tak dia tak dapat pergi hospital.
"Saya tak sangka awak rapat dengan Chorong unnie" Hayoung memulakan perbualan antara mereka.
"Saya memang rapat Chorong noona. Saya dah anggap dia macam ibu saya sendiri. Dia selalu memberi semangat pada saya"
"Ouh! Sampai macam tu sekali. Chorong noona tu memang baik. Kalau awak nak tahu, saya pun anggap Chorong noona tu macam mommy saya sendiri. Saya suka bekerja dengan dia tapi nanti...."
"Tapi apa?" tanya Sehun.
"Nothing. Kita dah sampai. Thanks sebab bawa saya sekali. Saya pergi dulu"
"Awak tak nak saya teman?"
"Tak pe saya boleh....." Sehun menarik tangan Hayoung.
"Saya tak nak Chorong noona risau" Hayoung merasa terharu dan ada sedikit perasaan kecewa dengan kata kata Sehun.
Kenapa dia perlu kecewa?
"Jadi doktor macam mana keadaan girlfriend comel saya ni?" Doktor itu tersenyum. Mungkin baginya Sehun seorang lelaki yang sweet dan prihatin.
Hayoung diam. Malas nak bertekak depan doktor.
"Dia okay. Cuma demam panas. Lepas ni boleh pergi ambil ubat" Sehun melihat Hayoung yang diam dari tadi.
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] ONESHOT | Sehun Hayoung
Fanfiction«Story collection of Oh Couple» [170822] Highest ranking #35 in fanfiction Firstly, tolong jangan judge tajuk dgn cerita. Tajuk tak best, tak semestinya cite dia tak best. So if you want to be safe, baca semua cite. Total story - 59 #banyaktau Publ...
![[C] ONESHOT | Sehun Hayoung](https://img.wattpad.com/cover/82636995-64-k383654.jpg)