Sorry ada technical problem sikit✌
Hayoung berlari sekuat hati masuk selepas keluar dari lif. Pintu bilik CEO syarikat itu dibuka tanpa mengetuk terlebih dahulu. Penghuni didalam itu juga terkejut dan terus bangun dari tempat duduknya sebelum badannya dipeluk oleh Hayoung.
"Aku nampak dia dengan perempuan lain Sehun"
Iya. Hayoung dan Sehun bersahabat baik sejak mereka di universiti lagi. Segala masalah mereka kongsi bersama. Selalu juga mereka bergaduh dan Sehun lah yang selalu mengalah walaupun dah terbukti itu salah Hayoung sendiri.
"Kau silap orang kot. Mana tahu tu orang lain"
"Tak. Aku tak salah orang. Aku tahu tu Doyoung. Mereka siap ketawa ketawa lagi"
Hayoung menangis lagi.
Sakit hati Sehun yang melihatnya. Penumbuk digenggam kemas. Bukan sekali dua Doyoung buat perangai macam ni. Dah banyak kali tapi too bad sebab Hayoung tak tahu apa yang Doyoung buat selama ni di belakang dia. Dan hari ni Hayoung baru nampak apa yang kekasih hati dia buat.
"Aku dah cakap banyak kali. Jangan menangis depan aku. Aku tak suka tengok kau menangis macam ni"
Hayoung menolak tubuh Sehun.
Sehun merengus. Dia tahu Hayoung terlampau sayang dengan Doyoung sampai dia sanggup tak bekerja sebab Doyoung tak bagi izin untuk bekerja. Segulung ijazah dibiarkan begitu sahaja. Buat pameran dalam rumah."Habis tu kau nak aku ketawa. Macam tu?"
Hayoung memusingkan badannya. Benci nak tengok Sehun sekarang ni. Dia ingat Sehun dapat tolong dia. Rupanya tak. Menambah sakit hati ada lah.
"Kawan jenis apa kau ni" sambung Hayoung lagi.
"Okey fine. Aku minta maaf. Sini baby comel. Sian dia"
Sehun menarik Hayoung ke dalam pelukannya semula. Ini aje yang dia mampu buat untuk tenangkan Hayoung.
Lama mereka berpelukan. Semua kerja Sehun tertangguh disebabkan Hayoung. Nasiblah mensyuarat petang ni. Tapi dia sanggup buat apa saja untuk buat Hayoung gembira. Sejujurnya dia tak suka lelaki bernama Doyoung itu. Tapi kalau itu yang boleh buat Hayoung bahagia, dia gembira walaupun hati dia tak rela.
"Hayoung. Aku ada banyak kerjalah. Kau tak nak lepas lagi ke?"
"No please. I just want you to hug me like this"
"Tapi aku perlu siapkan kertas kerja untuk meeting petang nanti"
Ha sudah. Susahlah kalau Hayoung degil macam ni. Tak kanlah dia nak cancel meeting pula. Meeting petang ni penting sangat untuk syarikat dia.
"Aku janji aku tolong kau buat kertas kerja tu. Tapi buat masa sekarang, aku betul betul perlukan kau. Aku minta maaf kalau aku selalu menyusahkan kau"
Hayoung memandang tepat ke dalam anak mata Sehun. Dan Sehun boleh nampak Hayoung betul betul ikhlas dengan apa yang dia cakap. Baru kali ni Sehun nampak Hayoung betul betul ikhlas minta maaf. Terus tak sampai hati dia nak menolak permintaan Hayoung.
Dia sanggup batalkan mesyuarat petang ni dan itu semua untuk Hayoung. Satu satunya sahabat yang dia ada didalam dunia ni.
"Fine. Tapi jom duduk atas sofa sana. Sakit kaki berdiri macam ni"
Hayoung ketawa kecil. Dia melabuhkan punggungnya diatas sofa. Sehun pula menutup semua langsir supaya biliknya menjadi gelap. Dia faham Hayoung perlukan ketenangan macam ni. Dia tak nak pekerja lain ganggu.
Sehun melabuhkan punggungnya disebelah Hayoung. Dia menarik Hayoung rapat dengan tubuhnya. Hayoung meletakkan kepalanya diatas lengan Sehun. Selesa. Itu yang dia rasa. Dia harap lepas dia bangun nanti, dia akan lupa semua masalah hari ni.
YOU ARE READING
[C] ONESHOT | Sehun Hayoung
Fanfic«Story collection of Oh Couple» [170822] Highest ranking #35 in fanfiction Firstly, tolong jangan judge tajuk dgn cerita. Tajuk tak best, tak semestinya cite dia tak best. So if you want to be safe, baca semua cite. Total story - 59 #banyaktau Publ...