"Doktor Oh! Doktor ada sorang pesakit and dia cakap dia kenal doktor" beritahu seorang nurse.
"Really?! Tak pe. Dalam masa 5 minit saya datang"
Hayoung berlari ke biliknya dan menukar pakaian secepat mungkin.
Selesai menukar pakaian, dia terus berlari ke bilik rawatan. Seorang lelaki sedang duduk di atas katil pesakit. Tangannya berdarah seperti baru lepas dipukul. Hujung bibir lelaki itu juga berdarah.
Hatinya mula panas. Penat dia berlari ke sini. Dia ingat pesakit ni sakit teruk macam nak mati. Rupanya baru lepas gaduh. Argh! Penat tau!
"Saya dah sediakan semua ubat dan barang yang doktor perlu. Jadi, saya keluar dulu" kata nurse itu.
"Terima kasih nurse Mijoo" nurse yang bernama Mijoo itu hanya senyum dan berlalu keluar.
"Jadi awaklah pesakit yang kenal saya tu? But I'm sorry. Saya tak kenal awak"
Hayoung mengambil kapas dan cecair pencuci luka. Tangan lelaki itu ditarik supaya dekat dengannya dan memudahkan dia untuk mengubat tangan lelaki itu.
"Saya faham kalau awak tak kenal saya. Saya Oh Sehun...."
"Saya tak tanya pun. So, better shut your mouth" Sehun hanya senyum.
"Ouch!" Sehun menahan sakit. Luka yang ada pada tangannya agak teruk kerana seseorang menoreh tangannya seperti menoreh getah. Jadi, luka itu boleh dikatakan teruk.
"Itulah. Lain kali kalau nak jadi gangster sangat, jadilah gangster yang bertauliah sikit. Ni tak, pukul orang sana sini. Last last, dia juga yang kena. Lebih baik tak payah jadi gangster kalau hidup selalu menyusah semua orang. Saya baru nak pergi lunch tadi. Lepas tu nurse bagitahu yang saya ada pesakit. Saya lapar tahu tak" Sehun tergelak kecil.
Comel pula doktor ni. Gigit nanti baru tahu.
"Inikan memang tugas awak sebagai seorang doktor. Kenapa awak cakap macam tu pula?"
"Betul apa yang awak cakap. Tapi saya hanya merawat orang yang betul betul perlukan pertolongan saya bukan macam awak. Gangster tak bertauliah yang suka membazir masa saya"
Hayoung mula membebel.Selesai membalut tangan Sehun, Hayoung membuang sarung tangan yang dipakainya. Dia sudah tidak sabar untuk mengisi perutnya yang dari tadi lagi minta untuk diisi.
"Lepas ni awak perlu datang hospital setiap hari untuk cuci awak punya luka. Tapi bukan saya sorang je yang perlu rawat awak. Doktor lain pun boleh. Jadi, awak boleh minta doktor lain untuk cuci luka awak ni"
"Awak nak pergi makan kan?" tanya Sehun. Hayoung berhenti di depan pintu.
"Ya. Kenapa?"
"Jom saya temankan awak makan"
"No need. Saya boleh pergi sendiri"
"Please" Sehun menayangkan muka sepuluh sen.
"Urgh! Jom lah cepat" Hayoung berjalan terlebih dahulu.
Terkejut Sehun apabila melihat makanan yang Hayoung ambil begitu banyak. Dia tak boleh percaya orang yang kurus macam Hayoung ni makan sebanyak ni.
"Awak makan semua ni?" tanya Sehun dengan berhati hati. Takut Hayoung berkecil hati dengannya.
"Yup! Banyak sangat ke?"
Weh! Dia boleh tanya banyak ke tidak. Memang banyaklah jawabnya. TERLALU banyak.
Dengan perlahan Sehun mengangguk kepalanya.
"Saya tahu awak terkejut. Tapi nilah doktor. Saya makan banyak banyak terus sebab saya tak tahu bila pula saya boleh makan. Awak tak kan pernah faham kerja seorang doktor sebab awak tu gangster"
YOU ARE READING
[C] ONESHOT | Sehun Hayoung
Fanfiction«Story collection of Oh Couple» [170822] Highest ranking #35 in fanfiction Firstly, tolong jangan judge tajuk dgn cerita. Tajuk tak best, tak semestinya cite dia tak best. So if you want to be safe, baca semua cite. Total story - 59 #banyaktau Publ...