Dua bulan Sehun dan Hayoung berkahwin tanpa rasa cinta antara satu sama lain. Mereka dijodohkan oleh kedua ibu bapa mereka. Pelik. Zaman sekarang ni ada lagi ke jodoh jodoh macam ni. Tapi apa boleh buat. Baik Sehun mahupun Hayoung perlu terima dengan hati yang terbuka. Masing masing sayang kedua ibu bapa mereka. Semua arahan mereka turuti. Tapi mereka sudah meletakkan syarat masing masing.
"You tak boleh halang I bercinta dengan siapa pun dan tak boleh masuk campur dalam urusan I. Cuma tu syarat I" kata Sehun.
"Actually, syarat I pun lebih kurang you je. Jadi, setuju?"
"Setuju!"
Itulah antara syarat yang mereka letakkan sebelum mereka berkahwin. Masing masing sudah ada kekasih hati sendiri.
"Awak nak pergi mana?" tanya Sehun.
"Saya nak keluar dengan Taeyong oppa. Kenapa?" Hayoung mengambil beg tangannya.
"Tak ada lah. Awak tu masih isteri saya. Jadi saya perlu ambil tahu mana awak pergi. Nanti kalau jadi apa apa siapa yang susah? saya juga yang perlu perah otak untuk bagi jawapan pada ibu" Hayoung senyum.
"Saya tahu. Ni awak tak pergi mana mana ke?" tanya Hayoung lagi.
"Saya pun nak keluar dengan Hana sekejap lagi. Dalam pukul 8 macam tu saya baliklah" Hayoung mengangguk.
"Okay lah kalau macam tu saya pergi dulu" Hayoung melangkah keluar. Sehun pula bersiap siap.
Hayoung dan Taeyong berpegang tangan melangkah masuk ke dalam sebuah cafe yang mewah. Setelah memesan minuman, dengan tidak sengaja mata Hayoung bertemu dengan sepasang mata lain. Mata yang setiap hari ditatap oleh Hayoung. Pemilik mata itu hanya senyum. Ya. Sehun dan Hana juga berkunjung ke cafe yang sama. Tetapi Taeyong dan Hana tidak tahu status Hayoung dan Sehun. Ramai yang tidak tahu status mereka kecuali saudara mara terdekat.
Hayoung turut membalas dengan senyuman manisnya.
"Sayang senyum pada siapa?" Taeyong melihat sekeliling cafe.
"Sayang senyum pada oppa lah. Tak kan sayang nak senyum pada lelaki lain kut. Oppa sorang pun dah lebih dari cukup"
"Ada ada je sayang ni kan" Taeyong mencuit hidung Hayoung.
Hayoung mengajak Taeyong untuk temannya membeli belah di mall bersebelahan dengan cafe tadi. Pelbagai barang yang dibeli Taeyong untuk Hayoung sebagai hadiah kepada Hayoung. Sejujurnya Hayoung tak nak terima tapi dia tak nak kecewakan Taeyong. Dah banyak yang Taeyong bagi.
"Oppa jom balik. Sayang perlu balik awal. You know my mom"
"Oppa faham. Lagipun oppa perlu pergi tempat lain. Jom oppa hantarkan" Taeyong menggenggam tangan Hayoung dan melangkah pergi.
Taeyong memberhentikan keretanya di satu stesen bas. Hayoung sengaja menyuruh Taeyong menghantarnya di situ kerana dia tidak mahu Taeyong tahu dia tinggal di rumah Sehun bukan rumah mommy nya. Setelah kereta Taeyong hilang dari pandangannya, dia terus menaiki bas yang menuju ke rumahnya.
Sampai di rumah, Hayoung melihat kereta Sehun sudah terparking elok di tempatnya. Dia lambat ke Sehun yang awal. Sekarang ni baru pukul tujuh. Hayoung melangkah masuk dalam rumah dan melihat Sehun sedang menonton tv sambil makan aiskrim oreo.
"Oh Sehun! Nak juga!" Hayoung berlari ke arah Sehun lalu mengambil aiskrim di tangan Sehun. Sudu yang dipegang Sehun juga diambilnya.
Hayoung menyuapkan aiskrim di dalam mulutnya. Aiskrim oreo memang favourite dia. Pantang dia kalau nampak aiskrim oreo. Mesti nak dimakannya. Sehun pula masih terkejut dengan tindakan Hayoung. Dia tak sangka Hayoung tak kisah berkongsi sudu dengannya.
YOU ARE READING
[C] ONESHOT | Sehun Hayoung
Fanfic«Story collection of Oh Couple» [170822] Highest ranking #35 in fanfiction Firstly, tolong jangan judge tajuk dgn cerita. Tajuk tak best, tak semestinya cite dia tak best. So if you want to be safe, baca semua cite. Total story - 59 #banyaktau Publ...