Sweet Husband

1.3K 60 2
                                    

HY Company. Itulah syarikat yang Jiyoung hadiahkan kepada Hayoung. Jiyoung dan Taeyeon mempunyai tiga orang anak iaitu Taeyong, Hayoung dan Jaemin. Taeyong seorang kapten kapal terbang manakala Jaemin masih lagi bersekolah.

"Sayang dah nak pergi kerja ke?" tanya Sehun yang merupakan suami kepada Hayoung. Ya. Hayoung juga telah berkahwin selama 3 tahun tetapi tiada anak.

"Ya. Sayang perlu pergi awal sebab sayang ada meeting pukul 9"

Sehun hanya mampu mengangguk. Itulah Oh Hayoung. Pagi pagi lagi dah pergi kerja. Balik lewat malam. Sehun juga seorang CEO tapi kenapa dia lebih ada masa berbanding dengan Hayoung.

Sehun tidak pernah marahkan Hayoung walaupun Hayoung selalu mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Sehun tahu isterinya itu lebih suka bekerja. Dia faham. Oleh kerana dia terlalu cintakan Hayoung, dia hanya diam dan menerima semua perlakuan Hayoung selama mereka berkahwin.

"Sayang" panggil Sehun lagi. Hayoung sudah selesai makan sarapan yang disediakan oleh Sehun.

"Ya"

"Malam ni...."

Lagu Aiman Tino kedengaran. Eh! Silap. Lagu Justin Bieber Let Me Love You kedengaran.

Hayoung mengambil telefon di dalam beg tangannya dan menjawab panggilan. Dia terus pergi tanpa menghiraukan Sehun yang masih setia di meja makan.

Nasib kau Sehun.

...

Mina melangkah masuk dalam bilik Hayoung. Mina satu satunya kawan baik yang Hayoung ada. Hayoung tidak bergaul dengan orang lain selain Mina.

"Hi beb. Busy nampak" tegur Mina sebaik saja melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan Hayoung.

"Kau nak cakap apa? Cepat sikit"

"Amboi! Busy sangat kau ni. Emm..kau balik pukul berapa?"

"Kau macam tak tahu pula. Kalau aku siap awal, aku balik awal, kalau kerja aku siap lambat, lambatlah aku balik. Aku kan suka buat kerja on time. Aku tak suka tangguh kerja aku. Kau pun tahu kan" jawab Hayoung sambil membuat kerja.

"Kau tak kesiankan suami kau ke? Hello Oh Hayoung. Kau tu dah bersuami tahu tak. Kau tak patut abaikan dia macam tu. Kesian aku tengok. Dah macam orang yang belum kahwin pula. Pergi sana sini sorang sorang. Kau tak kesian ke?"

"Eleh! Nak kesian apa bendanya. Dia pun tak cakap apa apa. Yang kau melebih lebih ni dah kenapa"

"Aku just bagitahu kau sebab kau ni kawan baik aku. Kau tak sepatutnya buat macam tu pada suami kau. Ya. Betul cakap kau, dia tak pernah marah atau cakap apa apa pada kau. Tapi ingat Hayoung, kalau dia senyap, tak semestinya dia tak marah ataupun dia tak kecewa dengan sikap kau. Sehun tu lelaki. Dia juga ada perasaan macam orang lain. Kau tak sepatutnya abaikan tanggungjawab kau sebagai isteri"

"Selagi dia tak buka mulut, selagi tu aku anggap yang dia tak kisah dengan perangai aku sekarang ni"

"Kerja aku sebagai kawan kau dah selesai. Aku dah nasihat apa yang patut. Jadi sekarang, semua keputusan ada pada kau. Aku keluar dulu"

Setelah Mina keluar, Hayoung berfikir semula. Betulkah apa yang dia buat sekarang ni? Adakah dia terlalu pentingkan diri sendiri?

"Hello biy. Ada apa call sayang"

"Saja rindu. Biy ganggu sayang ke?"

"Actually, ganggu tu ada juga. Tapi tak pe. Sayang tak kisah"

"Okay lah kalau macam tu. Sayang buat kerja sayang. Biy dah nak balik rumah kejap lagi"

"Emm..biy. Sayang balik lewat hari ni. So, biy tidur dulu. Jangan tunggu sayang"

[C] ONESHOT | Sehun HayoungWhere stories live. Discover now