Our Anniversary

1.8K 71 3
                                        

Hayoung sedang sibuk memeriksa fail² kewangan butiknya untuk bulan November. Ramai pelanggan yang berpuas hati dengan baju yang dijual di butiknya. Dia mempunyai seorang pekerja yang merangkap kawan baiknya sendiri. Sana ialah kawan baiknya dari kecil. Mereka tidak pernah terpisah. Dimana ada Hayoung disitu ada Sana. Begitu juga sebaliknya.

Seorang perempuan membuka pintu biliknya. Siapa lagi kalau bukan Sana. Mereka selalu berbual jika pelanggan tiada. Bukan berbual tetapi lebih kepada bergosip. Mereka selalu bergosip tentang perempuan yang bekerja di cafe sebelah butik mereka.

"Kau nak tahu tak Hayoung? Perempuan tu couple dengan uncle tua yang selalu datang cafe tu. Geli aku tengok" Sana memulakan gosip mereka.

"Perempuan mana yang kau maksudkan ni?"

"Perempuan mana lagi. Perempuan yang kerja di cafe sebelah tu la"

"Maksud kau Sejin?"

"Yelah. Siapa lagi"

"Betul ke dia couple dengan uncle tua tu?" Hayoung mula teruja dengan berita yang diberitahu Sana.

"Buat apa aku tipu kau. Aku tak dapat apa pun" mereka berdua ketawa. (Jahat dorang kan. Ish³!)

...

Seorang lelaki menarik bagasinya dan melangkah keluar dari airport. Ramai perempuan memandangnya dengan kagum. Kaca mata hitamnya tidak dibuangnya. Dia Oh Sehun. Lelaki yang baru pulang dari America. Sehun baru selesai belajar di sana.

"Hyung!" Seorang lagi lelaki melambaikan tangan kepadanya. Lelaki itu ialah Suho. Abang Sehun yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan.

"Lama tak jumpa Hun. Rindunya hyung dengan Hun"

"Hun pun sama"

...

Hayoung sedang termenung di dalam biliknya. Sana pula sedang sibuk melayan tetamu yang datang ke butik mereka. Dia terfikirkan seseorang. Seseorang yang berjaya merebut hatinya. Sehingga sekarang hatinya tidak pernah berubah kepada lelaki itu.

Oh Sehun. Teman lelaki Hayoung yang sangat Hayoung cintai. Walaupun dia berjauhan dengan Sehun, dia tetap akan selalu ingatkan lelaki itu.

Sehun berjanji kepadanya, selepas dia habis belajar mereka akan berkahwin. Hayoung tersenyum. Tetapi senyuman hilang apabila dia terfikirkan sesuatu.

Boleh percayakah janji yang Sehun berikan. Entah² Sehun sudah melupakannya. Sejak 3 tahun dia pergi, mereka tidak pernah berhubung antara satu sama lain. Pernah sekali Hayoung cuba telefon Sehun, tetapi tidak boleh kerana nombor itu tidak diaktifkan. Setelah itu, dia tidak pernah berhubung dengan Sehun lagi. Dia hanya mampu melihat gambar Sehun yang dia simpan di dalam telefonnya.

Pakkk!!

"Oi makcik kau hitam!" Hayoung melatah.

"Sejak bila kau suka main ketuk² meja ni. Tekejut aku tahu tak" Sana ketawa mendengar kawan baiknya melatah.

"Sorry sorry. Aku tengok kau termenung jauh sangat. Kau kenapa? Hmmphh. Ni mesti tengah fikir pasal boyfriend kau tu kan" Hayoung tersenyum malu.

"Oh Hayoung. Aku bukan nak sakitkan hati kau tapi aku just bagi pendapat. Macam mana kalau Sehun lupakan kau? Kau di sini bukan main fikir pasal dia tiap² hari. Dia di sana, fikirkan kau ke tidak. Aku sebagai kawan nak ingatkan kau. Lelaki ni cepat berubah hati. Entah² dia dah ada skandal dengan mat salleh America. Mana kita tahu kan. Aku bukan nak jadi penghalang cinta kau dan Sehun tapi aku just tak nak tengok kau sedih atau sakit. Kau tahu kan macam mana aku sayangkan kau" Hayoung mengangguk lalu memeluk Sana.

[C] ONESHOT | Sehun HayoungTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang