Because Of Rain

1.1K 63 0
                                    

Semua pekerja Oh's Company sudah beransur pulang ke rumah masing masing. Hayoung pula sedang menongkat dagunya sambil melihat di luar yang sedang hujan lebat dengan sedih. Macam mana dia nak balik. Payung tak bawa.

Jam menunjukkan pukul 9 malam. Hujan masih tak berhenti. Hayoung mengemas barang barangnya. Dengan terpaksa dia keluar. Kakinya berhenti betul betul di hadapan pintu masuk bangunan besar itu apabila melihat hujan yang semakin lebat ditambah dengan kilat yang sambung menyambung. Takut juga Hayoung. Lima minit juga diperlukan untuk berjalan ke stesen bas. Dalam keadaan begini bukan setakat lima minit, 30 minit pun boleh jadi sementara nak sampai ke stesen bas.

Aduh! Macam mana ni? Nak call Chanyeol oppa, sah sah dia tengah dating dengan Eunji unnie sekarang ni. Sana pula tak sampai hati nak call. Kesian dia. Tak kan tempat tidur aku di sini malam ni. Agak agaklah weh!

Hayoung rasa seperti ada orang berdiri di sebelahnya. Mungkin ada pekerja yang belum balik lagi. Tiba tiba bunyi guruh kedengaran. Secara automatik Hayoung memeluk orang di sebelahnya. Serius dia takut dengar bunyi guruh tu. 5 minit Hayoung memeluk orang itu.

"Ekhmm!!" orang itu berdehem.

Hayoung melepaskan pelukannya dan melihat orang itu. Semua darahnya berkumpul di pipinya. Malunya tak payah cakap lah. Memang malu giler! Ada ke patut dia peluk presiden company ni.

"Saya minta maaf. Saya tak sengaja" Hayoung menahan malu.

"Saya tahu awak takut. Anyway, awak tak balik lagi?" tanya presiden itu a.k.a Oh Sehun bekas kekasihnya dulu.

Hayoung dan Sehun dulu sempat bercinta tapi terputus tengah jalan. Sehun meminta putus kerana ingin sambung pengajiannya di luar negara. Hayoung hanya menurut dan menerima dengan hati yang terbuka walaupun hakikatnya dia sayang sangat dengan Sehun.

Hayoung ingat lepas Sehun balik sini, mereka boleh sambung hubungan mereka macam dulu tapi Hayoung silap. Sehun tidak pernah cakap dengannya walaupun mereka bekerja satu bumbung. Tapi bukan Hayoung kalau nak menangis dan merayu. Walaupun dia sayang Sehun, dia hanya boleh melihat Sehun dari jauh. Itu sudah cukup untuknya.

"Saya memang nak balik tapi macam yang awak nampak sekarang ni, hujan tengah lebat. Jadi, saya tak boleh balik" Hayoung senyum.

"Jom saya hantar awak balik"

"Eh! Tak payah susah susah. Awak pun mesti penat. Nak balik rehat di rumah. Awak baliklah. Saya okay je tunggu di sini" Hayoung menolak tawaran berharga Sehun.

"The rain seems can't stop until midnight. Are you still waiting?" tanya Sehun.

Betul juga cakap Sehun. Nampaknya hujan ni tak akan berhenti sehingga tengah malam nanti. Hmmm.

"I think no. Let's go" Hayoung mengikut Sehun ke tempat letak kereta Sehun.

Sehun terus menghantar Hayoung pulang. Lama juga mereka di dalam kereta kerana Sehun hanya memandu secara perlahan kerana hujan lebat. Hayoung semakin tidak selesa berlama lama di dalam kereta bersama Sehun.

Sehun memberhentikan keretanya. Kenapa tiba tiba jalan raya sesak. Setahunya, waktu sekarang jalan raya sepatutnya tidak sesak macam sekarang. Ni mesti ada sesuatu kejadian berlaku. Sehun mengambil payung dan keluar dari kereta untuk mencari tahu keadaan di luar.

Terdapat beberapa kereta polis dan juga pasukan penyelamat di hadapan. Ambulans juga ada di situ. Sehun sudah tahu. Kejadian seperti ini selalu berlaku jika cuaca sebegini. Sehun kembali masuk ke dalam keretanya.

"Apa yang berlaku?" tanya Hayoung sebaik saja Sehun masuk ke dalam kereta.

"Kemalangan antara kereta dan sebuah lori besar"

[C] ONESHOT | Sehun HayoungWhere stories live. Discover now