Hayoung sedang menunggu abangnya dengan perasaan marah. Mana taknya, hampir semua student sudah pulang ke rumah mereka manakala dia pula masih seperti tiang elektrik yang sedang berdiri di depan pintu pagar. Sesekali, dia melihat jam tangannya yang berjenama Baby-G itu. Perasaan marahnya semakin membuak buak apabila jam menunjukkan pukul 03:11 pm.Sebuah kereta hitam yang berjenama BMW berhenti tepat di hadapannya. Dia terus masuk ke dalam kereta itu dengan menghempas pintu kereta itu.
"Kenapa oppa lambat?!" tanya Hayoung dengan marah.
"Sorry. Oppa pergi jemput kawan oppa yang baru balik dari London. Hihi" kata abang Hayoung yang bernama Suho itu.
"Sebenarnya, Youngie atau kawan oppa adik kandung oppa? Aishh! Kalau Youngie jumpa dengan kawan oppa tu, tahulah apa Youngie nak buat dengan dia"
"Of course lah Hayoungie yang cantik lagi comel ni. Janganlah salahkan kawan oppa tu. Dia tak salah pun dalam hal ni. Sebenarnya, lepas oppa jemput kawan oppa di airport, oppa pergi jumpa dengan yeochin oppa. Kitaorang gaduh"
"Ha! Baguslah tu. Memang patut pun Chorong unnie marah oppa. Padan muka"
"Sampai hati Youngie. Youngie dah tak sayangkan oppa?"
"Hihi. Of course lah sayang. Tapi dalam hal ni kawan oppa juga salah. Dia menyebabkan oppa lambat datang ambil Hayoung"
"Apa² jelah" Suho memandu ke rumah mereka. Dalam perjalanan pulang, Suho hanya mampu menahan telinganya kerana Hayoung tidak berhenti bercerita.
...
Suho memakai pakaian kemas dan melangkah dengan tergesa gesa turun ke bawah. Dia terima panggilan telefon dari office. PA nya memberitahunya bahawa CEO dari Japan dalam perjalanan ke office nya atau lebih tepat office appa nya. Dia seorang CEO yang dikagumi oleh pekerja pekerjanya.
Manakala Hayoung sedang bersantai di hadapan tv kerana hari ni hari cuti sekolah hujung minggu. Dia lebih suka ke sekolah daripada di rumah kerana di rumah hanya dia dan Suho. Itupun kalau Suho tidak bekerja.
Ibu bapanya pula selalu merantau ke luar negara. Mereka ingin menghabiskan masa tua mereka bersama sama tanpa ada gangguan anak mereka. Hayoung hanya menurut cakap ibu bapanya. Matanya beralih ke arah Suho yang sedang memakai kasut.
"Hayoung ah. Tolong ambil kot oppa dalam bilik oppa jap" Hayoung terus ke atas. 10 minit kemudian, dia turun dengan berpakaian cantik. Tidak lupa juga kot Suho yang berwarna hitam itu dipegangnya.
"Kenapa Youngie pakai cantik macam ni?" Hayoung memaut lengan Suho.
"Youngie nak ikut dengan oppa juga. Youngie bosan di rumah. Boleh eh?" Hayoung merengek manja. Suho tiada pilihan lain selain membawa Hayoung juga kerana dia sudah lambat.
"Ok lah. Jom. Oppa dah lambat"
"Yeay!" Hayoung bersorak gembira. Akhirnya dia tidak perlu terperap di rumah seperti katak bawah tempurung.
Setelah 15 minit, mereka sampai di JH Entertainment. Suho terus ke bilik mesyuarat manakala Hayoung pergi ke bilik Suho kerana di bilik Suho, dia boleh melihat pemandangan indah Bandar Seoul yang sentiasa sibuk itu.
Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi kerja Suho. Matanya terhenti pada satu gambar yang tak lain adalah Suho dan Chorong. Mereka berpose seperti orang sedang bercium tetapi hakikatnya mereka tidak bercium sebaliknya hampir mencium satu sama lain. Hayoung tersenyum melihat gambar itu.
Dia terfikir. Bila dia boleh jadi seperti abangnya yang mempunyai seorang kekasih yang sangat mencintainya. Sebenarnya, Hayoung tidak pernah bercinta dengan mana² lelaki kerana baginya semua lelaki adalah sama dan suka bermain dengan perasaan perempuan. Sebab itulah sampai sekarang dia tidak mempunyai seorang teman lelaki. Malah, ramai yang nakkan dia tetapi dia tidak ambil kisah semua tu.
![](https://img.wattpad.com/cover/82636995-288-k383654.jpg)
YOU ARE READING
[C] ONESHOT | Sehun Hayoung
Fanfiction«Story collection of Oh Couple» [170822] Highest ranking #35 in fanfiction Firstly, tolong jangan judge tajuk dgn cerita. Tajuk tak best, tak semestinya cite dia tak best. So if you want to be safe, baca semua cite. Total story - 59 #banyaktau Publ...