Miss Him

1.2K 66 12
                                        

Setiap pagi Hayoung akan malas untuk bangun tidur dan ke sekolah. Tapi lepas mandi je terus semangat nak pergi sekolah. Pelik sungguh sikap Hayoung. Tapi untung dia anak tunggal. Kalau tak mati Yuri kalau ada lima anak spesis Hayoung.

"Ibu Hayoung pergi dulu. Terima kasih sebab buatkan sandwich untuk Hayoung. Saaaayaanggg ibu!" Hayoung memeluk Yuri.

"Yelah tu. Pergilah cepat. Nanti lewat sampai sekolah" Yuri mencium Hayoung.

Hayoung keluar dari rumah. Pada masa yang sama, lelaki yang tinggal bersebelahan dengan rumahnya juga turut keluar. Lelaki itu juga merupakan crush Hayoung. Uniform sekolah mereka juga lain kerana mereka tidak satu sekolah.

Dari gaya lelaki itu, dia rasa lelaki itu sekolah orang ternama tapi kenapa dia pergi naik bas. Hmm...pelik. Tapi tak pe as long dapat tengok dia hari hari pun dah cukup bagi Hayoung. Lelaki ni memang bergaya habis. Pakai jam tangan, baju kemas, kasut adidas hitam, rambut yang kemas walaupun rambut lelaki itu mengikut trend terkini dan yang penting handsome.

Memang tak salah aku jadikan dia crush aku. Tapi layak ke aku jadi girlfriend dia. Pandang aku pun tidak. Entah entah dia dah ada girlfriend di sekolah dia. Hmm...melepas aku. Ouh lupa! Nama crush aku Oh Sehun. Macam mana aku boleh tahu? Aku curi curi tengok nametag dia. Jahat tak aku?

Setelah lima minit berjalan, akhirnya Hayoung sampai di stesen bas. Orang ramai menunggu bas. Semua terdiri daripada pelajar dan pekerja. Masing masing nak cepat.

Aip! Lambat sangat ke aku hari ni. Rasanya biasa je. Ouh! Baru ingat. Hari ni hari Selasa. Patutlah orang ramai. Selalunya hari ni paling ramai.

Bas sampai. Semua tergesa gesa naik bas. Last last Hayoung terpaksa berdiri. Tapi dia ok je as long dapat berdiri tepi Sehun. Seronok weh!

Aduh mak! Apasal lelaki ni tengok aku macam tu. Aku pakai seksi ke hari ni. Hish! Ramai lagi yang pakai skirt pendek dari aku tapi kenapa aku juga yang dia tengok. Ibu tolong Hayoung! Hayoung takut.

Tidak lama kemudian Hayoung dah tak nampak lelaki tu sebab ada orang lain berdiri di depannya. Lega hati Hayoung. Hayoung melihat orang itu. Bertapa terkejutnya dia kerana orang itu ialah Sehun. Sehun yang selamatkan dia.

Oh my Sehun! You make me love you more.

Sekarang ni muka Hayoung dengan Sehun betul betul dekat akibat terlalu ramai di dalam bas itu. Sikit sahaja lagi hidung mancung mereka bertemu. Pertama kali Hayoung boleh sedekat ini dengan Sehun.

10 minit Hayoung berdiri. Akhirnya bas berhenti di satu stesen. Semua orang melangkah keluar. Hayoung sengaja memberi laluan kepada orang lain terlebih dahulu. Serius dia benci kalau ramai ramai macam ni.

"Lain kali jangan pakai skirt pendek sangat" kata Sehun lalu melangkah keluar.

Hayoung mematung di situ. Betul ke tadi Sehun bercakap dengannya. Mimpi ke ape ni? Hayoung tersedar lalu melangkah turun. Sehun pergi ke sebelah kanan manakala dia ke sebelah kiri. Sekolah mereka berlainan arah tapi mereka tetap satu stesen bas yang sama.

Dalam perjalan ke sekolahnya, Hayoung terus memikir kata kata Sehun. Dia menunduk dan melihat skirt nya. Pendek sangat ke? Rasanya ni memang standard budak sekolah. Hish! Tak pasal kena sindir macam tu. Malunya!

Hayoung tiada mood untuk makan. Dia hanya tengok makanan yang dibelinya. Joy, Sana dan Yerin hanya melihat sikap Hayoung yang sedikit pelik hari ni.

"Weh beb! Kau kenapa? Asal tak makan?" tanya Joy.

"Kau rasa skirt yang aku pakai ni pendek tak?" tanya Hayoung dengan muka risau.

"Kenapa kau tanya? Kalau bagi kitorang, biasa je" kata Sana.

[C] ONESHOT | Sehun HayoungTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang