Stuck In Your Heart

931 44 9
                                    

Bagi status anak orang kaya seperti Hayoung, Xeve's Club semestinya menjadi pilihannya. Hanya orang yang ternama yang boleh masuk ke kelab ini. Hayoung pula siapa tak kenal. Salah orang anak ahli perniagaan yang terkaya di negara ini. Hayoung juga dah berjaya tamat belajar di sebuah universiti di Europe setahun yang lalu. Kalau ikutkan Hayoung dah boleh jadi CEO di company papanya tapi dia lebih memilih untuk berfoya foya.

"Noona. Papa suruh baliklah. Papa bagitahu Jihoon, dia ada benda nak cakap dengan noona" siapa lagi kalau bukan Jihoon. Satu satunya adik yang Hayoung ada.

Jihoon terpaksa datang ke tempat macam ni sebab papa dia paksa suruh bawa balik noona kesayangan dia ni. Tapi dia tak sangka susah juga nak pujuk Hayoung balik. Serius dia benci tempat macam ni. Bising sangat.

"Pergilah balik. Nanti noona balik" masuk ni dah tiga gelas Hayoung minum. Jihoon tak senang duduk. Kalau dia tak berjaya bawa Hayoung balik, memang tamat riwayat dia dengan papa dia nanti.

"No. Noona kena ikut Jihoon balik. Now!" Jihoon bertegas. Orang cakap baik baik tak nak dengar.

"Yelah yelah. Bisinglah Jihoon ni" Hayoung mengambil beg tangannya.

Akhirnya mereka berdua sampai rumah. Ibu dan papa mereka sudah menunggu kepulangan mereka berdua. Muka papa Hayoung tak payah cakaplah. Memang seram habis. Jarang dia ada dirumah sebab perlu kerja diluar negara. Tapi hari ni isteri dia bagitahu ada orang nak datang. Jadi dia batalkan semua kerja dia.

"Hayoung Jihoon. Kenalkan ni Oh Sehun. Anak kawan ibu" Jihoon menunduk hormat. Tapi tidak Hayoung. Mereka berdua melabuhkan punggung di sebelah ibu mereka.

"Jadi ni sebab kamu tak nak kerja Hayoung?" tanya papa Hayoung straight to the point.

"Hayoung malaslah nak kerja" jawab Hayoung selamba. Tuan Oh menggeleng kepala.

"Nanti kalau papa dah tak mampu nak bekerja, siapa yang akan ganti papa?" bebel Tuan Oh lagi. Sehun hanya diam di tempatnya.

"Alaa..Jihoon kan ada. Lagipun dia kan lelaki. Dia lebih layak ganti papa. Betul tak Jihoon?" Jihoon menahan amarahnya. Mana taknya, sekarang ni dia tengah belajar untuk jadi pilot. Serius dia tak minat business. Dari kecil lagi dia nak jadi pilot.

"Very big NO! I really don't like business. Please don't ask me to do that thing" tegas Jihoon.

Tuan Oh hanya diam. Dia dah tahu yang Jihoon memang tak suka tentang business dan Tuan Oh tak kisah pasal tu sebab Hayoung sorang harapan dia sekarang ni.

"Better I'm not involve in this discussion. Just continue. I'm leaving" Jihoon bangun dan terus ke biliknya.

"Apa apa pun papa nak Hayoung bersiap sedia. Sebenarnya papa suruh Hayoung balik ni sebab papa nak bagitahu yang papa dengan ibu akan pergi Italy selama dua bulan. Papa perlu urus projek disana" dalam hati Hayoung bersorak. Bolehlah kalau dia nak bergembira.

"Dan sebab itu jugalah Sehun datang sini. Selama ibu dengan papa tak ada, Sehun yang akan perhatikan kamu. Dia yang akan jaga kamu" tambah Puan Oh lagi. Hayoung melihat Sehun. Lelaki itu hanya diam.

"Jihoon?" soal Hayoung.

"Mulai esok, Jihoon tinggal di asrama sebab dia perlu latihan dan belajar dengan lebih lagi. Jadi Sehun perlu jaga kamu sorang. Aunty harap Hun tak kisah jaga anak aunty ni" Sehun melihat Hayoung.

"Rasanya tak susah jaga anak aunty ni. Hun akan jaga sebaik mungkin" puan Oh senyum.

"Kamu jangan buat hal Hayoung" Tuan Oh memberi amaran.

"Tengoklah macam mana?" jawab Hayoung sambil memandang ke arah lain.

Hmm kau cakap senang kan nak jaga aku. Jom kita buat eksperimen senang ke susah jaga aku. Aku nak tengok apa kau punya pembolehubah, hipotesis dengan kesimpulan nanti. Ingat senang nak jaga perempuan macam aku.

[C] ONESHOT | Sehun HayoungWhere stories live. Discover now