Forgive You

865 47 3
                                    

"Ibu kalau Rose tanya ibu jangan marah tau" Hayoung senyum. Comel pulak anak dia sorang ni.

"Kenapa sayang? Kalau Rose nak tanya, tanya aje. Ibu tak kan marah" Hayoung menghidangkan beberapa makanan diatas meja.

"Sebenarnya Rose dah lama nak tanya mana papa" Hayoung cuba kawal air mukanya.

"Entahlah Rose. Ibu pun tak tahu. Mungkin dia dah tak sayang kita" Hayoung duduk berhadapan dengan Rose.

"Kenapa ibu cakap macam tu?" tanya Rose lagi. Sejujurnya Hayoung tak tahu nak jawab apa. Pening jugak dia.

"Tak ada apalah Rose. Makanlah. Nanti sejuk tak sedap" Hayoung cuba mengelak soalan anaknya.

Dengan tiba tiba Rose bangun dan mencium pipi Hayoung.

"Rose minta maaf ibu. Rose tak sepatutnya tanya soalan macam ni pada ibu. Ibu jangan sedih eh. Rose minta maaf sangat sangat" sekali lagi pipi Hayoung dicium.

Inilah Clara Rose. Anak yang dianugerahkan oleh Tuhan. Hayoung bersyukur dikurniakan anak seperti Rose. Bukan sahaja comel tapi juga bijak dan memahami orang lain. Umur Rose baru 5 tahun tapi kalau bercakap lebih pada orang umur 18 tahun.

"Ibu tak sedihlah sayang. Kenapa sayang minta maaf. Ibu okeylah. Tengok. Mana ada ibu menangis" Rose cuma senyum dan memeluk Hayoung.

"Rose sayang ibu"

"Ibu pun sayang Rose. Dah makan. Nanti kalau sejuk dah tak sedap" Rose mengangguk lalu duduk ditempatnya. Hayoung senyum.

"Masakan ibu selalu sedap" puji Rose. Hayoung ketawa. Rose memang selalu puji masakan dia.

"Terima kasih sayang. Ha! Rose. Rose dah packing semua baju? Malam ni kita dah bertolak dah"

Malam ni dia akan balik ke Korea untuk selamanya. Sekarang ni dia tinggal di Dubai. Tak sangka masa berlalu dengan cepat. Dah 5 tahun dia tinggal sini dengan Rose. Demi Rose, dia akan kuatkan hati untuk pulang ke rumahnya.

"Rose dah kemas semua. Tak sabarnya nak jumpa daddy Jihoon" Hayoung terus membuat muka. Anak dia ni tak habis dengan adiknya Jihoon.

...

Disinilah Hayoung. Di depan rumah mewah kedua ibu bapanya. Nafas ditarik dalam dalam. Dia harap mereka semua dapat terima kehadiran dia terutamanya Rose. Dia harap sangat ibu bapanya dapat terima Rose dengan baik.

"Eh! Noona bila sampai? Kenapa tak masuk?" tegur Jihoon. Hayoung cuma senyum.

"Baru aje sampai. Siapa ada kat dalam?" tanya Hayoung.

"Mummy dengan daddy lah. Siapa lagi. Jomlah masuk. My baby jom" Jihoon membawa Rose masuk diikuti Hayoung di belakang.

Sebaik saja masuk, kedua ibu bapanya sudah menanti di ruang tamu. Hayoung tak boleh teka apa perasaan mereka. Gembirakah mereka? Ataupun sedih? Marah dengannya?

"Hai mummy daddy" sapa Hayoung.

Dengan tiba tiba tubuh Hayoung dipeluk oleh erat oleh puan Oh.

"Tolong jangan pergi lagi sayang. Mummy tak nak kehilangan kamu lagi" Hayoung turut menangis. Rindu sangat dengan mummy dia.

"Hayoung janji mummy. Terima kasih sebab tak marah Hayoung" Hayoung mencium kedua pipi mummy nya.

"Mummy. Meet your granddaughter, Clara Rose"

Jantung puan Oh hampir tercabut bila dengar Jihoon cakap granddaughter. Bila masa Hayoung kahwin?

"Hayoung minta maaf mummy. Ni semua salah Hayoung" Hayoung berlutut didepan puan Oh.

[C] ONESHOT | Sehun HayoungWhere stories live. Discover now