4 orang perempuan berjalan masuk ke Seoul High School. Mereka juga dikenali sebagai pembuli terhebat di sekolah itu. Ramai pelajar perempuan takut dengan mereka berempat. Mereka juga digilai ramai pelajar lelaki tetapi tidak satu pun yang mereka layan. Mereka terdiri daripada Hayoung, Sana, Yerin dan Joy. Kumpulan itu diketuai oleh Hayoung yang merupakan anak kepada presiden Seoul High School.
Hayoung merasa dia yang paling cantik dan berkuasa di sekolah itu kerana kedudukannya yang tinggi. Setiap hari, akan ada mangsa yang dibulinya. Mr Oh selaku presiden di sekolah itu, sudah buntu untuk menghentikan perbuatan Hayoung yang memang memalukannya.
"Auch!" seorang perempuan tersungkur.
Hayoung dan 3 orang lagi kawannya ketawa. Mereka berjaya kenakan perempuan yang selalu menggatal dengan semua lelaki sekolah mereka.
"Oups! Sorry girl. Aku tak sangka kau jalan depan aku tadi. Aku tak nampak" kata Hayoung dengan ketawa mengejek. Perempuan itu menahan marahnya.
"Kau dah kenapa?!" marah perempuan yang bernama Jisoo itu.
"Aku? Kenapa? Emm..tak ada apa. Kau jangan risau sangat lah pasal aku. Lebih baik kau suruh mana mana lelaki datang angkat kau. I'm really make sure you're not be able to walk by yourself. Let's go guys"
"Jangan lupa panggil lelaki yang kau goda di club malam tu sekali. Suruh dorang bawa kau pergi hospital" kata Joy sambil tersenyum mengejek. Mereka berlalu dari situ.
"Korang ingat aku nak lepaskan korang macam tu je. Memang tak lah! Korang tunggu nasib korang. Especially kau Oh Hayoung!" marah Jisoo. Dia bangun dengan sendirinya ke bilik rawatan yang tidak jauh dari tempatnya.
...
"Welcome back" kata Mr Oh kepada lelaki dihadapannya.
"Thanks uncle" kata lelaki itu.
"So, macam mana tinggal di New York? Best?"
"Best sangat uncle. Hun macam tak nak balik je. Tapi, uncle punya pasal, Hun terpaksa balik"
"Pasal uncle atau pasal Hayoung?"
Sehun tersenyum malu. Mr Oh macam tahu tahu je niat dia. Dia balik sini pun sebab dia rindu dengan Hayoung. Lama dia tak jumpa dengan teman wanita kecilnya itu.
"Weyh! Kau tak takut ke kita kena gantung sekolah nanti?" tanya Yerin dengan takut.
Sekarang ini, mereka sedang membuang angin tayar kereta milik Cikgu Chorong.
"Biarlah. Baru dia tahu langit tinggi ke rendah. Kau ingat telinga aku ni apa. Hari hari dengar dia menjerit" kata Hayoung tak puas hati.
"Eleh! Lagipun dia menjerit memang sebab kau kan. Kau yang baling buku kena kepala dia. Ha, apalagi, memang dia jerkah kau la. Kau yang cari pasal dengan dia" bebel Sana.
"Amboi kau! Kalau boleh membebel, kalah moyang aku" Hayoung membersihkan tangannya.
"Moyang kau ada lagi ke?" tanya Joy.
Krik! Krik! -_-"
"Okay sorry. Jom lah. Nanti kantoi tak pasal kita kena denda" mereka cepat cepat pergi dari situ.
Tidak jauh dari situ, Sehun sedang memperhatikan perbuatan mereka berempat. Sesekali, dia menggelengkan kepalanya. Inilah perangai Hayoung selama dia tiada. Patutlah Mr Oh suruh dia balik sini secepat yang mungkin.
"Mana Yerin dengan Sana?" tanya Hayoung.
"Dorang dah balik and aku pun dah nak balik. Oppa aku dah bising" Joy menunjukkan abangnya yang sedang bersandar di tepi kereta.
YOU ARE READING
[C] ONESHOT | Sehun Hayoung
Fanfiction«Story collection of Oh Couple» [170822] Highest ranking #35 in fanfiction Firstly, tolong jangan judge tajuk dgn cerita. Tajuk tak best, tak semestinya cite dia tak best. So if you want to be safe, baca semua cite. Total story - 59 #banyaktau Publ...