Semua doktor praktikal diminta untuk ke hutan bagi membuat sedikit kajian tentang pokok pokok yang berkaitan dengan perubatan.
Sehun salah seorang daripada mereka terpaksa ke hutan untuk mendapat markah tinggi dalam ujian yang terakhir. Tapi dia tak kisah kerana doktor ialah cita citanya sejak kecil lagi.
Satu kumpulan dibahagi kepada dua ahli. Sehun tentunya bersama sahabat baiknya Kai. Mereka masuk ke dalam hutan dengan membawa beberapa alatan yang diperlukan. Kai juga mengambil beberapa keping gambar yang menarik perhatiannya. Sehun pula fokus mencari tumbuhan tumbuhan atau pokok pokok yang dimaksudkan profesor mereka semalam.
"Weh! Kau ni. Dah dah lah ambil gambar tu. Kau cari la pokok pokok yang prof maksudkan tu. Aku tak nak duduk dalam hutan lama lama"
"Eleh! Kau cakap jelah yang kau tu penakut. Kan"
"Aku dengan kau, kau lagi teruk pada aku tau. Kau masuk dalam rumah hantu hari tu pun macam nak keluar anak tekak kalau boleh jerit"
"Main throwback pula. Tak payah lah nak ungkit ungkit pasal tu"
"Kalau kau tak nak aku throwback, aku nak kita sama sama cari pokok yang prof nak tu"
"Yelah yelah. Membebel macam mak nenek" Kai mencebik.
"Aku nak pergi arah sana aku ikut arah sini. Dalam masa 30 minit, kita jumpa di sini. Kau jangan sesat pula"
"Cakap aku. Entah entah, kau yang sesat nanti" sindir Kai.
Mereka pergi ke arah masing masing. Sehun mula mencari. Bermacam macam pokok dia kaji. Tiba tiba, satu pokok menarik perhatiannya. Dia mula mengkaji pokok itu. Setelah membuat beberapa kajian, akhirnya pokok itu pokok yang dia cari. Dia tersenyum gembira.
"Aduh!" Sehun mencari suara itu. Sedikit demi sedikit langkahnya diatur. Daun besar yang menghalang penglihatannya ditarik ke tepi dan terlihatlah seorang manusia kecil yang berbaju hijau tanpa lengan dan juga mempunyai sayap yang cantik dibelakangnya.
Sehun tidak percaya apa yang dia sedang lihat sekarang ini. Setahu dia, perempuan kecil yang berbaju hijau itu cuma ada di dalam movie fantasy yang anak saudaranya selalu tonton. Apa nama movie tu? Tinkerbell? Ah! Whatever lah. Sehun dapat melihat perempuan kecil itu kerana sayapnya yang bercahaya kerana hari dah nak gelap.
"Hello" dengan kekuatan yang ada di dalam dirinya, Sehun melangkah ke arah perempuan kecil itu.
Perempuan kecil itu kelihatan seperti ketakutan dengan kehadiran Sehun. Perempuan kecil itu berusaha untuk bangun dan terbang semula tetapi sayapnya sudah patah sedikit di hujung. Itu membuatkan perempuan kecil itu tak boleh terbang.
"Tolong jangan buat apa apa pada saya. Saya takut" rayu perempuan kecil itu.
"Tak. Saya tak kan apa apakan awak. Jangan risau. Saya cuma nak bantu awak" Sehun tersenyum lalu menghulurkan tangannya.
Perlahan lahan perempuan itu bangun dan melangkah naik ke atas tangan Sehun.
"Betul ke awak nak tolong saya?" tanya perempuan itu. Sehun mengangguk.
"Tapi sebelum tu boleh saya tahu nama awak?"
"Oh Hayoung" kata perempuan tu.
"Comel nama tu macam tuan dia" Sehun memegang kepala Hayoung dengan jari telunjuknya.
"Awak tinggal di mana?" tanya Sehun lagi. Hayoung menunding jari telunjuknya ke atas.
"Habis tu. Macam mana awak nak balik?" Hayoung terduduk sambil menongkat dagunya. Geram pula Sehun tengok. Macam nak cubit cubit je pipi tu.
YOU ARE READING
[C] ONESHOT | Sehun Hayoung
Fanfiction«Story collection of Oh Couple» [170822] Highest ranking #35 in fanfiction Firstly, tolong jangan judge tajuk dgn cerita. Tajuk tak best, tak semestinya cite dia tak best. So if you want to be safe, baca semua cite. Total story - 59 #banyaktau Publ...