Hate you Love you

1.2K 60 1
                                    

Unique High School merupakan sekolah yang terkenal dengan kepandaian dan kekayaan mereka. Tetapi kalau masuk bab disiplin, mereka kalah. 50% murid sekolah tu datang hanya untuk bersuka suka. Untung Sehun duduk di kelas yang pertama. Murid di dalam kelas itu agak berdisiplin. Hanya sesetengah dari mereka sahaja yang suka main main. Meriah kelas itu dibuat mereka.

"Class! Keep quite!" guru bahasa inggeris itu mengeluarkan semua suaranya. Mereka diam.

"Okay class. We have a new transfer student from New York. But don't worry. She's korean"

"Lelaki atau perempuan?" tanya Hanse.

"Do Hanse! Please speak english with me. I'm your English teacher after all!"

"Boy or girls?" Sehun mula menyampah. Dia langsung tak tertarik untuk melihat pelajar baru itu.

"Let's see together. Come in girl" pelajar perempuan itu melangkah masuk ke dalam kelas itu.

Semua murid tidak lepas pandang. Sehun pula memandang ke luar tingkap.

"Hello guys. Nama saya Oh Hayoung..." terus kepala Sehun memutar 90 darjah.

"Saya harap awak semua dapat terima kehadiran saya" mata Hayoung terus memandang Sehun yang sedang mengawal riak wajahnya.

"Wooo!!" semua menepuk tangan kepada Hayoung. Itu bermakna mereka suka akan kehadiran Hayoung di dalam kelas itu.

"Oh Hayoung, you may sit at the back. I mean you can sit beside Oh Sehun at there. Oh Sehun! Please raise your hand" dengan malas Sehun mengangkat tangannya.

Hayoung melangkah dengan gembira dan melabuhkan punggung di tempat duduknya. Sehun pula menahan marahnya. Walaupun meja mereka tidak rapat, tetapi Sehun tetap tidak suka Hayoung duduk di sebelahnya.

"Hi! Oh Sehun. Nice to meet you again" kata Hayoung.

"Kalau kau nak duduk di sini, please diam. Aku tak suka" Hayoung tersenyum mengejek.

"Wooo!" V dan Baekhyun bersorak.

Sehun berjalan keluar dari kelas tanpa menghiraukan sorakan dari mereka. Tidak lama kemudian, Hayoung juga turut mengikut Sehun.

"Kau rasa kenapa Sehun tu tak suka sangat dengan Hayoung? Aku peliklah" kata Mina.

"Aku pun tak tahu. Nanti aku tanya budak baru tu. Aku akan pastikan dia join group kita" kata Sana dengan Yakin.

"Baik kau cepat sebelum Rose yang ambil dulu" kata Momo pula.

Hayoung mengikut Sehun sampai ke atap sekolah. Dia tidak berputus asa untuk mengambil hati Sehun kembali.

"Kenapa kau ikut aku?! Pergilah masuk kelas. Aku benci tengok muka kau" marah Sehun. Hayoung menahan tangisannya.

"Saya datang nak minta maaf dengan awak"

"Kalau setakat datang nak minta maaf, baik kau blah!"

"Tapi..." Sehun melangkah pergi dari situ.

Akhirnya air mata yang ditahan jatuh juga setelah Sehun pergi. Dia terduduk di bawah sambil menangis. Sehun betul betul bencikannya sekarang ni. Tapi dia tak mengalah macam tu je. Dia akan berusaha selagi dia mampu.

...

Sana dan Mina berlari untuk mendapatkan Hayoung. Hayoung juga terkejut kerana Sana dan Mina datang dengan tiba tiba. Dia pelik.

"Kenapa ni?" tanya Hayoung.

"Kami berdua nak ajak kau join group kami. Tapi rasanya kami tak perlukan jawapan kau. Kami nak kau masuk terus group kitaorang"

[C] ONESHOT | Sehun HayoungWhere stories live. Discover now