For Sale?

1.4K 66 3
                                    

"Appa. Appa nak bawa Hayoung pergi mana?"

"Kau diam boleh tak? Aku nak, bila kita sampai sana nanti kau jangan buat hal atau aku bunuh kau!" Hayoung menangis.

Hayoung hanya mempunyai appa nya. Ibu nya mati kerana kemalangan. Appa nya pula suka minum arak dan pergi ke kelab. Setiap malam, appa nya akan pulang bersama perempuan dalam keadaan mabuk. Dia tidak pernah keluar dari bilik apabila mendapat tahu appa nya pulang.

"Sampai hati appa nak bunuh anak sendiri. Hayoung ni anak appa. Darah daging appa sendiri"

"Aku akan buat apa saja untuk dapatkan duit. Kau kena ingat tu!"

Hayoung dibawa ke kelab malam. Dia tidak henti henti menangis sepanjang perjalanan ke sana. Kenapa dia tidak boleh hidup dengan tenang seperti orang orang lain? Kenapa dia perlu hidup dengan seorang bapa yang kejam. Dia tidak kuat untuk menjalani kehidupan seperti ini. Apa salahnya?

"Jom masuk dalam!" arah appa nya.

"Appa. Hayoung tak nak masuk sana. Hayoung nak balik" Hayoung menarik lengan appa nya.

"Aku dah cakap dengan kau tadi, kau jangan buat hal di sini. Aku buat ni semua untuk kebaikan kau juga!"

"Ini bukan untuk kebaikan. Ini namanya appa hancur kehidupan Hayoung. Appa tolonglah. Hayoung tak nak" Hayoung menangis.

Tiba tiba, tiga orang lelaki yang berpakaian hitam datang menyapa appa Hayoung. Hayoung bersembunyi di belakang appa nya. Dia takut melihat lelaki yang serba hitam ni.

"So, macam mana? Jadi ke tak?" tanya salah seorang lelaki.

"Of course lah jadi" lelaki itu berbisik sesuatu kepada salah seorang lagi lelaki. Mungkin bos nya.

"Ni" lelaki tadi menghulurkan sampul coklat yang agak tebal kepada appa Hayoung. Appa Hayoung tersenyum jahat lalu mengambil sampul itu.

"Ni anak aku. Kau buat lah apa kau nak. Sekarang dia dah jadi hak bos kau. Bagitahu bos kau terima kasih banyak banyak" appa Hayoung mencium sampul coklat itu dan pergi meninggalkan Hayoung.

"Appa. Appa nak pergi mana?! Jangan tinggalkan Hayoung di sini. Hayoung nak balik" belum sempat Hayoung berlari, dua lelaki tadi sudah memegang lengannya.

"Tolonglah lepaskan saya. Saya nak balik" Hayoung merayu kepada dua orang lelaki itu.

"Bawa dia masuk" arah seorang lagi lelaki yang merangkap bos dua lelaki tadi.

"Tolonglah lepaskan saya" Hayoung berusaha menarik lengannya.

"Cik. Kami tak mahu pukul cik. Kami harap, cik dapat beri kerjasama" lama juga Hayoung berdiam diri. Akhirnya, dia mengikut juga arahan dua orang lelaki itu.

15 minit kemudian, mereka sampai di rumah yang seperti istana. Hanya sebuah rumah yang berada di situ. Hayoung melihat 5 orang lelaki yang berpakaian sama seperti dua orang lelaki di sebelahnya memegang senjata besar di depan pintu pagar.

Hayoung teragak agak untuk keluar dari kereta. Dia berasa takut untuk keluar dari kereta. Tiba tiba seorang lelaki yang berpakaian lain dari lelaki lelaki yang dia lihat tadi membuka pintu kereta untuknya. Lelaki itu menghulurkan tangannya.

"Jom keluar" lelaki itu tersenyum. Hayoung masih ragu ragu dengan lelaki ini.

"Jom lah keluar. Jangan takut. Saya tak makan orang. Saya pun sama macam orang lain juga. Saya makan nasi" Hayoung menyambut tangan lelaki itu dan melangkah turun dengan perlahan. Kereta tadi berlalu pergi.

Lelaki itu menggenggam tangan Hayoung dan membawa Hayoung masuk ke dalam
' istana ' nya. Hayoung terpegun melihat kecantikan di dalam rumah itu. Ruang tamu sebesar rumahnya. Mungkin besar lagi. Reka bentuk di dalam rumah tu sangat cantik. Tangga menuju ke atas dihiasi lampu lampu. Perfect!

[C] ONESHOT | Sehun HayoungWhere stories live. Discover now