My Annoying Boss

1.8K 75 10
                                    

MA NOTE

Saya guna bahasa yang biasa kita gunakan atau bahasa free style. Saya tak guna bahasa formal. Just suka².

My name is Oh Hayoung. Saya berkerja di Oh Company sebagai PA bos. Mesti korang semua fikir itu company papa saya. Haha. Korang ingat saya sorang yang ada nama tu. Ramai lagi yang ada nama macam tu. Actually, tu company orang lain. Saya diterima bekerja kerana saya sememangnya pandai dari kecil. Sebab tu senang dapat kerja.

"Young. Hari ni Young kena tolong oppa" kata Suho.

Suho oppa. Dialah bos aku. Bos yang paling handsome dan baik. Tapi dia cakap, position dia sebagai CEO tak akan lama sebab dia akan dinaikkan pangkat menjadi president company ni. Siapalah yang akan jadi bos aku lepas ni. Harap harap perangai dia sama dengan Suho oppa.

"Oppa nak Young tolong apa?"

"Oppa nak Young pergi airport. Tolong jemput adik oppa yang baru balik dari Dubai"

"Young mana kenal adik oppa"

"Ni oppa ada gambar dia. Oppa harap Young tak salah orang nanti. Sebenarnya, oppa nak sangat jemput dia, tapi Chorong unnie demam panas. Jadi oppa kena bawa dia pergi hospital"

"Its ok. Young faham. Young tahu, oppa sayang sangat Chorong unnie. Bertuah Chorong unnie dapat jadi isteri oppa. Ok lah. Kalau macam tu, Young pergi dulu"

Hayoung mengambil gambar yang Suho berikan. Suho sudah pergi terlebih dahulu.

"Handsome juga mamat ni. Mesti eomma Suho oppa bangga ada anak macam ni. Hampeh! Tiba tiba pula melting bila renung gambar dia lama"

"Hargghhh!"

"Oi! Mak cik kau ayam!"

"Hahahaha"

"Kau ni kan! Kalau tak kejutkan aku macam tu tak boleh ke. Bencilah kau ni"

"Lawak lah kau ni. Hahaha. Itulah, lain kali jangan renung sangat anak teruna orang. Aku tengok kau renung gambar tu macam nak terkeluar biji mata kau" kata Ten.

"Eh! Suka suka aku lah aku nak renung gambar ni sampai buta sekalipun pun. Peduli apa kau. Tolonglah jangan ganggu aku. Aku harap sangat perangai warganegara Thailand kau tu, kau buang jauh jauh"

"Eleh! Macam lah perangai kau tu elok sangat. Kau tu rupa je cantik tapi melatah, ya ampun, macam mak cik mak cik kampung"

"Ada aku kisah. Daripada kau gaduh dengan aku, lebih baik kau pergi layan girlfriend Thailand kau tu. Apa nama dia? Lisa? Ahh! Whatever lah. Aku pergi dulu. Tak kuasa aku nak layan kau lama²"

Incheon Airport

Hayoung menunggu dengan sabar. Lelaki yang ditunggunya belum juga muncul.

"Adoi! Mana pula mamat ni. Setengah jam kot aku tunggu. Dia ingat aku tiang elektrik kat sini. Dah lah orang vietnam tengah usya aku dari atas bawah. Tahulah cantik pun. Tapi jangan lah tengok aku sampai lalat masuk pun tak sedar"

Tiba tiba matanya terarah kepada lelaki yang memakai kaca hitam. Kulit putih susu, tinggi dan yang paling penting, handsome! Arghh!

"Oh Sehun"

[C] ONESHOT | Sehun HayoungWhere stories live. Discover now