Hayoung seorang ketua pramugari yang dikagumi oleh para junior nya. Dia juga menjadi contoh yang baik kepada mereka semua. Hayoung tinggal seorang diri di sebuah apartment mewah. Jika mempunyai masa lapang, dia akan pulang ke rumah kedua ibu bapanya.
"Kau ada flight ke hari ni?" tanya Sana a.k.a kawan baik Hayoung.
"Ada. Kenapa?" tanya Hayoung sambil menarik bagasinya.
"Aku baru ingat nak ajak kau pergi shopping"
"Lain kali jelah. Kau baru sampai ke?"
"Yup! Aku baru balik dari Italy. Kau nak pergi mana ni?"
"Aku ada flight ke Dubai. Aku pergi dulu"
"Okay. Bye. Jangan lupa sampaikan salam aku kepada Kapten Oh Sehun" Sana berjalan cepat meninggalkan Hayoung.
Kapten Oh Sehun merupakan seorang kapten kapal terbang yang mempunyai wajah yang tampan. Ramai perempuan yang tergilakannya tapi tidak satu pun yang dilayannya. Bukan senang nak ambil hati Sehun.
Sudah lama Hayoung menyimpan perasaannya. Dalam diam, dia juga ada hati dengan Sehun. Tapi dia tidak berani meluahkan perasaannya kerana dia takut dia ditolak mentah mentah oleh Sehun. Setiap hari, dia akan menukar jadual penerbangannya agar satu flight dengan Sehun.
Selepas beberapa jam penerbangan, mereka telah sampai di Dubai dalam keadaan selamat. Mereka akan bermalam di situ selama dua hari. Inilah untungnya jadi seorang pramugari atau pilot. Mereka dapat penerbangan free dan pada masa yang sama, mereka juga boleh melancong seperti pelancong lain. Hayoung bermalam di hotel bersama pramugari yang lain. Hotel itu berdekatan dengan sebuah tasik yang sangat cantik apabila melihat pada waktu malam.
Sampai di hotel ini, Hayoung sudah memasang niat untuk datang ke tasik ini. Dan pada malam itu juga, dia pergi ke tasik itu. Sepatutnya, dia perlu merehatkan diri terlebih dahulu tapi apabila melihat tasik ini, semua kepenatan yang dia rasa, hilang begitu sahaja.
"Cantik kan tasik ni?" seorang lelaki menegurnya.
"Y...ya. Cantik sangat" jawab Hayoung.
Dia sedikit terkejut dengan kehadiran orang yang dicintainya selama ini. Ini juga kali pertama dia bercakap dengan Sehun.
"Awak buat apa malam malam di sini? Kenapa tak rehat di bilik?"
"Saja. Saya suka tengok pemandangan di sini. Saya rasa tenang sangat. Kapten pula, apa yang kapten buat di sini?"
"Panggil saya Sehun je. And jawapan saya pun sama macam awak juga"
"Ouh!" Hayoung hanya memandang ke depan. Lama juga mereka diam.
Sehun memandang Hayoung sekejap. Cantik. Itu yang Sehun nampak. Dia tahu Hayoung sudah lama sukakannya. Tapi dia hanya diam. Dia nak tahu, berapa lama lagi Hayoung sanggup menunggunya. Baginya, Hayoung tidak seperti perempuan lain. Hayoung seorang yang unik. Sehun suka perempuan macam ni.
Walaupun Sehun tidak sepenuhnya cintakan Hayoung tapi dia akan cuba untuk cintakan dan sayangkan Hayoung.
"Emm..saya balik hotel dulu" Hayoung tidak boleh lama lama dengan Sehun di sini. Jantungnya tak nak bagi kerjasama yang baik. Hmm.
"Kalau macam tu, jom kita balik sama sama" Sehun menyarungkan jaketnya pada badan Hayoung.
"Kenapa bagi saya?" tanya Hayoung.
"Awak lebih perlukan jaket tu"
"Terima kasih. Tapi awak macam mana? Awak tak sejuk?"
"Sejuk sangat. But its ok..." Sehun menggenggam tangan Hayoung.
YOU ARE READING
[C] ONESHOT | Sehun Hayoung
Hayran Kurgu«Story collection of Oh Couple» [170822] Highest ranking #35 in fanfiction Firstly, tolong jangan judge tajuk dgn cerita. Tajuk tak best, tak semestinya cite dia tak best. So if you want to be safe, baca semua cite. Total story - 59 #banyaktau Publ...