Friendship Goals

1.1K 59 1
                                    

Sehun berasa lega kerana dia tidak mempunyai jadual hari ni. Hanya tunggu exo comeback nanti. Telefon diambil lalu berbaring di atas katil. Kalau dia tak ada jadual, inilah kerjanya. Kerja stalker komen yang diberikan oleh fans pada gambar yang dia pos di instagram semalam. Tapi bukan semua yang dia baca. Gila nak baca berpuluh ribu komen. Sampai esok pun belum tentu habis.

Satu lagi kerja yang dibuat Sehun ialah stalker instagram secret girlfriend nya. Oh Hayoung. Semua peminat tak tahu dia dan Hayoung bercinta. Nama pun bercinta secara diam, of course semua orang tak tahu. Mereka dah bersengkongkol dengan manager masing masing supaya papa Lee dengan papa Hong tak tahu. Kalau tahu ni mahu gaduh besar dua orang ni.

Apink magnae Oh Hayoung and Sf9 Kim Seok Woo or known as Rowoon spotted at Namsan Tower. Both are 96 liner look very happy together and some of fans bet they're couple....

cr @kpopmax

Muka Sehun berubah merah akibat menahan marahnya. Berita itu semakin tersebar luas di dunia internet. Semua media mengeluarkan berita yang sama. Banyak fans yang suka dengan berita itu. Kebanyakannya exo-l kerana rumours yang tersebar dulu tentang Sehun dan Hayoung tak betul.

"Kalau kau boleh buat, aku boleh buat lebih dari tu!"

...

Chorong berlari ke bilik Hayoung. Hanya dia dan Hayoung yang berada di dorm. Yang lain semua ada jadual mereka sendiri. Pintu bilik Hayoung dibuka dengan kasar. Hayoung yang sedang mendengar lagi terus mencampakkan headphone nya.

"Kenapa ni unnie?" tanya Hayoung. Takut juga kalau dia ada buat salah dengan Chorong.

"Hayoung tahu tak hot news pasal Hayoung sekarang ni?" Chorong memberi Ipad nya kepada Hayoung.

Hayoung terkejut. Macam mana berita ni boleh tersebar luas macam ni. Setahu dia, dia dan sahabat baiknya itu bukan artis yang terkenal. Jadi buat apa fans nak hebohkan benda macam ni. Kalau Sehun tahu mati dia.

"Unnie macam mana ni? mesti Sehun dah tengok ni" kata Hayoung dengan risau.

"Unnie tahu Sehun akan faham. Lagipun Hayoung dah bagitahu kan Hayoung nak keluar semalam" Chorong cuba memujuk.

"Tak. Hayoung tak bagitahu pun tapi Hayoung tak ada niat macam tu pun. Hayoung nak bagitahu tapi Sehun ada show masa tu" Hayoung menangis. Tubuh Chorong dipeluk.

"Unnie akan cuba tanya Suho. Mungkin dia boleh bantu Hayoung" Chorong mengusap kepala Hayoung.

"Tak payah. Nanti Hayoung akan jumpa dia dan cakap sendiri dengan Sehun"

Macam mana dia nak explain dengan Sehun nanti. Nak ke Sehun dengar penjelasan dia. Mesti Sehun tengah marah sekarang ni.

Telefonnya berbunyi. Dengan cepat Hayoung menekan butang hijau.

"Hello....ya aku dah tahu berita tu"

"Pas tu kau okay tak sekarang ni?" tanya si pemanggil.

"Aku okay tapi aku rasa Sehun yang tak okay. Aku rasa dia dah tengok berita tu" luah Hayoung. Serius rasa macam nak menangis.

Hayoung dah lama suka Sehun. Sejak mereka sekolah lagi. Bila dia dapat tahu Sehun pun suka dia, Hayoung rasa dia antara manusia yang paling gembira hari tu. Jadi dia tak nak dengan perkara remeh macam ni hubungan dia dan Sehun boleh putus.

[C] ONESHOT | Sehun HayoungWhere stories live. Discover now