Secret Wife

1.5K 64 5
                                    

Hidup tanpa kedua ibu bapa. Itu yang Hayoung rasakan selama 17 tahun. Kedua ibu bapanya terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa pulang dari kerja. Selepas kejadian itu, Hayoung diambil sebagai anak angkat oleh satu keluarga yang sangat baik hati padanya. Mereka mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Oh Sehun.

Selepas ibu bapa angkatnya berpindah ke Singapore, Hayoung telah sah menjadi isteri Sehun. Atau lebih tepat isteri simpanan Sehun kerana Sehun tidak pernah benarkan dia keluar dari rumah. Dia juga tidak tahu kenapa. Tapi Hayoung tak kisah, dia sudah terbiasa tinggal di dalam rumah yang tak ubah seperti istana itu.

Seminggu sekali atau lebih tepatnya setiap hari, Tzuyu dan Yeri yang merupakan adik perempuan kesayangan Sehun akan datang melawat Hayoung di rumah besar itu. Dua beradik itu lebih memilih tinggal bersama uncle Jimin dan aunty Seulgi mereka kerana mereka dijaga oleh aunty Seulgi sejak mereka kecil lagi.

"Unnie!" Tzuyu dan Yeri berlari lalu memeluk Hayoung.

"Kenapa dengan korang ni?"

"Saja. Rindu dengan unnie" kata Yeri.

Begitulah mereka setiap hari. Selepas pulang dari sekolah, mereka terus datang ke rumah Sehun untuk makan makanan yang dimasak Hayoung. Pernah sekali, Hayoung memasak untuk Sehun tetapi, belum sempat Sehun balik ke rumah, semua makanan yang Hayoung masak telah habis dimakan oleh Tzuyu dan Yeri.

"Unnie. Kalau kami nak tidur sini malam ni boleh?" tanya Yeri dengan muka comel.

"Unnie......"

"Tak boleh!" satu suara yang agak tegas datang dari pintu utama rumah besar itu.

"Oppa ni. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Bencilah macam ni" Tzuyu mula nak protes dengan perangai abangnya yang entah apa apa itu.

"Kan. Semua tak boleh. Hayoung unnie. Macam manalah unnie boleh kahwin dengan oppa kitaorang yang tak ada perasaan ni" Yeri mencebik.

"Eh! Suka hati oppa lah. Dah. Pergi balik. Menyemak je"

"Tak pe lah unnie. Kitaorang balik dulu. Semakin lama dalam rumah ni boleh mati kitaorang sebab kesejukan. Keturunan orang eskimo kut oppa kitaorang ni. Harap harap unnie dapat hidup. Pasang pemanas banyak banyak sikit" sindir Yeri. Hayoung menahan tawanya.

"Yelah. Tapi korang nak balik mana?" risau juga Hayoung. Dua beradik ni tak boleh diharap sangat. Merayap entah kemana nanti.

"Yeri nak pergi rumah aunty eunji dengan uncle Chanyeol"

"Tzuyu pula nak pergi rumah uncle DO dengan aunty Namjoo. Bye unnie. Jangan lupa pesanan Yeri tadi"

"Yelah. Jangan lupa bagitahu aunty Seulgi dengan uncle Jimin. Nanti mereka risau pula"

"Okay unnie. Kitaorang balik dulu" mereka memeluk Hayoung dan pergi dari rumah itu.

Selepas Yeri dan Tzuyu pulang, Hayoung dan Sehun kembali diam. Itulah keadaan mereka yang sebenar. Masing masing hanya diam. Mereka akan cakap bila perlu sahaja.

"Awak dah makan?" Sehun mengangguk lalu pergi tanpa menjawab pertanyaan Hayoung.

Hayoung membuang nafasnya. Kenapa perangai Sehun kepadanya tidak seperti lelaki lain. Dia melangkah keluar ke taman belakang rumah. Hanya tempat itu yang menjadi tempat untuknya bersedih dan bergembira. Bergembira? Never!

"Kenapa kau dengan rela hati mahu jadi isteri dia Hayoung. Tengok kau sekarang ni. Kau tak pernah gembira. Hidup kau hanya dalam rumah besar. Kau tak macam orang lain Hayoung"

Hayoung bercakap seorang diri. Air mata yang ditahan akhirnya jatuh juga. Kenapa hidupnya seperti ini? Adakah dia tak layak merasa kebahagiaan di dunia ini?

[C] ONESHOT | Sehun HayoungWhere stories live. Discover now