Oh Hayoung seorang gadis yang sederhana. Dia mempunyai seorang teman lelaki yang paling popular di sekolahnya tetapi mereka tidak seperti pasangan kekasih yang lain yang selalu bersama. Walaupun satu sekolah, mereka akan berjumpa pada waktu rehat sahaja.
Oh Sehun seorang lelaki paling popular yang digilai ramai wanita. Dia juga tidak tahu kenapa dia boleh menjadikan Hayoung sebagai teman wanitanya. Walaupun Hayoung ialah girlfriend nya, dia lebih memilih untuk bersama perempuan lain. Dia beruntung kerana Hayoung tidak pernah memarahinya mahupun kecewa padanya.
...
Semua pelajar bergegas keluar daripada sekolah dan menuju ke rumah masing² tapi tidak kepada Oh Hayoung. Dia masih menunggu Sehun di garaj. 5 minit menunggu, akhirnya kelibat Sehun kelihatan.
"Husband. Boleh tak temankan wife pergi kedai buku?"
"Husband busy. Wife pergilah dengan Yerin" itulah jawapan yang Hayoung selalu dengar. Hampir setiap hari Sehun cakap dia busy. Tidak lama kemudian, muncul seorang perempuan cantik.
"Chagi. Lama tunggu?" Perempuan itu menaiki motosikal Sehun lalu memeluk Sehun dengan erat. Hayoung menahan air matanya supaya tidak jatuh di depan Sehun.
"Hati hati awak" Sehun berlalu dengan perempuan itu. Air mata Hayoung jatuh juga akhirnya. Dia tidak kuat untuk semua ini. Kenapa dia terima pujuk rayu Sehun 2 tahun lepas. Tiba² satu tangan mengesat air matanya.
"Kan saya dah cakap, awak putus je dengan Sehun tu. Dia tu playboy" kata lelaki itu.
"Tak pe Chan. Saya ok. Jangan risau lah" Hayoung tersenyum kepada sahabatnya itu. Changkyun atau lebih dikenali sebagai IM itu selalu ada bila dia sedih.
"Awak selalu cakap macam ni. Kalau saya jadi awak, dah lama saya tinggalkan si Sehun tu. Dia tu memang tak berhati perut langsung. Ada ke patut dia tinggalkan girlfriend dia sedangkan dia berseronok dengan perempuan lain. Aish..tak fahamlah saya" Hayoung hanya mampu senyum mendengar sahabat baiknya membebel.
"Biarlah. Kalau itu yang boleh membuatkan dia bahagia. Saya tak kisah pun. Yang awak membebel lebih dari ibu saya dah kenapa"
"Tak de lah. Saya just kesiankan awak je. Tapi kalau awak jadi girlfriend saya kan bagus. Saya akan layan awak lebih baik dari Sehun. Saya akan layan awak seperti princess. Nak tak?" Hayoung mencubit lengan IM.
"Mulalah tu nak mengarut. Dah. Jom temankan saya pergi kedai buku. Lepas tu awak belanja saya ais krim" Hayoung melangkah masuk ke dalam kereta IM. IM menggelengkan kepalanya.
"Sepatutnya, awak yang belanja saya. Kenapa saya pula harus belanja awak?"
"Sebab awak handsome hari ni" Hayoung mencubit pipi IM.
"Ouh. Patutlah semua perempuan pandang saya semacam je hari ni. Rupanya saya handsome. Haha" mereka berdua ketawa.
Kalaulah Sehun seperti IM. Mungkin dia perempuan paling bahagia di dunia. Hakikatnya, Sehun tidak seperti IM.
...
Hayoung melangkah masuk ke dalam library. Dia berniat untuk mencari buku rujukan bahasa inggeris. Tapi dia mengurungkan sebentar niatnya kerana seorang lelaki telah menarik perhatiannya. Dia tersenyum lalu berjalan ke arah lelaki yang sedang membaca buku itu.
"Hi husband" Hayoung memperlahankan suaranya.
"Wife nak apa?"
"Saja nak berbual dengan husband. Tak boleh ke?"
"Yup! Sebab di sini tempat untuk membaca buku bukan di cafe" Sehun bangun dan berlalu pergi meninggalkan Hayoung. Hayoung hanya pasrah. Dia sudah terbiasa dengan sikap Sehun yang selalu mengabaikannya. Hayoung kembali mencari buku rujukan dan berlalu pergi dari library.
YOU ARE READING
[C] ONESHOT | Sehun Hayoung
Fanfiction«Story collection of Oh Couple» [170822] Highest ranking #35 in fanfiction Firstly, tolong jangan judge tajuk dgn cerita. Tajuk tak best, tak semestinya cite dia tak best. So if you want to be safe, baca semua cite. Total story - 59 #banyaktau Publ...