Running Bride

1K 62 0
                                    

Dua orang perempuan sedang bersiap siap Hayoung. Hayoung akan berkahwin dalam masa beberapa jam lagi. Bukan air mata gembira yang mengalir sebaliknya air mata kesedihan. Kenapa dia dipaksa kahwin dengan orang yang dia tak cinta.

Ibu!! Hayoung nak ibu. Kenapa ibu tinggalkan Hayoung?

"Jangan menangis. I dah penat nak make up you. You asyik nangis je!" marah perempuan yang sedang make up Hayoung.

"I tak suruh you make up I pun! Dah lah! Tak payah make up I. I tak suka" Hayoung marah balik.

"Kalau I tak make up you, I kena bunuh dengan papa you! You tahu kan papa you tu bapak segala gangster!"

"Kisah pulak I. Yang kena bunuh tu you bukan I! Blah lah!" Hayoung menepis tangan perempuan itu yang hendak meletakkan lipstik di bibir Hayoung. Perempuan itu menahan marahnya. Dia tak boleh buat apa apa pada Hayoung.

Selepas selesai bersiap, dua orang perempuan itu keluar. Mereka berdua pergi selepas dibayar papa Hayoung. Hayoung pula sedang termenung di atas kerusi. Dalam masa sejam lagi dia akan dikahwinkan.

Papa kejam!

Otak Hayoung lihat berfikir. Walau dengan apa cara sekalipun, dia harus pergi dari neraka ni. Dia tak nak hidup dengan lelaki yang dia tak cinta. Hayoung melihat lihat di luar biliknya. Tiada orang. Sunyi. Mungkin anak buah papa Hayoung sedang berparty dalam rumah.

Hayoung senyum. Untung bilik dia di tingkat bawah. Senanglah kerja dia. Tak perlu susah susah. Cuma buka tingkap dan lari sekuat hati. Tak sempat untuk tukar baju. Hayoung membuang heel dan dipegang. Tingkap dibuka Hayoung. Dia melangkah keluar dan lari.

Wah! Party sangat dorang ni sampai tiada siapa yang jaga di luar. Party lah sampai mati. Padan muka. Ini Hayoung lah!

Hayoung berlari sekuat tenaga dengan memegang heel dan juga gaun nya yang labuh itu. Tiada orang di kawasan rumahnya. Rumahnya terletak di kawasan yang sunyi. Perlu 15 minit untuk ke jalan raya. Penat weh!

"Bos! Anak bos hilang!" salah seorang anak buah papa Hayoung mengadu.

Eleh! Macam budak budak mengadu.

"Lepas tu kau nak aku buat apa? Carilah bodoh!" papa Hayoung memukul salah seorang anak buahnya.

Hayoung berjalan apabila dia sedar dia sudah berlari agak jauh dari rumahnya. Penat giler. Tapi demi masa depannya, dia sanggup lari.

"Tu anak bos! Kejar dia!" arah salah seorang anak buah papa Hayoung.

Shit! Asal dorang cepat sangat. Penat aku pun belum hilang lagi. Damn it!

Hayoung berlari lagi. Apabila dia semakin jauh dan of course penat, dia sembunyi di satu tempat. Untung badannya tidak besar. Hayoung bersembunyi di belakang tong sampah. Mereka hanya berlari ke depan tanpa melihat ke sebelah. Hayoung terlepas. Sebelum mereka datang lagi, Hayoung terlebih dahulu lari.

Pinnn!

Hayoung berhenti di tengah jalan dan menutup telinganya. Setelah merasa dirinya tidak jatuh, Hayoung membuka matanya. Dia tidak dilanggar kereta! Tanpa berfikir panjang, Hayoung masuk ke dalam kereta itu. Dia melihat lihat jika anak buah papanya datang.

"Awak tolong jalan. Ada orang kejar saya. Please!" Hayoung merayu kepada lelaki yang memandu kereta ini.

"Pakai seatbelt" lelaki itu terus pergi dari situ.

Hayoung merasa lega. Akhirnya dia terlepas dari papanya. Tapi dia tak janji papanya akan mencarinya sampai lubang cacing. Ini kerja gila!

"Kenapa dorang kerja awak?" tanya lelaki itu.

[C] ONESHOT | Sehun HayoungWhere stories live. Discover now