Reunion

943 60 5
                                    

Hari ni merupakan hari perjumpaan Hayoung dan kawan kawannya yang satu kelas sejak berumur lima tahun. Mereka semua terpisah sejak masing masing dapat sekolah yang berlainan. Tapi hari ni dia akan berjumpa semula dengan mereka semua. Ini semua cadangan Joy. Joy yang mengatur semua ini.

Wah! serius tak sabar jumpa dorang semua. Mesti muka dah lain kan. Ada yang tinggi, ada yang rendah. Dan semestinya mereka ada kekasih sendiri. Bukan macam aku, semua lelaki tak nak dekat aku. Huhu..

Bukan lelaki yang tak nak dekat kau tapi kau memilih sangat. Lelaki ni tak suka, lelaki tu tak suka. Hmmm..

Hayoung memakai baju dan skirt hitam. Tidak lupa juga kasut adidas putih hitam. Memang hipster habis Hayoung ni. Masuk je dalam mall, semua orang pandang Hayoung. Rimas juga dia.

Joy ada menempah bilik khas untuk mereka semua. Bilik itu agak besar dan selesa. Cukup untuk 27 orang. Muka 27 orang nilah yang Hayoung hadap dari  5 tahun sampai 12 tahun.

Tapi satu je Hayoung tak suka. Sejak mereka semua berpisah, orang yang paling Hayoung benci ialah Sehun. Sombong!

Akhirnya Hayoung sampai di depan pintu bilik itu. Nervous! First time jumpa dorang selepas 12 tahun. Joy cakap semua dah sampai. Cuma dia sorang je. Lagi nervous lah jawabnya.

Buka je pintu orang pertama yang dia nampak ialah Sehun. Semua mata memandangnya. Pintu ditutup semula. Malas nak masuk kalau Sehun ada.

"Kenapa Hayoung tak masuk?" tanya Sejun.

Semua orang menayangkan muka tanda tanya.

"Aku tahu kenapa" Sehun bangun lalu mengejar Hayoung.

Hayoung merasa ada satu tangan yang menariknya. Untung dia tak jatuh. Kalau tak free je lantai dapat ciuman Hayoung.

"Kau nak apa?" tanya Hayoung.
Mereka berdiri di hadapan besi penghadang. Hayoung hanya melihat manusia yang berjalan di bawah.

"Kenapa kau tak masuk?" tanya Sehun pula.

"Suka suka akulah nak masuk ke tak nak. Kau sibuk pehal" marah sungguh Hayoung dengan Sehun.

"Sebab aku kan?" kata Sehun lagi.

"Tahu pun"

"Aku tahu kau marahkan aku sebab tak tegur kau masa aku pergi sekolah kau dulu"

Hayoung diam.

"Okay. Cuba kau bayangkan. Masa tu kau dengan kawan kawan kau. Tak kan aku nak tegur. Kalau aku dengan kawan kawan aku pun kau tak kan tegur kan. Kau pun malu. Macam tu jugak aku" terang Sehun.

"Ouh! kalau dengan aku kau malu. Dengan orang lain kau tak malu pula? Dah lah! Kau boleh pergi dengan kau punya malu tu. Aku nak balik. Bagitahu dorang aku tak dapat join korang" kata Hayoung lalu pergi dari situ.

Sehun merasa bersalah. Dia melihat Hayoung yang sudah sampai di bawah. Tidak lama kemudian, dia juga turun dan berlari mengejar Hayoung yang sudah keluar dari pintu masuk mall.

"Hayoung tunggu!" Sehun menarik Hayoung ke satu tempat.

"Kau ni kenapa?"

"Aku minta maaf. I love you" kata Sehun.

Hayoung berubah jadi patung. Dia sempat suka Sehun waktu dulu. Tapi masa tu dia masih muda lagi.

"Apa kau cakap?"

"Aku sayang kau Hayoung. Dah lama aku suka kau. Ini juga salah satu sebab kenapa aku tak tegur kau kalau aku terserempak dengan kau. Bila aku nak pergi dekat dengan kau je, jantung aku berdebar"

Hayoung diam.

"Jadi, will you be my girlfriend?"

Arghhh! Sehun minta dia jadi girlfriend dia lah. Mimpi ke ape ni?!

"Ya. Aku nak. Aku pun dah lama sukakan kau. Sejak kau buat account instagram"

"Ouh! kau stalk aku ya. Pandai kau kan" Sehun mencubit pipi Hayoung.

Sehun membawa Hayoung ke atas semula. Hari itu merupakan hari yang paling gembira buat Hayoung. Dia dapat kumpul dengan kawan kawan dia yang lain. Terutamanya best friend dia Sana.

The End

Best ke tak? Haha..100% sure tak best😒 500+ word je pun. Hmm...

#MASHIE에이핑크

Saturday
08.07.2017

[C] ONESHOT | Sehun HayoungWhere stories live. Discover now