"TAK NAKKKK!!" Hayoung menarik tangannya apabila nurse memegang lengannya.
Tak padan dengan sakit. Boleh pula dia lawan nurse dengan doktor. Hayoung ni memang tak suka datang hospital. Sogok dia 1 juta pun dia tak kan datang. Jangan haraplah!
"Cik Hayoung. Kami tahu cik Hayoung anak dari presiden hospital ni. Tapi tolong jaga perangai sikit. Daddy cik suruh kitorang rawat cik. Cik tengah sakit sekarang ni. So kalau sakit buat cara sakit! Jangan menyusahkan orang boleh?!" marah doktor itu.
Gila kau tak marah. Dia dah berdiri situ 30 minit kot. Tak pernah lagi dia jumpa pesakit degil macam ni selama dia jadi doktor.
"Tapi saya tak nak doktor faham tak?! Saya tak suka datang hospital. Tambah lagi kalau perlu cucuk bagai. Saya gastrik je pun. Makan ubat sihatlah. Tak payahlah perlu cucuk bagai!" Hayoung masih degil.
Geleng kepala doktor itu dibuatnya. Degil sungguh Hayoung. Doktor itu menghembuskan nafasnya. Boleh gila dia macam ni.
"Cik Hayoung. Cik tak malu ke semua orang perhatikan cik?"
"Kisah! Lantak doranglah! Dorang ada mata. So why not"
"Cik Hayoung..."
"Kenapa ni?" tanya seorang lagi doktor yang baru datang.
"Owhh! Sehun hyung. Ni anak presiden degil tak nak cucuk" mengadu doktor yang bernama Lim Sejun itu kepada doktor muka ketat itu.
Sehun menatap Hayoung. Takut juga Hayoung tengok muka yang tak ada senyum itu. Tapi dia tetap tak nak cucuk. Jangan haraplah! Ingat senang senang ke nak cucuk aku. Hayoung melihat ke arah lain.
"Aaaaaahhhhh!!" Hayoung menjerit. Doktor Sehun dah pun cucuk dia masa dia pandang muka ke arah lain.
Tak guna punya doktor. Dia dah ambil kesempatan untuk cucuk aku. Doktor Lim Sejun ketawa bersama dua orang nurse.
"Siap. Lepas ni jangan bagi dia balik. Dia perlu dirawat di hospital ni sampai dia betul betul sihat. Faham?" kata Sehun. Nurse hanya mengangguk.
"Sejun. Hyung minta maaf kalau dah masuk campur dalam hal pesakit Sejun. Hyung tahu hyung tak sepatutnya buat macam ni"
"Eh! Jun okay je. Jun nak terima kasih lagi ada lah. Kalau hyung nak ambil terus pesakit ni pun Jun tak kisah"
"Okaylah. Hyung pergi dulu"
Hayoung sudah tidur selepas disuntik Sehun tadi. Hospital itu kembali sunyi seperti selalu. Kalau tak suara Hayoung je yang pesakit dan doktor disitu selalu dengar.
...
Tepat jam 11 malam, Hayoung terjaga. Perut dia sakit sangat. Doktor cakap dia tak boleh makan makanan berat berat lagi. Tapi serius dia lapar sekarang ni. Telefon diambil lalu Hayoung menelefon seseorang. Ni tak lain mesti kawan baik dia, Kang Daniel. Dorang ni dah kawan sejak kecil lagi. Macam macam masalah dorang buat sama sama.
Tidak lama kemudian, telefon dia berbunyi lagi.
"Kau dah sampai ke?"
"Dah. Aku tunggu kau kat depan. Ke kau nak aku masuk ambil kau"
"Eh! Tak payah tak payah! Aku sendiri yang akan keluar. Kau standby je kat luar tu"
"Okay. Aku tunggu"
Hayoung menarik wayar IV dari tangannya. Darah mengalir keluar. Cepat cepat dia letak tisu. Dengan perut yang sakit, Hayoung berusaha juga jalan keluar dari hospital. Dia menukar baju terlebih dahulu supaya orang tak dapat kenal dia. Terutama Doktor Lim Sejun. Mati dia kalau jumpa doktor tu.
YOU ARE READING
[C] ONESHOT | Sehun Hayoung
Fiksi Penggemar«Story collection of Oh Couple» [170822] Highest ranking #35 in fanfiction Firstly, tolong jangan judge tajuk dgn cerita. Tajuk tak best, tak semestinya cite dia tak best. So if you want to be safe, baca semua cite. Total story - 59 #banyaktau Publ...