Kedengaran bunyi tapak kakinya berlari laju. Jelas bergema .Kuat sekali bunyinya.
Sesekali dia menoleh ke belakang. Terasa seperti ada yang mengerjarnya. Namun, pasti tiada siapa pun. Adakah dia hanya takutkan bayang-bayang sendiri?
Detak jantung yang sudah kencang semakin laju. Pandangannya gelap tapi dia teruskan berlari dan kekal berlari. Namun, tempat tersebut seperti tiada penghujung. Dia hanya berlari di kawasan yang sama.
Kusut. Keliru. Semuanya berkecamuk.
Dia tak tahu di mana dirinya. Dia tak tahu mengapa dia ke sini, macam mana dia ke sini. Namun, yang pasti , tiada jaminan yang dia mampu keluar dari tempat ini.
Bangunan usang diterokainyalagi dan lagi. Jalan keluar perlu di cari secepatnya. Ini kerana dia tahu, bila-bila masa sahaja nyawanya mungkin menjadi taruhan. Seolah-olah ada hembusan malaikat maut di sekelilingnya sahaja. Memerhati dan menunggu saat yang tepat merentap keluar nyawanya.
Takut. Sememangnya dia takut. Terutamanya bila dia tahu dengan siapa dia akan berhadapan.
BAM! BAM !
"Faizal!" Suara itu. Dia kenal suara itu.
Dua das bunyi peluru sudah cukup membuatkan jantungnya luruh. Dia menutup telinga dan berusaha berlari keluar.
"Tolong! Tolong aku! Keluarkan aku Dari sini!!!!!"Jeritnya sekuat hati. Perasaanya bercampur baur. Tekaknya sakit terlalu banyak menjerit. Tapak kakinya juga makin berdarah kerana dia berlari tanpa kasut. Entah benda tajam apa yang dia pijak, kakinya sangat perit.
Walaupun perit, dia teruskan juga mencari jalan keluar. Dia tak mahu mati sia-sia.
Dia belari laju menuruni tangga usang. Dalam dia berlari dia terpijak sesuatu.
"Argh."Dia berpaut pada dinding. Sakitnya Ya Allah.
Matanya sudah berair, namun dia masi nampak jelas, paku itu sudah menembusi daging di bahagia tapak kakinya.
"Ya Allah.." Lirih dia teresk-esak. "Selamatkan aku Ya Allah."
Dia mengesot untuk terus berjalan. Dia tak boleh mengalah. Tiba di tingkat paling bawah , akhirnya dia dapat melihat keadaan tempat itu lebih jelas.
Banglo lama dan berusang. Dia tak tahu macam mana dia sampai di sini. Keluasaan banglo itu sudah cukup menggambar kemewahan bangunan tersebut. Namun, apa yang dia lihat kini hanyalah keadaan yang penuh debu dan berlumut.
Mungkin banglo ini telah ditinggalkan bertahun-tahun lamanya. Dia ternampak pintu besar banglo tersebut. Dia meluru ke arah pintu tersebut dan cuba membukanya. Luka kakinya berdenyut hebat, tapi di biarkan sahaja. Nyawanya lagi penting.
Pintu tersebut terkunci kuat . Tak guna! Harapannya untuk lari sudah mati.
"Kau nak pergi mana?"Tanya suatu suara dengan penuh meleret.
Tangannya mengigil ketakutan. Perasaannya tidak dapat digambarkan lagi.
"Allah. Allah. Allah."Dia terus menerus menyebut nama yang Esa.
"Takut?"Tanya suara itu.
Dia terkelu. Suara itu.
"Hahahaha.Aku tak tahu lah kau ni bodoh ke atau terlalu berani..."Ejek suara itu. Suara tersebut semakin kuat kedengaran. Dia makin mendekat.
Tap!Tap!Tap!
Bunyi tapak kaki seseorang menuruni tangga bergema di seluruh banglo itu.
Faizal berpaling ke arah tangga dan matanya bertentangan dengan lelaki itu.Nafasnya bagai tersekat di kerongkong. Rahangnya bergetar laju.
"Tu,tu..tuan.."ucapnya dalam getar.
"Kau masih ingat lagi pada kau, Faizal?"lelaki itu menyebut namanya. Terasa seperti ada belati yang melibas kalbunya.
Faizal tersentak. Darah seakan menyerbu mukanya. Nafasnya semakin laju.
"Eh!Eh! Janganlah takut. Aku cuma terkenang sekejap. Betapa, setianya kau pada aku....lelaki muda yang yang penuh cita-cita. Impian yang besar. Penuh dengan idea-idea beru yang bernas. Aku percaya pada kau."Senyuman di bibir lelaki itu memudar. Rahangnya diketap geram.
"Tapi kau pilih untuk khianati aku...."Tempelak lelaki itu. Pistol M1911 di tangannya di acu ke kepala Faizal.
"Tu..Tuan.Jangan bunuh saya."rayu Faizal. Air matanya menitik laju .
"Tolong saya. Ka..kasihanilah saya..tu..tuan...."Faizal berkata dalam gementar. Matanya dapat melihat jelas. Muncung pistol itu dihalakan tepat ke mukanya..
"Tu..Tuan?"
Lelaki itu tersenyum senget. Selaras pistol di kemaskan."
You know what? I like you, Faizal.But you talked too much..."
BAM!
-----------------------------------
Here we go! This is my second novel after TIMELESS LOVE!. Saya tahu novel pertama sangat disukai para pembaca...so..saya harap novel kedua ini pun mendapat sambutan dan sokongan juga..keep voting and reading ,okay! Leave your comments to!
-----------------------------------
YOU ARE READING
Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal Terbit
غموض / إثارة🌸🌸🌸🌸 "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Maya, artis wanita paling popular! " Oh please! MAYA IRDINA JATUH CINTA? Dengan polis yang patutnya me...