Bab 1
Kadangkala, sesuatu yang berlaku dalam hidup kita tanpa kita duga akan membawa satu perubahan besar untuk kita menghadapi masa-masa yang akan datang. Sesuatu yang bukan keinginan kita sendiri. Mahu atau tidak kita perlu menerimanya dan terus berada di situ untuk memainkan peranan. Walaupun ia akan mempertaruhkan nyawa kita sendiri.
Perkara yang berlaku beberapa tahun sebelum ini benar-benar memberi impak yang besar buat mereka. Peperangan dan pertarungan yang mengorbankan banyak nyawa. Termasuklah ketua mereka sendiri. Puak huruf. Itu adalah keluarga baru mereka dan mereka harus meneruskan semua tradisi yang mereka pelajari sebelum ini. Segala apa yang diajar, mereka titikberatkan satu-persatu. Itu pesanan terakhir ketua mereka. Teruskan apa jua misi yang akan datang.
Sehun melangkah keluar dari bilik batu itu sambil menggosok-gosok mukanya dengan tangan kanan. Tangan kirinya pula sedang memegang satu buku tebal lama dengan lapik berkulit. Dia memandang sekeliling tempat itu. Ruang yang selalunya akan menjadi tempat mereka berkumpul, berbincang dan sebagainya.
Dia terpandang Xiumin yang sedang membaca surat khabar di meja makan sambil minum secawan kopi. Lelaki itu benar-benar memainkan peranan Kris. Dia sentiasa keluar dari markas untuk mencari apa-apa petunjuk. Hanya beberapa kali sahaja dia akan keluar bersama Sehun. Dia selalunya akan pergi sendiri.
Chanyeol pula kini sedang melakukan kerjanya di dapur menggantikan tugas Kyungsoo sebelum ini. Mujur dia mampu melakukannya. Chen pula hanya berdiri di sebelahnya sambil memerhatikan setiap pergerakan lelaki itu. Dia pernah sekali cuba untuk bekerja di dapur ketika Chanyeol tiada di markas dan hampir menyebabkan dapur itu terbakar. Sejak itu, mereka tidak mahu Chen melakukan apa-apa di sana.
Xiumin segera mendongak apabila Sehun menyertainya di meja dengan meletakkan buku tersebut di situ.
"Macam mana.? Dah dapat apa-apa atau belum.?"
Sehun mendengus perlahan. "Saya benar-benar tak boleh baca tulisan dalam buku ni. Terlalu purba."
"Tapi..." Chanyeol bersuara ketika dia dan Chen menyertai dua lelaki itu di meja makan sambil menghulurkan secawan kopi kepada Sehun. "Saya tak rasa itu tulisan purba."
"Apa maksud awak.?" Sehun mengerutkan dahinya.
"Saya tak rasa semua tulisan dalam ni purba ataupun wujud di mana-mana sebelum ni." Chanyeol memandang sekali imbas buku yang berada di atas meja itu. "Saya rasa ia memang dibuat secara terperinci oleh puak kita."
"Kenapa pula macam tu.?" Giliran Chen untuk bertanya.
"Saya dah cari benda ni dari dulu sampai sekarang." Chanyeol bersuara serius. "Saya tak jumpa apa-apa tulisan jenis ini. Ia tiada dicatat dalam mana-mana sejarah. Dan saya rasa ia hanya dibuat oleh puak huruf."
Chen mendengus perlahan. "Kita sepatutnya belajar benda ni dari Baekhyun."
"Kalau kita belajar pun rasanya ambil masa." Xiumin mengeluh. "Lagipun masa tu kita sibuk dengan latihan perang dan tak ada masa nak fikir pasal ni."
"Ya." Sokong Chanyeol. "Dan kita tak tahu pula tak ada seorang pun penaung yang tinggal."
Kenyataan itu membuatkan keadaan menjadi sunyi sepi. Pelbagai perkataan sensitif sentiasa mematikan perbualan mereka. Benar. Mereka benar-benar hilang arah tanpa seorang pun penaung puak huruf yang tinggal. Menjadi penaung baru tanpa tahu apa-apa mengenai sejarah puak itu cukup merumitkan keadaan. Sehingga kini mereka juga tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Siapa lawan mereka juga tidak dapat dikenal pasti. Selama beberapa bulan tinggal bersama di situ, keadaan menjadi lebih kekok dari biasa. Apa yang mereka tahu, mereka perlu mengumpulkan semua ahli puak huruf yang baru.
YOU ARE READING
Huruf II (EXO Version) ✔
FanfictionMALAY = HURUF II EXO VERSION (SEQUEL) Warning:::Jangan baca ni kalau belum baca buku pertama. And don't spoil it with reading the original version one. Sehun, Xiumin, Chanyeol dan Chen memulakan semuanya kembali.Berbekalkan apa yang penaung lama...