Ini Penentuannya

1.6K 138 28
                                    

Bab 52

Letupan demi letupan semakin jelas kedengaran dari segenap arah. Sesiapapun tidak tahu dari mana arah datangnya yang tepat. Pelbagai cahaya aneh sedang berlegar-legar di ruang udara. Satu-persatu mempunyai fungsi yang berbeza. Gegaran turut dirasai pada bumi yang dipijak. Bahaya kini ada di mana-mana.

"Apa yang berlaku.??" Pekik Jimin dalam keadaan panik apabila keluar dari biliknya bersama Junhui dan Jin.

Daehyun, Seungcheol dan Mark yang juga baru keluar dari bilik mereka dalam keadaan cemas tidak menjawab. Mereka juga tidak tahu apa yang sedang berlaku. Suho memandang sekeliling dengan wajah yang masih separuh sedar. Youngjae pula sedang mendongak ke langit dengan mata yang dibesarkan.

"Apa hal ni.??" Hoshi bertanya dalam keadaan masih dengan baju tidurnya. Matanya terbuka luas tidak berkelip. Woohyun dan V pula berjalan perlahan-lahan sambil menggosok mata.

"Mark!! Awak tak apa-apa.??" Bambam segera berlari ke arah teman lelakinya dengan wajah yang risau.

Mark hanya mampu menggeleng dengan dahi yang berkerut. Apa yang berlaku saat ini lebih menjadi keutamaan. Yixing dan Zitao tiba dengan wajah kebingungan. Mereka terus memandang sekeliling tanpa bertanya apa yang sedang berlaku. Jongin turut memandang sekeliling. Cuba mencari jawapan sendiri.

"Ada yang tak kena." Jungkook menggumam dengan kepalanya masih mendongak ke langit. Ke arah cahaya yang kini semakin menipis.

Hoya dan L turut melakukan hal yang sama seperti lelaki berlesung pipit itu. Mereka mendongak dengan dahi berkerut.

"Mana semua penaung.??" Tanya V sambil memandang sekeliling apabila menyedari perkara itu. Semua kini mula mencari. Berharap akan menemui kelibat penaung mereka dalam keadaan kalut itu.

BOOM!!!!!

Sekali lagi letupan itu bergema. Semua orang kini semakin panik. Tidak tahu apa yang berlaku. Tidak tahu apa yang hendak dilakukan.

"Hei!!"

Semua orang terkejut apabila melihat kelibat Kyungsoo sedang berlari ke arah mereka bersama Baekhyun dan Luhan.

"Kyungsoo!!" Jongin segera mendapatkan lelaki itu.

Kyungsoo tidak mampu membalas. Dia berusaha membetulkan pernafasannya dalam masa yang singkat.

"Baekhyun! Luhan!" Jungkook menjerit. "Mana yang lain.??"

"Mereka adalah klon." Kyungsoo memberitahu dalam keadaan tercungap-cungap membuatkan semua orang terkejut seketika.

"Habis tu mana mereka.??" L mengerutkan dahinya.

"Hoshi, Woohyun, Youngjae..." Kyungsoo memandang ketiga-tiga orang itu langsung tidak berminat untuk menjawab soalan L. "Kamu bertiga ikut saya."

Hoshi dan Woohyun berpandangan seketika.

"Kita diserang kan.??"

Pertanyaan itu membuatkan semua orang memandang Youngjae yang kini seperti hendak menangis.

"Saya dapat rasa. Mereka datang."

"Kita tak ada masa!" Kyungsoo menderam. "Yang lain pergi kejar mereka. Pertempuran dah bermula."

Semua orang hanya mampu berpandangan. Tidak tahu bagaimana hendak memberi reaksi pada ketika itu.

"Cepat pergi!!" Kyungsoo membentak hilang kesabaran.

Semua orang mula tergopoh-gapah untuk pergi. Ada yang masih melangkah dengan berat hati. Memikirkan bagaimana mereka setuju untuk terperangkap dalam situasi seperti itu. Tiada siapa yang tahu apa bakal terjadi selepas ini. Bagaimana rupa pertempuran itu juga tiada siapa yang tahu.

Huruf II (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now