Pasal Kuasa

2K 134 9
                                    

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Picture is Kris (EXO) as Kris (Huruf K).


Bab 32


Luhan dan Kris berdiri bersebelahan sambil berpeluk tubuh dengan wajah yang serius. Kyungsoo masih bekerja di dapur seperti biasa dengan bantuan Seungcheol dan Jongin, yang kini sudah boleh menerima keadaan itu. Kawan-kawan mereka yang lain semua berada di situ. Duduk mengelilingi tempat itu dengan wajah yang tidak tahu hendak berkata apa-apa. Mata mereka hanya tertumpu pada dua lelaki itu. Chanyeol, Xiumin, Sehun dan Chen turut menanti apa yang mereka akan katakan.

"Kalau saya masih hidup..."

Serentak semua orang berpaling memandang Luhan.

"Mesti Baekhyun masih hidup." Luhan menarik nafas panjang.

"Tapi..." Chanyeol berdehem seketika sambil berfikir. "Kita nampak dia dibunuh oleh musuh kan.??"

"Ya." Chen menyokong. "Cara kamu semua mati agak berbeza. Kris dan Kyungsoo dibunuh oleh...." Chen memandang Zitao sekali imbas tanpa dia sedar dia melakukan perkara itu. "Tao. Luhan letupkan dirinya... Baekhyun satu-satunya orang yang dibunuh oleh musuh."

"Dan setakat ni tak ada di kalangan Huruf yang masih hidup bila dibunuh oleh musuh." Sehun menambah.

"Tapi saya bunuh Tao."

Ada beberapa orang dalam kalangan mereka agak terkejut mendengar kenyataan itu. Mengetahui ada dalam kalangan mereka yang membunuh sesama sendiri.

"Dan dia dah mati." Luhan bersuara lagi. "Maksud saya Zitao ada kat sini. Dan dia tak akan kembali kan."

"Tapi ingat tak macam mana Tao kongsi kuasa dengan perempuan tu.??" Kris mengangkat keningnya. "Mana kita tahu Tao dah benar-benar mati."

"Wuoh! Wuoh!" Hoya yang dari tadi duduk diam segera menyampuk secara tiba-tiba. "Boleh tak kamu berbincang melibatkan kami sekali.?? Jangan lah buat kami macam tunggul kat sini."

Serentak Luhan dan Kris memandang semua orang yang ada di situ. Hampir semua mereka menunjukkan wajah yang bersetuju dengan apa yang Hoya katakan.

"Maaf." Luhan menarik nafas panjang kemudian berfikir seketika. "Okey... Macam ni... Kamu semua dah sedia maklum bahawa kami... Saya, Kris dan Kyungso dah mati sebelum ni kan.??"

Semua orang mengangguk-angguk tanda mengiyakan perkara itu.

"Dan cara kami semua mati sebenarnya berbeza..." Luhan menggigit bibirnya seketika. "Kris dan Kyungsoo dibunuh oleh salah seorang daripada puak ini sendiri. Baekhyun mati dalam pertempuran. Dia dibunuh oleh musuh. Saya pula letupkan... Diri."

"Kenapa awak letupkan diri awak.?" L mengecilkan matanya memandang lelaki itu.

"Sebab itu satu-satunya cara yang ada masa tu." Luhan mengangkat bahunya. "Kami tinggal berlima dengan bilangan musuh yang berjuta-juta..."

Serta-merta mulut mereka terlopong.

"Hanya itu satu-satunya jalan." Luhan menyambung. "Daripada kami semua terbunuh dan tiada siapa meneruskan generasi puak ni."

Sehun, Xiumin, Chanyeol dan Chen segera tunduk apabila mendengar alasan itu. Mereka menghabiskan masa selama empat tahun memikirkan kenapa Luhan ingin bertindak sendirian suatu masa dahulu. Kini mereka sudah faham. Jika dia tidak melakukan itu, tiada siapa yang akan mencari dan mengumpulkan puak Huruf.

Huruf II (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now