Sukar

1.9K 130 9
                                    

>>>>>>>>>>>>>>>>>>> The picture of Kai from EXO as Jongin (Huruf J).

  

Bab 27


"Kenapa kamu tak ambil dia terlebih dahulu dari saya kalau kamu rasa itu adalah Kris.?!"

Kyungsoo hampir sahaja menjerit di kaki lima itu. Xiumin dan Chen mendengus perlahan tidak tahu hendak membalas apa. Jongin turut berada dalam misi itu untuk memberi perlindungan pada Kyungsoo.

"Kami tak dapat pastikan itu adalah dia!" Chen membalas. "Tengok lah macam awak. Pun sukar untuk kami pastikan. Kami langsung tak sangka bahawa awak adalah Kyungsoo yang kami kenal."

Kyungsoo beralih memandang Xiumin. "Takkan awak pun tak kenal dia, Xiumin.? Saya tak rasa sepatutnya macam tu."

"Saya jadi teruk masa pertama kali jumpa dia!" Xiumin menggerutu. "Tapi semua benda jadi mustahil, Soo... Kami nampak dia mati depan mata kami sendiri. Apa yang awak harapkan untuk kami percaya.?"

Kyungsoo mendengus kuat.

"Lagipun dia jadi lain..." Chen menambah. "Lain dari Kris yang kami kenal. Ada sesuatu yang lain."

"Awak rasa saya sama ke dengan 'D.O.??" Kyungsoo mengangkat keningnya memandang kedua-dua orang itu.

Serentak Xiumin dan Chen terdiam. Ada benarnya apa yang lelaki itu katakan. Mereka juga langsung tidak sama.

"Saya harap kita betul." Ucap Xiumin penuh harapan. "Saya harap itu adalah Kris."

Kyungsoo mengangguk bersetuju. Dia juga berharap perkara yang sama.

"Tu dia!"

Serentak mereka semua berhenti berjalan apabila Chen menuding ke arah sesuatu. Seorang lelaki berambut perang yang disikat rapi sedang berbual dengan seorang lelaki berumur di hadapan sebuah kedai. Mereka semua cuba memerhatikan gerak-geri lelaki itu. Mata Xiumin mula berkaca penuh harapan. Kyungsoo pula hanya menunggu lelaki itu berpusing sepenuhnya untuk dilihat.

"Apa awak rasa.?" Bisik Xiumin.

Kyungsoo mengangkat bahunya sambil berkerut masih merenung lelaki itu. "Saya tak nampak muka dia sepenuhnya."

"Tunggu je dulu." Arah Chen.

Tiba-tiba sahaja lelaki itu berjalan pergi entah ke mana setelah selesai bercakap dengan lelaki tua tadi.

"Dia nak ke mana tu.?" Gumam Chen.

"Jom ikut." Arah Xiumin.

Tiada siapa yang membantah. Mereka semua segera menyusul lelaki itu seperti sekumpulan samseng yang ingin menculik seseorang. Mereka memandang sekeliling. Cuba memastikan ia kini selamat untuk menyapa lelaki itu.

"Hei!"

Lelaki berambut perang itu segera berhenti berjalan apabila lengannya dicengkam oleh seseorang. Dia berpaling menoleh memandang ke belakang dan terkejut melihat Xiumin berdiri di situ.

"Awak.??" Lelaki itu mengerutkan dahinya. Riak wajahnya tiba-tiba bertukar menyampah.

"Ya..." Xiumin mengelipkankan matanya secara tiba-tiba lalu melepaskan genggaman itu.

Huruf II (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now