>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> The picture of Jin (BTS) as Ryu Jin (Huruf R).
Bab 21
Sehun, Seungcheol dan Yixing berjalan beriringan di kawasan yang agak sunyi itu. Masing-masing memandang sekeliling cuba untuk memerhatikan keadaan. Setakat ini, perjalanan latihan mereka agak memberansangkan. Ia amat sukar dari sebelum ini memandangkan mereka tidak tahu hendak memberi arahan seperti apa. Mereka hanya mampu melatih bagaimana untuk mengawal dan mengeluarkannya dengan baik.
"Seungcheol..."
Lelaki pemalu itu segera mengangkat mukanya. Dia kini berjalan dalam keadaan memeluk tubuhnya seperti selalu.
"Awak kesejukan ke.?" Tanya Yixing sambil mengerutkan dahinya.
"Ah..." Seungcheol segera tunduk malu. "Tak."
Sehun hanya tersengih. Dia sememangnya sudah tahu Seungcheol suka dengan posisi itu sama ada dia duduk, berdiri atau jalan.
"Awak nampak..."
"Saya memang macam ni." pintas Seungcheol tanpa memandang wajah lelaki itu.
"Oh, okey." Yixing hanya mengangkat bahunya tidak bersuara lalu beralih memandang Sehun. "Sehun..."
"Hmm.??" Lelaki berkulit putih gebu itu mengangkat keningnya.
"Kamu benci Zitao ke.?"
Soalan itu membuatkan Sehun mengerutkan dahinya. Seungcheol turut berpaling memandang lelaki itu.
"Apa.?" Sehun kelihatan bingung. "Apa maksud awak.?"
"Er..." Yixing kelihatan teragak-agak. "Kamu kan... Ada masalah dengan orang yang berkuasa air ni."
Sehun menarik nafas panjang lalu berfikir seketika. "Kami tak lah benci dia. Kami cuma perlu berhati-hati. Itu je."
"Tapi saya jamin..." Yixing memandang lelaki itu dengan mata yang bersinar-sinar. "Dia tak akan mengkhianat!"
Sehun tersengih. "Saya tak boleh nak cakap saya setuju dengan perkara tu, Yixing. Kami buat silap sebelum ni."
"Tapi betul..." Yixing kelihatan benar-benar bersemangat. "Saya kenal dia dari kecil lagi. Saya berani bertaruh dengan nyawa saya sendiri!"
Sehun hanya tersenyum lalu menepuk bahu lelaki itu. "Jangan risau. Kami tak benci dia. Kami cuma beri perhatian lebih kat dia."
Yixing hanya tunduk sayu tidak berkata apa-apa. Dia hanya mahu membantu kawan baiknya.
"Bertenang, Yixing." Sehun cuba menyenangkan hati lelaki itu. "Kami tak akan benci dia."
Yixing mendengus perlahan. "Okey."
"Pasal Xiumin tu..." Sehun menelan air liurnya lalu berfikir seketika. "Beri dia ruang."
Yixing memandang Sehun agak bingung.
"Dia cuma perlu bertenang." Sehun mengangkat bahunya. "Melihat seseorang yang amat penting mati di depan matanya tak mudah dilupakan. Mungkin sebab tu dia terlalu berkeras dengan Zitao."
YOU ARE READING
Huruf II (EXO Version) ✔
FanfictionMALAY = HURUF II EXO VERSION (SEQUEL) Warning:::Jangan baca ni kalau belum baca buku pertama. And don't spoil it with reading the original version one. Sehun, Xiumin, Chanyeol dan Chen memulakan semuanya kembali.Berbekalkan apa yang penaung lama...